Jun 26, 2011

Kisah Sukan Gua

Dulu gua kecik-kecik tak berapa into sangat dengan sukan. Paling kuat pun gua pernah jadi sub team 'Darul Naim', posisi gua jadi center back. Itu pun dua kali gua rasa main. Jenis kuat takuk kaki orang, cikgu pun rasa gua ada dan tiada pun tak mengapa.

Itu cerita ketika gua darjah berapa entah.

Tapi yang paling gua ingat kisah sukan gua adalah pada darjah dua. Kali ni gua pasti. Bermula sebab apa lu tahu? Semua sebab pendidikan jasmani. Ini gua ingat kalau Kementerian tiada usul mata pelajaran Pendidikan Jasmani dalam jadual budak sekolah, tak mungkin wujud kisah gua ni.

*      *      *

Hari tu redup, jenis dah petang. Nak panas apa lagi. Tak salah gua hari Khamis. Jenis budak-budak kelas gua lepas kelas matematik menyeruntul pergi ke jamban. Salin baju pendidikan jasmani. Gua jenis malas. Gua pergi juga join. Tapi gua jenis dah pakai kat dalam, tinggal buka baju sekolah sama seluar sekolah. Tapi gua iri hati pada kawan-kawan gua yang pakai baju putih kolar bulat. Gua pakai baju rumah sukan 'Intan'. Celaka betul, rasa tak rare.

Pergi padang. Lepas tu kena berbaris dekat kon. Yang laki sebaris yang perempuan sebaris.

Cikgu Muammar select la laki berapa orang pergi main hoki, berapa orang main bola, berapa orang pergi main apa benda tah lagi. Perempuan juga macam tu, ada yang pergi main gelung rotan, bola baling, bola jaring, nasib tak baik kena lari seratus meter. Ini gua tak boleh bayang dia punya penat macam mana kalau dah nak cukupkan 30 minit waktu Pendidikan Jasmani, berapa kali nak seratus meter. Bangang.

Dah habis select. Gua tak dapat lagi permainan apa yang gua dapat main. Ada la lagi berapa kerat budak perempuan yang tak bawak baju senam kena buang ke tepi gak. Yang gua hairan, gua pakai baju senam lengkap dengan kasut Sparx dan gua berbaris awal. Tapi diketepikan. Barangkali gua diketepikan sebab gua pakai songkok. Tapi ada juga kawan gua dapat main hoki dia pakai songkok. Cikgu Muammar celaka.

Gua dah menyumpah-nyumpah dalam hati. Jenis budak kecil menyumpah apa la sangat. Paling kuat "bodoh".

"Rocky", tak masal cikgu panggil gua. Jangan tak percaya pula nama sebenar gua memang Rocky.

Gua pandang wajahnya. Dalam hati gua, "cikgu ni kuat isap rokok".

"Awak pergi main lari pusing kon", kata Cikgu Muammar. "dengan budak-budak perempuan tu", sambungnya lag sambil menuding jari ke arah budak perempuan yang awal-awal lagi dah di suruh ke sana. Macam ada konspirasi pula.

Gua macam memberontak juga. Itu la gua pernah cakap, jenis darah rebel gua kuat sejak lahir dah tunjuk belang. Tapi berontak gua tak ke mana sangat masa umur baru 8 tahun. Paling jahat hentak-hentak kaki kuat-kuat tapi masih jalan ke arah kawasan yang di arahkan. Tapi itu hari gua punya pailang lain macam, gua tempik kuat-kuat lepas tu gua menuju ke bangku tepi padang tu, gua duduk.

Cikgu Muammar macam terkulat-kulat. Jenis mata dia terkebil-kebil, mulut terbuka tutup, kepala terangguk-angguk. Dah macam apa benda tah.

Tak lama Cikgu Muammar pegi kat gua.

"Awak jerit apa tadi?", Cikgu Muammar macam gertak gua la gua ingat tapi jenis macam takut-takut. Gua pula steady punya pasal gua siap nyala rokok. Kawasan sekolah tak kawasan sekolah gua kata nak merokok gua merokok. Satu je tempat gua tak merokok, dalam kubur.

"Saya tak sangka awak macam ni, tengok pakai songkok ingat baik", Cikgu Muammar macam tak mahu berhenti bebel. Gua dah mula ketis-ketis atas kasut sukan dia. Tak reti-reti juga,

"Saya tengok..", Cikgu muammar nak sambung lagi. terus gua pergi kencing. Malas ah layan orang macam ni.

p/s: Nak percaya, percaya. Tak nak sudah tetek kau sebelah. Kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

8 comments:

Kepala Manchiss said...

jenis muammar baru nak pau rokok.

Pert Doherty said...

jenis gua lari je la masuk jamban.. apasal pula nak bagi rokok..

ah cai said...

biar benar ni?

Pert Doherty said...

separa benar la.. takkan gua nak tulis nama cikgu gua yang betul.. mau berbunuh kang

Anonymous said...

padahal ko nk teberon cuak dgn ckgu mudafar 2..pui!

Pert Doherty said...

mudafar kepala bana kau

vampire's lovex said...

kecik2 dah merokok,pang nak.. hahahha...

takut dengan ckgu muammar ke sampai nak terkencing ?? hahahahha

Pert Doherty said...

kau kenapa vampire lovex? nak kena pakai songkok?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...