Jun 13, 2011

Assalamualaikum Wak..


Hari ini, gua naik pegasus pusing-pusing bumi. Seronok juga rasanya. Pantas. Kalau dahulu gua kalau nak ke mana-mana selalu berjalan kaki. Ada kala letih juga. Sampai suatu ketika, gua tertidur bawah jejantas. Tapi gua pusing-pusing bumi ni hari macam tak tentu hala. Gua mula-mula ajak pegasus menghala ke Kaabah. Dia kata ok. Sampai-sampai gua bukan di Mekah pun. Madinah jauh sekali. Pegasus bawa gua ke Air Terjun Niagara. Kuat betul deruan air tejunnya. Gua terpegun seketika. Sempat juga gua memuji-muji tuhan dalam bahasa Hebrew.

"Apahal lu bawa gua ke sini? Gua nak ke Mekah bukan nak pergi mandi air terjun!", gua jadi berang.

"Gua haus la. Kejap lagi sampai la Mekah", Pegasus balas balik ke gua.

Kalau diikutkan memang kelajuan Pegasus ni lebih dari tiga ratus juta meter per saat. Lebih dari kelajuan cahaya. Jadi nak ke mana-mana pun ibarat menggunakan 'Pintu Suka Hati' je la. Cuma yang gua paiseh pasal dia tak beritahu tentatif perjalanan. Jadi gua terpinga-pinga la. Untung gua sering guna sejadah yang ada gambar Kaabah, jadi gua tahu Kaabah tu apa dia. Cuba kalau gua tak tahu Kaabah tu rupa macam mana. Silap-silap, Niagara tu gua anggap Kaabah. Kan dah jadi hal di situ. Pegasus ni pun gua rasa tak pernah rasa kena terajang 'buah bal' dia ni. Tu yang buat pe'el bukan-bukan.

"Assalamualaikum, Wak", dalam gua sedang tunggu Pegasus minum tiba-tiba gua dengar suara budak dari arah belakang gua.

Gua pandang.

Suasana tak semena-mena berubah. Niagara tadi dah hilang ke mana. Pegasus apatah lagi. Lagi cepat dia lesap. Tahu-tahu gua ada depan pagar sekolah. Yang gua nampak ada budak bawa beg besar. Tengah pandang gua. Macam tunggu sesuatu. Gua terkebil-kebil kejap.

Gua cuba jawab salam tadi, "Waalaikum salam".

Baru lah budak tu beredar. Bertempiar juga dia berlari. Gua senyum geleng kepala.

"Oooo", gua jadi 'o' panjang sendiri.

"Eh..", gua jadi 'eh' pulak. Juga sendiri.

"Gua ni macam orang-orang yang dah tua ke?", gua tanya pada diri gua.


p/s: Bukan seorang dua panggil gua Wak. Dengan ada cikgu pun panggil gua Wak. Nak jadi hape? kah kah kah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

11 comments:

engineer on site! said...

kah kah kah...
hahaha.. wak wak :P
wak lu

Kepala Manchiss said...

kool wak. kool. wak tau tak kool tu apa?

cryclown said...

mne ko dpt pegasus tu? aku nak cari gua nak sewa wat kenduri kawen..

Pert Doherty said...

tirah.. apesal lu buak 'saya awak' ngn gua? nak kena libas?

Pert Doherty said...

kepala manchiss.. kool tu babi

Pert Doherty said...

cryclown.. kadang kadang lu punya bahasa lintang pukang juga..

ayob said...

bidaah.

Miscellaneous Smiles said...

cerita kemain rupa rupa kna kesekolah ye dikk..~

dikk bukan wak..haha~

Pert Doherty said...

ayob babi..

Pert Doherty said...

micelenos.. hahha.. add gua di fb.. jom berkenalan

cryclown said...

seni:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...