Apr 26, 2010

Nama aku Kasim Bawal

 KASIM BAWAL... Aku dulu berniaga aiskrim.

Oleh: Sepupu Lucas Leiva

STEVEN GERRARD poket ganda sebagai Liverpool menamatkan tinggal Burnley itu di Liga Premier.(ayat Google Translate)

Aku datang ke stadium Burnley, Turf Moor. Macam biasa lagi. Naik motor. Sampai situ, aku tengok budak-budak Burnley macam nak tak nak tengok bola. Tak ada semangat keBurnleyan langsung. Malu aku tengok walaupun aku bukan budak Burley. Macam biasa lagi aku roger 'Ijat Bonggo 2' dan 'Nate Sengel'. Tapi kali ni aku roger 'Lim Lagi.' gak. Pasal dia ada kat kampung. Macam biasa jugak la. Aku je kena beli tiket lebih. Sial. 

Game start. Tapi macam tak best. Yang aku suka time Babel try je awal-awal. Pastu agak bosan. Tapi tengah-tengah tu Gerrard ada try gak. Kat depan gol. Tapi, tak gol pon. Sampai la habis 1st half. %3@

Aku keluar jap pegi kencing. Stadium Burnley boleh pulak takde air. Taik. Aku pegi kencing sambil ditemani 'Lim Lagi.'. Dia tak ikut masuk jamban. Cume nak pegi CC jap kata dia. Aku kencing. Lega. 

Masuk-masuk balik kat stadium tadi tibe-tibe nampak Drogba. Sial ape ni? Aku dah merentasi ruang cahaya masa ke ni? Tibe-tibe kat Stamford Bridge. Sial aku kata. Jauh ni nak pegi ke Turf Moor. Takpe la aku kata kat budak-budak ni. Kita tengok je la game sambil lewa. 


*       *      * 

Habis 1st half kat Stamford Bridge. Tiada apa yang menarik. Setakat lawan Stoke City.

Tiba-tiba.

"Adik!!", jerit seorang lelaki pertengahan umur berseluar dan bertopi celoreng askar melayu diraja tidak berbaju.

"Nama aku siapa?", sambung lelaki itu dalam nada tinggi. Soalan ditujukan kepada seorang budak berjersi Chelsea.
"Tak tahu.", jawab budak tu sambil menampilkan kerutan di dahi.

"Nama aku.. Kasim Bawal!", gertak lelaki pertengahan umur.

Kemudian dia terus menghala ke arah aku tanpa mengendahkan budak tadi.

"Adik!!", jeritnya lagi ke arah aku.

"Siapa nama aku?", soalan sama diulang.

"Kau adalah Fernando Torres.", jawab aku bersahaja sambil menekan punat-punat di talifon bimbit.

"Nama aku Kasim Bawal!", lelaki itu dengan yakin menekankan jawapan yang sama diberikan kepada budak tadi.

"Aku dulu kerja apa?", tanya lelaki itu lagi kepada aku.

"Kau dulu kerja askar", aku jawab lagi sambil buat gaya mafia lama-lama.

"Aku dulu berniaga.", selamba dia abaikan jawapan yang aku berikan.

"Aku berniaga aiskrim!", lantang suaranya menyambung.

*      *      *

Akhir sekali, aku secara tiba-tiba berada di Turf Moor lagi. Tak tahu kenapa. Bagaikan merentasi ruang cahaya dan masa tanpa disedari.

Scoreboard, menunjukkan LIVERPOOL 4 - BURNLEY 0. Yes. Menang. Tapi aku tak dapat bersama-sama scousers. Sedih.

Lelaki tadi sudah menghilangkan diri. Mungkin tak dapat merentasi ruang cahaya dan masa.


p/s: Kasim Bawal a.k.a. Mat Nor. mengikut cerita dari 'Lim Lagi.'


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

11 comments:

mat nor said...

beza kasim bawal dan pert adalah : kasim bawal suda xdapat diselamatkan, pert masih boleh diselamatkan. dedua gila!

Ah Nep said...

Kassim Bawal Doherty nama penoh dye pert weyh..smlm dy gtaw ak..

Cekyam Md.Iliyas said...

mane pegi komen aku? haha. aku cinte stamford bridge! oyeah!
weh jap2. apsal aku mcm kenal je kasim bawal nih. hum hum. x_x

Pert Doherty said...

Mat nor. ko tu yg gila.. hahaha

Pert Doherty said...

Ah nep.. jeles la tu.. haha

Pert Doherty said...

cekyam.. ni aku nk citer.. smlm la.. past post je artikel ni ok.. ko komen.. pastu aku komen.. pastu aku nk edit skit.. aku pon tertidor.. last2 aku bgun haritu.. sume jahanam.. tulisan sume jd nombor2 la simbol la.. aduh.. tension aku.. aku delete.. wat baru.. haha

Cekyam Md.Iliyas said...

haha. tadehal tadehal. wpun komen asal aku ilang aku tetap dtg singgah balik kat sini utk komen lagi. hehe. addictive siol o&j neh! tiap2 kali ade match liverpool aku mst trtggu2 post baru kau. menarik! aku suke! x_x

Ah Nep said...

ak jles ngn spupu lucas leiva je la pert~

manggosteen said...

haha..aku rasa aku ada time ko jumpe kasim bawal ni..
aku pon de tulis lam blog aku..

http://mangges.blogspot.com/2010/04/kassim-bawal-atau-hantu-serta-nyanyian.html

Pert Doherty said...

to maggosteen, ko wujud pada masa yang sama dalam cerita aku.. cuma ko lagi gempak dapat rakam perbuatan Kasim Bawal.. hahaha

manggosteen said...

haha..aku dok dekat siket ngan dia..
mmg tak bley blah la dgr dia nyanyi keroncong...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...