Jun 27, 2011

Ras

Masa tu baru darjah satu. Gua memang tak berapa campur sangat dengan budak satu batch. Apa barang. Kanak-kanak semuanya. Tak level dengan gua.

Jenis baru hari pertama, masing-masing riuh bercerita apa benda tah. Gua perhati je mereka sambil gua hirup kopi. Jenis gua lalu kantin tadi sempat capai secawan kopi baki minuman cikgu perempuan. Cun. Gua ambil bawa ke kelas. Tampak rare.

Jenis kalau ada yang dulu satu tadika memang mesra sehingga satu tahap tangan dalam seluar kawan. Gua pun musykil. Ada juga yang cuba rapatkan tangan ke peha gua. Gua tak tunggu lekas terus capai kepala dia hentak dekat bucu kerusi. Jenis kerusi dulu kerusi kayu. Pulak kalau dapat kerusi kayu yang dah sompek sedikit dekat bucu. Amboi. Kalau tak berdarah, selumbar dah masuk mata. Menggaru la kau sampai kiamat.

Ok, sekarang gua nak sambung bahagian serius.

Cikgu Zaiton masuk. Gua sebenarnya belum tahu pun nama cikgu ni Zaiton. Budak-budak yang main seluk seluar tadi terkocoh-kacah mengeluarkan tangan masing-masing. Sampaikan zip seluar pecah. Ada yang sibuk mengais tong sampah tadi menyamar jadi menggelupur. Yang lain-lain pantas capai sapu tangan berlakon lap tingkap. Manakala yang perempuan ada yang sanggup lap tingkap guna tudung dia. Gua terus hirup kopi.

"Assalamualaikum semua", Cikgu Zaiton tu beri salam. Budak-budak baru masuk sekolah mana ada reti nak 'Bagun Semua, Assalamualaikum Cikgu'. Tak tahu pun ada dan tata susila. Apa tah lagi rukun negara.

"Waalaikum salam", jawab seorang awek. Gua malas nak jawab. Cukup la ada yang wakilkan. Jenis gua tak terasa pun cikgu tu bagi salam kat gua.

"Ok, Murid-murid, Nama saya Cikgu Zaiton, guru kelas kamu untuk tahun ini", cikgu itu terus menyampaikan keterangan dirinya. Pada hemat gua untuk mempermudahkan murid-murid, tapi memandangkan murid-murid jenis 'celaka apa main lagi cikgu dah masuk la woi, pun masih main'.

*      *      *

Dah dekat sebulan gua duduk kelas yang macam tu. Gua pandang luar tingkap. Gua hirup perlahan kopi panas. Sampaikan cikgu perempuan yang cun itu dah oder dua cawan khas, satu untuk gua. Kah kah kah.

"Bangun semua!!!", seru Sharufadzli Zailan. Dia ibarat ketua darjah. Tapi setahu gua ketua darjah bukan dia. Kalau tak silap, Musa Majis ketua darjah sebenar. Tapi jenis Shahrufadzli kerap jerit 'Bangun semua' lagi awal, jadi semua sudah salah anggap. Gua tidak. Gua jenis amanah.

"Assalamualaikum Cekgu!!", tempik si Sharufadzli (lepas ni gua akan letak Sharul je, malas gua nulis nama celaka ni).

"Assalamualaikum Cekgu!!", diikuti oleh makmun-makmum yang ada dalam kelas. Termasuk gua. Gua jenis kalau beri salam memang gua follow.

"Waalaikum salam, baik duduk semua", Cikgu Zaiton menjawab salam dan diikuti senyuman. Kalau tak salah gua cikgu Zaiton ni laki dia pun Cikgu kat sekolah ini juga.

Murid-murid mula duduk. "Kreot!!, krreeet!!, kruuutt!!", ok itu tadi bunyi kerusi. Kerusi kayu.

"Hari ini cikgu nak ambil data pelajar tulis dalam buku rekod pelajar, jadi cikgu akan panggil satu-satu." kata Cikgu Zaiton berseloroh. Gua hirup kopi sambil pandang luar tingkap.

"Yang belum kena panggil boleh buat kerja masing-masing", Cikgu Zaiton menyambung lagi arahan.

"Cikgu, cikgu!!" tiba-tiba seorang murid perempuan berdiri. Ini gua ingat nama dia Farhana. Pasal dia jiran gua. Kah kah.

"Kalau bodoh tu kerja juga tak?", ujar Farhana. Tampak bijak soalan dia bagi kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun. 

Terkebil-kebil cikgu Zaiton gua nampak.

"Ah buat je la apa-apa", Cikgu Zaiton macam meresap.

*      *     *

"Rocky Bin Husaini!!", Cikgu Zaiton panggil gua, nyaris gua nyala rokok dalam kelas tadi. Lama betul la menunggu kalau nama mula huruf R ni.

Gua terus ke depan tapi jalan lambat-lambat. Sampai depan gua buat gaya peninju. Tak macam kena sorak pula. Satu kelas bangun tepuk tangan.

Ok tadi tu lebih-lebih gua tipu.

"Rocky bin Husaini" ujar Cikgu Zaiton lagi.

"Ye saya", gua jawab stail korporat.

"Ukur tinggi, cabut kasut awak", cikgu zaiton arahkan. Gua ikut je la pasal arahan tak sebodoh Cikgu Muammar.

Kemudian lepas ukur tinggi, timbang pula, tak lama apa benda tah lagi. Nyaris takde buat pemeriksaan kerandut. Seram juga gua.

"Ok, Rocky.. Awak ni bangsa apa sebenarnya?" tanya cikgu Zaiton. Nada macam biasa dia buat la. Tak lembut tak keras. Macam perempuan matang.

Gua angkat kening. Jenis gua blur pasal asik pandang Farhana. Jenis Farhana ni lawa juga. "Boleh bela ni.", kata hati gua.

"Awak bangsa apa sebenarnya? Saya tengok sepet awak bukan main, tapi warna kulit dah iras india", cikgu Zaiton tanya lagi.

"Jepun", pendek je gua jawab.

Cikgu Zaiton mengerut dahi. Macam kurang puas hati dengan jawapan gua.

"Apa cikgu ingat orang jepun takde itam?!", gua tengking. "Puih!!", sempat juga gua meludah. Tepat kena buku rekod si Shahrul. Kah kah kah.

Terus gua keluar kelas. pergi rehat. Tapi loceng belum bunyi. 

p/s: jangan kata gua tipu.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

14 comments:

syafiq said...

apa motif la cerita ko ni

Pert Doherty said...

tiada..

engineer on site! said...

Nampak benor menipunya.. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ :p

Anonymous said...

wah, dah besar anak murid saya, ini cikgu yg cun tu. awak hutang saya kopi....

Pert Doherty said...

tirah.. ada sikit2 betul la.. hahaha

Pert Doherty said...

jenis sanggup pakai Anonymous sebab nak nyamar jadi cikgu gua.. celaka

Kepala Manchiss said...

muammar perati je lu dari tadi. masih nak pow.

Pert Doherty said...

woh babi na panggil muammar je? Cikgunya mana? sial kepala

vampire's lovex said...

pentipu !!! hahahaha....

jepun campur india ehhh..mata sepet tapi gelap kah kah kah...

Pert Doherty said...

babi vampire lovex..
nama sebenar gua Kunio Murai

Miscellaneous Smiles said...

aku blurr~

Pert Doherty said...

xpe.. ini kan cerita.. xsemestinya perlu difahami

run aziluz said...

bangang. hahah.
(ok aku rasa nak komen suma post) kahkah

Pert Doherty said...

woih apa ni woih komen semua lak? hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...