Nov 9, 2014

Palm Strike

Pada beberapa tahun lepas, saya bersama seorang lelaki kaukas telah mengembara ke kawasan Roma. Kami pergi ke sana melalui jalan sutera. Sepanjang perjalanan kami cuma minum air dan makan sayur sahaja. Daging kami tolak tepi. Namun kebanyakan hari dalam perjalanan kami berpuasa dengan tekun.

Lelaki kaukas baru sahaja selesai kencing di balik pohon oak. Saya tunggu di tepi unta. Sambil mengezip seluarnya, lelaki kaukas itu memanggil saya. Tiba-tiba lelaki kaukas itu memekik bukan kepalang. Saya jadi tidak tentu hala. Dan lelaki kaukas itu terjelopok dan mengerang. Saya terus mendekatinya sambil memerhati sekeliling, takut takut ada kumpulan perompak yang menyumpit lelaki kaukas itu. Saya masih dalam keadaan berjaga-jaga tertoleh toleh ke merata pelusuk semak pokok holly. Lelaki kaukas itu masih mengerang menumbuk numbuk tanah. Kelihatan darah membasahi tanah.

"Mungkin ada tembakan anak panah mini tadi...", persoalan muncul di kepala saya.

Lelaki kaukas itu menjerit jerit lagi.

"Woi diam sikit, aku nak dengar mana tahu ada penjahat dekat dekat sini", aku menegur perbuatan lelaki kaukas itu.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

"Senyap sikit la syaitan!!", suara saya mula meninggi.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

"Kau ni fuck betul", saya merendahkan kembali tona suara sambil menghunus pisau rahsia yang tersisip di pergelangan tangan kanan belah dalam. Pisau ini dilengkapi dengan satu suis yang membolehkannya keluar dan masuk dengan lancar.

ARGGHHHHHH!!!!

ARGHHHHHHH!!!!

Tangan kiri saya memegang bahu kanan lelaki kaukas itu dan tangan kanan saya membuat suatu palm strike ke arah halkumnya. Dengan itu, saya punya pisau rahsia itu merodok masuk ke dalam esofagus.

PLUP... PLUP.. PLUP..

Darah menghambur keluar dari kawasan tekaknya.

Dan saya kembali mengamati keadaan sekeliling, takut takut ada perompak.



p/s: saya pernah membaca fakta bahawa palm strike ni lebih power berbanding tumbukan biasa. Tumbukan biasa akan menyebabkan tangan anda sendiri sakit. Ada fakta juga mengatakan, bila berlawan dengan beruang, palm strike ni amat berguna. Entahkan benar entahkan tidak.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...