Nov 2, 2011

Kalau aku jadi raja!!

Aku nak duduk istana bersama gundik-gundik.

Aku mintak rakyat bayar cukai. Siapa taknak bayar kena jadi buruh piramid.

Lepas tu aku nak beli kereta yang aku minat pakai duit rakyat. Duit tu semua aku tak buat berniaga langsung. Nanti habis mintak lagi kat rakyat. Kereta bukan yang murah-murah. Kereta yang mahal-mahal. Yang direka khas untuk aku sorang.

Lepas tu kalau ada majlis-majlis rasmi kena panggil, aku malas nak pergi. Aku nak pergi tempat-tempat yang aku suka je. Baik aku melancong daripada pergi meeting ke pergi merasmikan pondok wakaf.

Lepas dah membazir duit, aku nak suruh nak buat rakyat aku sakit hati. Biar tak puas hati. Lepas tu aku cakap padan muka. Dah aku raja. Suka hati aku la nak buat apa.

Lepas tu aku nak makan makanan enak-enak yang aku suka. Lepas tu karoke lagu yang aku suka. Kah kah kah.

Pergi mati sama rakyat. Kah kah kah.

*      *      *

Selalu kita bising pasal pemerintah.

Makan duit rakyat la hapa la.

Cuba kau yang kat atas. Tengok apa kau buat. Tak usah bising-bising la.

Silap-silap hari bulan kau suruh rakyat menari bogel.

Aku walaupun tak puas hati pasal pemerintah ke hapa ni, selagi dia tak cari masalah secara terang-terangan dengan aku, apa aku nak kisah. Bukan jadi kudis. Kalau aku bising-bising sekarang apa dia nak dengar?

Baik aku pergi makan, berak, tidur sendiri, lagi bagus.

Tapi, ikut masing-masing la nak fikir macam mana.

Pada aku, selagi orang tu ada title raja atau sultan, maknanya dia telah dipilih tuhan untuk mengawal sesuatu tempat.

Selagi dia tak murtad atau jadi penentang tauhid secara terang-terangan, aku terima dia sebagai pemerintah.

Bukan wujud aku untuk cari salah pemerintah.

Banyak lagi hal lain aku nak fikir.

p/s: mari sepak telur rusa. bende sial gua tulis hari ni? ni bukan gua ni
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

9 comments:

Kepala Manchis said...

comel gamaknya kau ni.

cikpia said...

walaupun ada sedikit ke-camtaik-an tapi ada point best gak entri ko ni.....

Anonymous said...

tapi masalahnyer die bukan keturunan sultan yg sah pert, susur galur keluarga die adalah temenggong, dia diangkat oleh british dgn cara menegetepikan sultan yg sah sbb die sanggup jadi anjing brtish, lepas tu lagak mcm die yg betol, tu the zone kerabat die tonggang terbalik minum arak apa cerita? apa mcm pert?

-anti-

Pert Doherty said...

sbnrnya siapa raja yang betul?

kat serata dunia ni. siapa yang lantik raja arab jadi raja?

siapa yang lantik queen jadi pemerintah?

macam mana ketua-ketua zaman dulu jadi raja?

apasal parameswara diangkat jadi raja dekat sini?

banyak lagi.. semua tu dah disusun oleh Raja segala Raja..

Anonymous said...

freemason.
freemason memang celaka.

Pert Doherty said...

Bukan freemason. Mereka tu cuma sayur je.. kubis.. kubis..

Tu yang kat atas tu. Rilek je dia susun benda-benda jadi macam ni. tgk sama ada hamba puas hati atas asik nak merungut..

engineer on site! said...

amenda ni? argh gua pedulik apa? jom g berak

Anonymous said...

aku kalau jadi raja.. aku hari hari nak tgk semua org berperang baru aku puas.. puas hati.. dari hati...

ayob said...

kalau aku jadi raja, aku nak beli arsenal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...