"Maarobbuka?!!!", Munkar dan Nakir berkata.
Zubir terkedu.
KEBABOOOOO!!!!
Terperosok Zubir sampai lapisan bumi yang mana satu entah. Rusuk kanan jadi kiri, rusuk kiri jadi kanan.
Dalam penuh sengsara tu, Zubir tiba-tiba rasa seperti Solero. ZUUPP!! Disentap naik.
"Maarobbuka?!!!", diulangi Munkar dan Nakir dengan tempikan yang boleh membuat telinga bernanah.
Mulut Zubir begerak sedikit. Bagai mahu mengeluarkan kata.
"Aaa....Aaa..", teragak-agak Zubir menjawab soalan yang sudah biasa didengar sejak dari kecil. Siap senarai jawapan sudah ditulisnya dia atas kertas. Konon mahu dibawa ke barzakh. Sekarang sudah di barzakh, kertas ke mana badan ke mana. Alang mahu angkat jari kelingking sendiri pun dah tak larat.
KEBABOOOOO!!!!
Siaran tadi berulang lagi. Sekarang tulang pelvis sudah menjadi tulang selangka, mana kala rusuk sudah semakin peroi. Dan lagi sekali Solero.
"Maarobbuka?!!!", Munkar dan Nakir terus mengulang selagi Zubir tak dapat jawab.
Namun kali ni mulut Zubir terbuka lebih luas berbanding tadi.
"Aaa.... Ddd...", terhenti seketika. Bunyi jawapannya pula sudah lain berbanding yang awal tadi.
"Dooo.....llllaaaaarr", selesai. Dolar. Ya, dolar($). Itu jawapan Zubir.
KEBABOOOOO!!!!
Wrong answer!!
p/s: Agak-agak ape jawapan kita nanti?
9 comments:
ak pon terase Solero bile tgk tajuk ko..heheh..nicely done!
hohoho...seram...
to aneft, haha.. best x solero barzah?
hahaha
TO ah cai, ayok xtau.. hehehe
KEBABOOOOO!!!!..haha
takut tempuh alam barzakh nanti, takut tak leh jawab , nape Zubir sebut Dollar bro ? beli ice cream Solero tu ker hehe
TO nine, simbolik je tuh.. hehhe.. kn org skg gilakan duit..
kalo org gila tulis blog plak camne pert? :D
To Anonymous... org gila tulis cam lehenet.. hahaha
Post a Comment