May 15, 2012

Siapa cikgu sila baca. Kalau bukan baca jugak gua lempang.

Pukul 9 lebih gua meset kawan.

"woi sup kambing woi"

"sori.. udang goreng tepung"

"celaka nak menang."

gua terus makan.

Pukul 1230 pagi. Gua cari telefon.

Ada meset lagi rupanya. kawan tadi juga rupanya.

"jus epal udang goreng tepung keropok lekor tepi pantai sampoerna hijau.."
"Hari guru dok.. wish cepat."



Asalnya gua nak juga wish hari guru.

Sekali ada meset "jus epal udang goreng tepung keropok lekor tepi pantai sampoerna hijau..".

Tak jadi la.

Kah kah kah.

p/s: Selamat hari guru kepada guru-guru dunia. Tak kira guru yang ajar ugama-ugama, yang ajar bertumbuk, guru yang kuat mengular, guru yang suka belasah budak hisap rokok, guru yang pendiam, guru yang radikal, guru yang tidak daftar mengundi, guru dah bersara, guru ilmu hitam, guru kemahiran hidup (hal kemahiran hidup ni nanti gua bahaskan), guru kajian tempatan, guru bahasa, guru solek, guru gambar, guru tera, guru san, guru matematik tambahan, guru sains kemanusiaan, gua kompang, guru badminton, guru yang pernah dendan aku, guru yang psiko, guru yang gila seks, guru yang celaka, guru yang gua tak suka, guru yang perasan dia dah habis kelakar la tu kalau buat lawak, guru abah kau, guru yang makan gaji buta, guru yang kuat mc, gua yang tak pakai tie, guru yang kerap hisap rokok walaupun kejap lagi ada kelas nak masuk, guru kelas tambahan, CIKGU SURAYA, guru yang kena calar kereta dia, guru sementara, guru praktikal, guru yang kerap denda aku, guru perempuan yang cun, guru perempuan yang cun malah bujang dan bercinta dengan pelajar, gurutu, gurun, gurubuk. dah gua penat.


Banyak juga kawan-kawan gua berakhir dengan menjadi guru. Malah akak gua sendiri guru.

Untuk tidak pilih kasih gua tak tulis nama. kah kah.

"Selamat hari guru.", baca dengan jerit kuat kuat.

Kalau ada guru yang membaca hasil tulisan gua ini, gua harap lu-lu orang semua didik generasi sekarang dengan baik.

Gua nak lu-lu orang semua DIDIK. Gua tak nak lu-lu orang semua setakat borak-borak benda dalam buku sahaja. Itu tidak memberi kesan terhadap diri. Gua nak lu-lu orang semua pastikan anak muda negara ini ada 'otak'.

Gua nak generasi baru nanti ada idea tentang masa depan dia. Dan jangan sekali-kali ranapkan impian seorang budak hatta impiannya mahu jadi Son Goku.

Gua nak guru-guru bersatu mencipa idea baru untuk sistem pendidikan negara. Suarakan pendapat, kalau perlu mogok untuk kesejahteraan bersama, mogok lah. Kalau mahu mogok lapar, mogok lah.

Gua penat menonton anak muda (terutama di sekolah-sekolah) semakin 'sayur'.

Gua taknak perjuangan anak muda cuma mahu masuk universiti. Gua nak kalau boleh mereka ada idea lebih dari setakat 'masuk universiti'.

Gua bukan apa, sebab gua teringin jadi cikgu tapi mak gua suruh habiskan belajar jurutera ni.

Jadi gua cuma boleh sampaikan keinginan gua kepada barisan cikgu-cikgu yang kebanyakannya kawan gua sendiri.

Good luck cikgu cikgu Malaysia.






Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

5 comments:

Whoelses said...

ada 'sense' rupanya..

Pert Doherty said...

Sikit la.. kah kah kah..

aDDy said...

gampang, idea serupa 3 idiot..gua janji gua olo lu realisasikan impian lu..jom bukak skolah..

Pert Doherty said...

jom.. gua lekas je.. kumpul dana..

frimpong said...

gurutu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...