Jun 24, 2010

Diorang tu ke pemain Argentina?

Bila masuk minggu-minggu akhir bulan Jun, aku selalu terkenang memori sewaktu di Argentina. Don't cry for me Argentina. 

Pada era 1993-1996, aku tinggal di Argentina. Di Santa Fe. Di sana aku tak ramai kawan. Tapi masih ada la juga. Orang sana leceh la, bukan reti nak cakap inggeris. Terpaksa aku belajar sedikit sebanyak bahasa latin. Taik.

Mula-mula duduk sana, aku berjiran dengan Señora Mas. Mak aku la main letak je nama orang tu. Haha. Dia ada anak laki. Aku panggil dia Abang Ran. Tua sikit dari aku. Waktu tu dia dah masuk sekolah rendah. Selalu aku tengok pakai dia baju sekolah. Tengok gaya macam sekolah dekat sekolah kristian. Aku buat tak hirau. Tapi aku hirau kalau petang-petang, dia selalu gohet basikal bawak but bola. Dia lalu depan rumah aku, senyum. Itu la tiap-tiap hari.

Sampai suatu hari, dia ajak aku pergi parti hari jadi kawan dia. Aku pun ikut je la. Walaupun itu hari jadi aku jugak. Tapi takde siapa yang nak celebrate. Biasa la duduk kat tempat orang. Abang Ran tahu hari itu hari jadi aku juga. Sebab tu dia bawa aku.

Sampai. Ingatkan tadi tempat grand. Rupanya pergi kat tadika dekat-dekat situ jugak. Setan punya Abang Ran. Banyak belon-belon. Biasa sambut hari jadi memang ada belon.

Abang Ran bagitau nama kawan dia Mesin. Ganas nama dia. Nasib takde tambahan di belakang nama dia. Basuh ke, rumput ke, rambut ke, gun ke. 

Kitorang bersalaman semuanya. Dan baca doa makan. Kemudian tangkap gambar.



DARI KIRI: Mesin, aku, dan Abang Ran.
Kenangan di Argentina.

Habis makan kitorang wrestling sebab aku tak pandai main bola.

Sejak hari tu kitorang bertiga selalu lepak dengan cikgu tadika kampung tu. Sebab dia pandai buat kek. Ada sekali dia buat kek bentuk tahi.

Mesin dan Abang Ran.



p/s: Nama sebenar Mesin ialah Lionel Andrés Messi dan Abang Ran pula Javier Alejandro Mascherano. Dah balik Malaysia, baru aku tahu diorang sekarang ni pemain bolasepak Argentina. Dulu time kecik-kecik slalu rembat roti father gereja kampung. Haha. 
Sebenarnya nk bgtau tarikh lahir aku sama dengan Messi..
(PERHATIAN: cerita di atas adakalanya benar jugak.)
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

15 comments:

Anonymous said...

hahaha...tahi la!


<3<3nancy<3<3

Pert Doherty said...

hahahaha... geli hujing pundi kencing gua.. hahaha

wak said...

haha.. abg mesin~

Pert Doherty said...

wak.. adakah anda berguling? hahaha.. itu nama kampung beliau.. hahaha

R.K said...

gambar nak hitam putih je . nostalgia la konon .
haha , mesin ~ pronounce macamna ?

Pert Doherty said...

bunyik ala2 jawa skit ar..

Anonymous said...

pert= tahi..haha

wak said...

haha.. ko rembat roti pe pert kt c2???
roti kaya ke roti gardenia???

Pert Doherty said...

anonymous, hahaha.. najis

Pert Doherty said...

wak, gua rembat roti bun kaya butter railway kluang.. hahaha

wak said...

haha.. nk terberak aku bce cter ko nih..
haha~

Cekyam said...

wey kem salam abg ran! hehehe. apa-apaan loe pert! mesin kaedahnya! :)

hazel natasha said...

taik la pert hahahaaha lawak sial!

Eryn Manis said...

bawak bawak la bertaubattt

Eryn Manis said...

bawak bawak la bertaubattt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...