Mar 24, 2014

Bau Syaitan

Malam itu Zanariah terpaksa balik sendiri berjalan kaki dari kedai makan. Ini semua gara-gara kawan-kawannya mahu karaoke. Mereka mula ke pusat nyanyian bersari kata ketika habis separuh masa pertama perlawanan di Cardiff City stadium. Zanariah tidak mahu ikut kerana kedudukan terikat 2 sama. Hal ini boleh menimbulkan gundah gulana buat Zanariah jika dia juga ke karaoke. Ibarat memasang lagu 'We Can't Stop' ketika majlis pengebumian. Perkara sedemikian adalah ditegah, begitu juga dengan hal Liverpool masih belum leading ini dan mahu pergi bernyanyi. Jadi Zanariah menolak mentah mentah ajakan kawan-kawan yang mahu bernyanyi pada malam minggu. Dan akhirnya, segala penantian Zanariah menimbulkan hasil selain air kopi di meja juga bertambah secawan. Puntung rokok di kaki sudah seperti sekoi nak diberi pada burung banyaknya. Liverpool berjaya menggembirakan malamnya dengan persembahan yang sedikit meyakinkan di separuh masa kedua. Ketika gol keenam, Zanariah menjerit "Yeargh!!" secara perlahan sambil menggenggam tangannya di bawah meja sambil ekor matanya melirik pada sekawanan pakcik yang sibuk memuji muji persembahan Cardiff City sejak dari awal permainan. Ini semua atas dasar etika dan sikap menghormati orang yang lebih tua.

Jadi Zanariah terus menerus berjalan di bawah pencahayaan lampu jalan yang masih membenarkan matanya melihat dalam jarak 50-60 meter ke hadapan. Masih dalam jarak selamat untuk bertindak jika terlihat zombie jenis 'Shaun of The Dead', namun jika di depan adalah zombie 'World War Z', Zanariah mungkin cuma perlu lebih banyak mengucap dan redho. Bulan malam itu menimbulakan syakwasangka juga, belahan separuh dalam bentuk kocek Doraemon, situasi seperti ini jarang dapat dilihat Zanariah.

Ketika sampai di rumah, Zanariah mengamalkan amalan Melayu pun mencabut selipar sebelum masuk ke rumah selain matanya meliar-liar melihat sekeliling, mana tahu jika terdapat sekumpulan hyena ingin menyerang hendap. Masuk sahaja ke rumah, Zanariah segera mengunci grill dan terus pergi buang air kecil. Habis segala perlakuan tesebut, Zanariah jadi buntu tanpa diketahui puncanya. Melihatkan di rumah tersebut tiada apa-apa yang boleh dibuat, jadi Zanariah mengambil buku lukisan. Zanariah menyambung lukisannya yang terbengkalai. Membuat lukisan untuk Zanariah adalah seperti suatu apungan ruh, melupakan permintaan dunia, penghargaan pada tangan dan otak. Sama juga seperti idea Mark Renton ketika mendapat heroin, "Choose Life. Choose a job. Choose a career. Choose a family. Choose a fucking big television, choose washing machines, cars, compact disc players and electrical tin openers. Choose good health, low cholesterol, and dental insurance. Choose fixed interest mortgage repayments. Choose a starter home. Choose your friends. Choose leisurewear and matching luggage. Choose a three-piece suit on hire purchase in a range of fucking fabrics. Choose DIY and wondering who the fuck you are on Sunday morning. Choose sitting on that couch watching mind-numbing, spirit-crushing game shows, stuffing fucking junk food into your mouth. Choose rotting away at the end of it all, pissing your last in a miserable home, nothing more than an embarrassment to the selfish, fucked up brats you spawned to replace yourselves. Choose your future. Choose life... But why would I want to do a thing like that? I chose not to choose life. I chose somethin' else. And the reasons? There are no reasons. Who needs reasons when you've got heroin?".

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

Bersahut sahutan bunyi anjing di pintu belakang rumah. Suasana yang sungguh khayal tadi terhenti sekejap akibat bunyi anjing yang tiba-tiba memenuhi ruang belakang rumah. Bunyinya terlalu dekat. Otak Zanariah terus menangkap imej-imej iblis. Ketika dia balik dari kencing tadi, dia melalui bilik tengah yang terbuka pintunya, dan dia terpandang suatu kelibat dalam bilik tersebut berbalam antara putih dan hitam. Dan bilik tersebut kosong tiada apa-apa yang boleh membuatkan Zanariah berspekulasi bahawa, "Oh, itu reflection diri saya pada cermin", Tidak, tiada apa pun di bilik itu. Tapi isu 'terpandang' itu berlaku dengan pantas, satu per 200 saat tempohnya, jadi Zanariah cuma menganggap matanya mengantuk mungkin pada ketika itu. Namun, bila sikap anjing menjadi gila tidak fasal-fasal membuatkan Zanariah tidak senang duduk.

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

WOOOFFFF!!! WOOOOFF!! WOOOOFFF!!!
WUNGGGG!!! WUNGGG!!! WUNGGG!!

Anjing-anjing masih bising, lebih lebih lagi kawasan kejiranan ini masih baru, jadi penduduk tidak ramai dan tiada siapa mahu marah anjing.

Tatkala Zanariah sedang melukis, dia terhidu bau yang agak busuk yang membuatkan dia semakin berfikiran negatif, "Ini bau syaitan ni", hatinya berdetik. Zanariah menumpukan matanya hanya pada lukisannya dan sambung melukis. 'Bau syaitan' tadi semakin meliar. Zanariah tidak senang duduk. 'Bau syaitan' kembali reda, hilang entah ke mana. Anjing-anjing semakin aman, hati Zanariah sedikit lega.

Zanariah leka semula melukis, kali ini dia melukis dengan postur mencangkung. Lenguh barangkali menongkat dagu. Dia menambah bulatan bulatan kecil pada lukisan. Tiba-tiba 'bau syaitan' kembali. Zanariah meletakkan pen. Berhenti. Menghidu sekeliling. Pen dihidu, takut takut bau dakwat di kala malam memang busuk, dia menghidu permaidani, dia menghidu alas tidur, dia menghidu kertas, dia menghidu bantal, dan paling teruk sekali dia air mineral. Semuanya tidak membuahkan hasil. 'Bau syaitan' samar-samar hilang ketika Zanariah sibuk menghidu perkara-perkara lain.

Pada ketika dia mahu sambung melukis, 'bau syaitan' mengganggu lagi. Berkerut-kerut dahi Zanariah memikirkan isu 'bau syaitan' ini. Kali ini, Zanariah semakin berani, dia sudah nekad, jika benar syaitan itu muncul, dia akan membuatkan syaitan tersebut insaf dan tidak lagi bermain-main dengan 'bau syaitan'. Sedang bau itu masih berlegar legar di kawasan pendudukannya, Zanariah yang dalam keadaan bercangkung itu terpandang pada kawasan kelengkangnya.


*        *        *

"Kah Kah kah kah!!!", Aniza berdekah-dekah bukan main.

"Aku lupa doh.. seharian tak duduk rumah", Zanariah pun terkekeh-kekeh.

"Kah kah kah kah kah!!!", Aniza masih tak berhenti-henti, kadang-kadang ketawanya macam dibuat-buat pun ada.

"Kah kah kah, setan betul, pagi tu jela aku last mandi, kah kah, pulak jalan jauh, berpeluh jugek celah bontot kah kah kah", Zanariah pula seperti orang hilang akal, ceritanya diselang selikan dengan ketawa pun yang agak dibuat-buat.

"Tapi cilake doh kau, tuduh syaitan, padahal dia lepak luar rumah je.", kata Aniza yang masih terhinggut hinggut menahan ketawa, air mata mula terbit di bibir matanya.

"Kah kah kah, mampus ah, dah selalu orang cerita hantu ada bau busuk", Zanariah masih nak memenangkan dirinya.

"Cerita hantu selalu ada wangi dulu, baru busuk, yang kau ni terus terus busuk", Aniza sudah tersedu-sedu sambil mengelap matanya.

PRANGGG!!!

Tiba-tiba sliding door runtuh.

Iblis muncul.

Tiada bau tiada angin.

Zanariah bangun melempang Iblis.

"Siapa nak bayar pintu ni celake?!!!", Zanariah bertempik.

"Selalu dalam filem boleh je?", kata Iblis.

"Filem bapa kau lah! Ini rumah manusia, manusia mengamalkan ekonomi, lebih lebih di sini mengamakan ekonomi kapitalis, jadi kene bayar, kau terai pergi rumah depan tu kau masuk macam tadi, kalau tak kene hambat kau!", Zanariah mengamuk betul.

"Baik kak, saya pergi betulkan pintu", Iblis takut takut.

Zanariah dan Aniza sambung berborak.

Iblis pula pergi ke kedai membeli sliding door baru.



p/s: tiba-tiba aku lapar ni dah apahal?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

safwan ramli said...

macam harunn!!kah kah kah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...