Dec 21, 2019

Syaitan

“Hidup ini singkat, buat apa sibuk pening kepala pikir pasal orang punya attitude”, terang Jalil panjang lebar.

“Tu la, betul jugak”, gua terangguk angguk.

“Kau fikir siapa punya kerja yang buat jiwa kau sakit fikir orang punya hal?”, Jalil sambung menyoal pula.

Hal menyoal ni seling kali disalah erti dengan hal menanya. Kedua-dua perilaku tersebut mempunyai struktur ayat yang hampir serupa, iaitu berakhir dengan tanda soal, namun dibezakan dengan intonasi. Sebab itu kajian bahasa ini suatu yang perkara yang luas, tidak hanya bergantung kepada penulisan sahaja atau lisan sahaja. Kedua-dua hal saing berkait rapat yang akhirnya mencipta tamadun. Apa akan jadi kalau suatu tamadun itu tiada bahasa atau pengantara komunikasi? Mungkin zaman sekarang penggunaan penulisan lebih meluas dalam komunikasi harian. Ini adalah berpunca dari penggunaan peralatan canggih yang cuba meminimakan penggunaan tenaga. Jadi penulisan lebih menjimatkan tenaga berbanding lisan. Namun, ada akibat lain pula jika berterusan hidup tanpa lisan. Kekurangan intonasi yang membawa kepada penaakulan niat. Dan akhirnya membawa kepada fitnah.

“Entah la, aku rasa sebab dia memang macam tu la, sebab tu semua orang tak puas hati”, gua pula menerangkan sambil mata gua masih tertumpu ke arah tv yang menayangkan filem polis hong kong.

“Macam ni, dunia ni takkan lengkap tanpa tipu daya syaitan”, Jalil terus menghirup kopi sebaik habis bercakap.

Salah seorang polis hong kong tersebut meluru ke arah salah seorang gangster dan memberi lutut ke arah dahi. Tumbang seorang.

“Maksud kau, yang tadi tu kerja syaitan?”, gua pandang Jalil. Lupa sebentar dengan siaran tv tadi.

“Betul tapi bukan seratus peratus kerja syaitan”, jawab Jalil sambil matanya pula tertumpu pada adegan gasak di tv.

“Jadi betul la sikit yang aku jawab tadi?” gua tersengih sengih.

“Otak anda, salah!”, bentak Jalil pendek.

“Macam ni. Selalunya kerja syaitan ni tak sampai 10 peratus pun, selebihnya adalah engko sendirik”, sambungnya lagi.

“Aik, aku pulak kena”, gua tiba tiba macam panas sikit. Tapi gua jenis orang yang tahu jurus ketenangan dan ketenteraman abadi. Terus gua lancarkan.

“Betul, jiwa kau tu sebenarnya puncanya. Syaitan hanya bagi sedikit jarum. Jiwa kau sebenarnya yang meronta dengan penyakit iri hati, sombong dan segalanya yang tidak baik tu”, Jalil pandang gua.

“Abis bukan aku sorang je”, gua  mencebik

“Memang tidak engkau seorang juang hingga titisan rempuh tak berharapan”, Jalil tenang bercakap mengguna lirik Semangat Yang Hilang.

Gua terus bangun. Gua buat balik adegan gasak macam siaran polis hong kong tadi. Tepat kena pada halkum Jalil.

Terguling-guling Jalil menyambut serangan gua yang jenis tiba-tiba.

Bingkas Jalil berdiri memperkuat kuda kudanya, namun gua lebih pantas mengaktifkan IRIS ketika Jalil masih terguling tadi. 

Dengan adanya IRIS, gua tahu gua lebih cepat membaca tindakan Jalil.

Jalil menerpa macam orang gila, gua mengelak dengan cara lompatan melepasi ubun ubunya sambil gua bagi satu serangan menginjak ke tengkuk. Tersungkur jalil.

Dalam ketika gua berpaling, Jalil yang tadinya normal telah terkopek kulitnya separuh dari kawasan kepala hingga ke bahu. Rupa jalil sekrang tidak langsung menunjukkan dia manusia.

Gua terus menjerit “KAME!!!!”

jalil masih mencari kestabilan untuk berdiri.

“HAME!!””
 
Jalil berpaling ke arah gua.

“Ha!!!!!!” Sambil tangan gua membentuk gaya bukaan mulut naga.

Alam terasa sangat terang.

*        *         *

Hari ini, gua ada misi di Cyberaya.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...