Jul 15, 2014

Power

"Ok, ini hal lama, ini hal 2012", Auditore mengeluh ke Cesare.

Cesare mengangkat kening kirinya sambil mukanya masih separuh menghadap cawan extrajoss. Anak matanya sipi sipi menghala ke muka Auditore, fokusnya lebih tertumpu pada wanita genit berlalu di belakang Auditore. Wanita Courtesan memang kerap membuat jantungnya mengepam laju. Ini suatu sains yang agak aneh. Tapi sekejap Cesare terus kembali melihat Auditore. "Tu la", kata Cesare sambil terangguk angguk mengiyakan kata Auditore. Sikap Cesare ni kalau tak kena gaya boleh mendatangkan perasaan bercampur baur, regu berbual mungkin akan terhenti seketika kalau tengah menaik bercerita.

"Sepanjang zaman aku rasa fighting benda sama", Aditore memberi pandangan yang tiba-tiba. Boleh jadi munasabah.

Cesare menghirup sedikit air extrajoss anggur susu. Sambil matanya terpejam kejap menelan air. Berdasarkan perlakuannya, dia nikmat.

"Mana kau tahu?", Cesare membantah acuh tak acuh sambil mulutnya mencebik sedikit dan kedua keningnya terangkat dengan matanya separuh terkatup.

"Sejak dari zaman purba lagi manusia bersikap mahu berkuasa atas yang lain, dalam kata lain nak jadi tuhan, secara langsung atau tidak", panjang Auditore menerangkan sambil mengakhiri ayat dengan satu tumbukan lembut ke muka meja. Berkocak jugek air dalam cawan Cesare.

Cesare membetulkan reaktor pada bahagian abdomennya. Cesare perlukan tenaga, reaktor yang ada padanya adalah buatan zaman neokolonisme, dia perlukan sumber tenaga yang lebih up-to-date. Yang dia pakai sekarang adalah jenis reaktor yang perlu henjutan elektrik direct dari plug rumah, dan sekarang kedai yang dia minum ini tiada plug langsung, malah masak air mengguna kayu api. Yang terbaru dengar ceritanya adalah mengguna Vibranium yang boleh menyerap tenaga sekeliling. Perkara ini sudah jadi trending di stesen stesen tv, namun berita angin seperti ini ada sepanjang zaman. Dan sebenarnya dia sudah tidak fokus dengan perbualan Auditore sejak awal minum tadi.

"Abis macam mana?", Cesare membuka soalan tidak mahu Auditore kecil hati pula berbual sendirian.

"Macam mana apa?", Auditore menjegil.

"Yela macam mana nak setel bende ni?", Cesare memberi sedikit pencerahan.

"Kita kena mula dari punca dia. Duit. Duit ni toksik utama. Kita hancurkan sumber duit orang yang nak jadi tuhan ni, kita boikot!!", Auditore bercakap pesen orang yang penuh hasad dengki.

"Lepas tuuuu?", Cesare bertanya lagi. Layu suaranya kali ini.

"Lepas dari tu mereka akan lingkup dan hilang kuasa dan kepercayaan orang ramai, masa itulah kita datang dengan bawa seruan kebenaran, apa macam?", terang Auditore sambil jari telunjuk kiri dan kanan dikeluarkan gaya macam cowboy menembak ke arah Cesare.

Cesare diam. Matanya tertutup rapat sambil tersandar, tangannya tergantung kebawah.

Auditore menjadi kelam kabut. Dia minta bantuan dari tuan kedai.


*      *     *

Hari ini Auditore pergi kerja. Dia kerja dengan orang yang nak jadi tuhan.

Cesare. Cesare sudah berpindah ke bahagian gelap bulan.


p/s: aku rasa dewa zaman greek tu jin la.. aku rasa laaa.. dan baru aku tahu Zeus dan Jupiter mempunyai sejarah yang sama namun dari kerajaan berbeza.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

fzgbrn said...

hoi lamanya tak baca blog abg pert ni. hewhew. nak blogging balik ah cmni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...