Apr 12, 2010

Celaka, Penting Sangat ke DUIT?

Gua tanya soalan, gua jawab sendiri. Sial.
PERHATIAN: Jangan Kau baca kalau kau mahu ambil yang negatif dalam karangan ini.

Sial..

DUIT itu penting. Kerana kita dah tak mengamalkan konsep perjuangan asal manusia di muka bumi. Asalnya manusia memerlukan

  • Makanan
  • Tempat tinggal
  • Pakaian
Tapi semua berubah selepas manusia semakin ber'tamadun'. Daripada tiada baju kepada ada baju dan kepada tiada baju semula. Bila dah terlalu bertamadun sehingga mencipta berbagai-bagai benda. Daripada yang berguna sampai yang tidak berguna. Apa perjuangan hidup manusia zaman sekarang?

  • Kemegahan
  • Kemewahan
  • Kekuasaan


Kerana apa jadi macam tu? Kerana mahu jadi TUHAN, walaupun tak pernah disuarakan secara terbuka. Tapi perbuatan melambangkan apa yang tersirat. Mereka yang mula terpesong. Bukan aku mengutuk, tapi ini hakikat. Memang sifat manusia itu TAMAK. Kalau perasan apakah perkara yang disebutkan awal tadi bukankah sifat yang wujud pada tuhan? 
  • Yang Maha Megah
  • Yang Maha Mewah
  • Yang Maha Kuasa
Tapi mereka-mereka yang mahukan dunia akan kejar benda-benda ni habis-habisan. Manusia kalau diberikan dua buah bukit emas, nescaya akan meminta lagi satu bukit. Aku bukan belagak bagus cakap aku tak mahu harta di dunia. Tapi berpada-pada la. Kalau manusia hanya amalkan konsep yang asal tadi, aku rasa takde hal punye nak hidup bahagia. Tapi kuasa nafsu memang power. Mana nak puas bai kalau nafsu macam sial. 

Aku pun ada nafsu la, nak kawin, nak pakai kereta Ferrari, motor Harley-Davidson, makan stik, nak pergi England hari-hari, nak pergi Amsterdam, nak beli PSP, nak beli laptop baru (walaupun dah ada laptop, tu orang panggil tamak), nak beli baju band The Libertines, nak beli Vespa baru, nak beli rumah, nak beli ayam, nak beli domain dot com, nak buat facial, nak beli Mini-Cooper, nak bayar PTPTN, nak jalan-jalan je, rehat-rehat, nak beli buku komik Budak Getah, nak beli model aksi Gundam, nak beli almari, nak beli peti sejuk, nak beli televisyen, nak pegi Anfield dan macam-macam lagi. Semua orang ada impian masing-masing yang berlandaskan nafsu. Tak payah nak menipu la

Kita akan dipandang tinggi berdasarkan harta. Kebanyakannya la. "Wah, hebat la ko ada kereta BMW 5 series". Ape kejadahnye benda-benda tu semua? Aku bukan nak kasi ceramah kat sini. Tapi ni la kebanyakannya manusia fikir. Nombor satu DUIT, nombor dua DUIT, nombor tiga DUIT. Sial. Dulu orang nak belajar tak pakai duit pun. Sekarang sape takde minimum RM30,000, jangan harap nak amik ijazah. Pegi mati sama kau. 

Ape lagi pasal duit ni? Banyak la hamba-hamba DUIT dekat dunia ni. Walaupun aku bukan sepenuhnya hamba DUIT, tapi aku pernah mengeluh kerana DUIT ni. Kerana iman aku pada masa tu lemah sangat, sampai terlupa pada Yang Cipta aku. Sampai waktu sembahyang pun aku teringat pasal DUIT ni. Duit bukan segala-gala, tetapi bila dah hari-hari gunakan DUIT, rasa macam bergantung sangat pada DUIT. Bila takde DUIT rasa macam mati. Rasa macam syirik pula bila terlalu bergantung sangat pada DUIT. Syirik yang kita sendiri tak nampak. Tapi ini cuma pendapat aku. Aku tak tahu apa dalam hati masing-masing. 

Kalau SYURGA tu boleh dibeli dengan DUIT, dengan belagaknya aku cakap aku nak cari duit sampai cukup boleh beli syurga. Tapi SYURGA tu datang bukan kerana duit sape paling banyak. Hakikat. Kalau macam tu Bill Gates boleh la masuk syurga awal. Bapak kau la Bill Gates! Aku doakan supaya kau masuk Islam, supaya ada dana untuk semua Islam sedunia.

Dulu waktu kecik aku tak pernah pikir benda ni dalam-dalam. Sebab takde kepentingan terhadap duit. Tapi bila dah besar. Macam-macam yang aku kejar kat dunia. Bila macam-macam benda manusia cipta. Dan hampir semuanya perlukan duit untuk capai impian tu. Kenapa sistem dunia macam ni? Bangsat. Ape salah kalau manusia bercucuk tanam, meburu macam dahulu?. Bukan aku mahu mundur. Tapi apa target utama dalam hidup? Kalau betul nak sangat pada kemewahan, kekuasan serta kemegahan. Teruskan usaha anda untuk cari duit sehingga tiada seorang pun yang bercucuk tanam untuk kau bayar dengan duit kau, serta tiada seorang pun berburu untuk kau bayar dengan duit sial kau tu. Kau akan kembali kepada Paleolitik!

p/s: Harap maaf, aku dah lama tak menulis macam ni. Dan ini hanya pendapat aku. Aku tak buat kajian langsung. Maaf. Aku terlalu serius dalam penulisan kali ini. Dan aku terlalu menuduh. Maaf lagi sekali. 

Diingatkan gua bukan ustaz atau sape-sape pon. Gua cuma gua.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

7 comments:

hanis aleeya said...

Duit.. Duit.. Duit.. Macam MR KRab!

R.K said...

pert , duit bukan segalanya TAPI segalanya perlukan duit . keadaan sama saja macam dulu semasa sistem barter masih digunakan , semuanya diukur berdasarkan nilai . Cuma bila nilai matawang diperkenalkan , kehidupan jadi mudah .
Bayangkan kalau sekor kambing bersamaan dengan 18 tong susu lembu , kalau dia ada 2 tong je , tak merasa la nak makan daging kambing , betul ?
but again , money is not everything , tapi bila takde duit , you are nothing . hidup ni sementara saja .

NURJIA HIDAYAH said...

wah pert karangan ko kali nw penuh emosi
leh msk paper nw
isu DUIT manusia jd alpa..hehe

mmg btul jgk yg ko ckp tuh,
dlm byk2 bnda yg orng syng msti orang syg duit kn
dh duit tuh mmng kewajipan yg mesti ad dlm hdp kite
abs low x de wet ko nk idup cmne?
low wet x de pn hdp lg ssh
bkn nk kjr kemewahan
tp hanya cukup untk keselesaan
low hdp selesa nk wut amal pn sng


tp cm ko ckp :Ape salah kalau manusia bercucuk tanam, meburu macam dahulu?.
kalau ko sendiri lah kn pert,ko nk kew wut kje2 tuh?

tp pape pun aku maafkan ko pert..hehe

wewet said...

dunia nak kiamat............

Zuhairi said...

duit duit,dimana kau duit?

pejuang said...

di malaysia, ko xleh nk bikn pe pert.
'depa' da pegang suma. kehakiman, institusi raja,polis, suma duk bawah depa.
andai lu btol nk berjuang, tumbangkan sedia ada.
aku sangat percaya bahawa platform nya hanyalah politik.
either 2 pert :
1. skang aku nampak u fuck the system, so if u fuck the system, get out from the system, but the issue is, can u?
2. lu berjuang bermatian2 dengan platform politik. hanya politik mampu tumbangkan politik. andai ko da mati, apa ko nk blum tercapai, insyaAllah anak cucu kau akan rasa hasilnya nanti.

Syed Syeikh al hadi berjuang utk basmi buta huruf. Skang bape ketul sangat je xpandai baca. Beliau dah tiada da pun.

ni pendapat aku je pert. ikot dek ekau lah jang.

Anonymous said...

takpe, kami readers dah maafkan ko. dan tetap polo ko.. ko jangan kecewa sgt!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...