May 8, 2012

Georgie yang ajaib

Lopi tengah mengemaskan senapang. Senapang penabuh biasa. Lama dah tak diguna. Sejak kes babi hutan menyerang tanaman ubi tempoh hari, Lopi biar saja senapang di bawah katil. Bersawang juga.

Tiba-tiba perut Lopi lapar.

Lopi simpan semula senapang bawah katil. Asalnya nak pergi memburu angsa gurun dekat kawasan gurun. Tidak jadi. Lopi lekas naik motor ke mamak. Mamak dekat simpang empat yang betul-betul tepi jalan. Kalau nak parking kena pergi belakang. Kalau parking depan, boleh jadi kena sapu treler.

Mamak buka lagi rupanya. Dah dekat nak subuh ni.

Lopi pesan roti telur dan air kopi.

Sambil tunggu makan, televisyen ada tayang pula siaran angsa gurun. Lopi kemam mulut dalam-dalam, geleng-geleng kepala. "Jaga kau".

National Geographic dekat mamak ni selalu ulang benda sama. Pasal pakai VCD.

Tak lama roti telur sama air kopi sampai. Lopi makan pelan-pelan.

Baru dua tiga cuil, Lopi dah mula tengok-tengok tempat lain. Senang betul tepengaruh dengan persekitaran.

Tiba-tiba ada seekor kucing bernama Georgie muncul betul-betul tepi jalan, tepi meja Lopi. Entah dari mana entah Georgie. Rekabentuk badannya cantik betul.



Georgie lenggang lengguk berjalan di atas divider hitam putih sempadan kaki lima mamak dengan jalan raya. Tampan betul 'jalan-kucing'nya.

Tidak ada ura-ura Georgie nak minta roti telur Lopi sedikitpun. Georgie cuma jalan-jalan di situ. Lopi nyaris lupa hendak makan akibat kemunculan Georgie yang sangat ajaib.

Lopi menghirup kopi. "Hmm.. kopi rasa kelekakian". Lopi senyum namun mata Lopi tak pernah lekang dari menengok Georgie. Georgie sedang menjilat-jilat dubur.

Tak lama kemudian, Georgie 'jalan-kucing' melintas jalan raya yang kosong. Sampai tengah jalan raya Georgie duduk. Kembali menjilat-jilat dubur. Sangat ajaib.

Dari kejauhan nampak lampu kereta meluru agak laju menghala ke simpang empat. Masih jauh.

Georgie berjalan lagi sedikit ke hadapan. Dari gayanya mahu melintas terus ke seberang jalan.

"cuk cuk cuk", Lopi buat bunyi panggil kucing.

Georgie menoleh mencari bunyi panggilan. Kereta makin dekat.

Georgie patah balik.

POP!

Kepala Georgie meletup dilanggar kereta Datsun 1200 Coupe.

Kereta itu terus meluncur laju meninggalkan Georgie.

Lopi pula terus ke kaunter membayar makanan dan terus ke motor.

Lopi balik lalu jalan lain.

p/s: Tuhan Maha Power
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

cikpia said...

bodo punya lopi... sapa suh panggil kucing tu time dia nak lintas jalan!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...