May 31, 2012

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 11)

"Kita kena cari sungai. Dari situ tahulah kita mahu menuju ke mana.", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu menyatakan buah akal. Sambil Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu terus berjalan lebih hadapan dari Effendi. Menerobos ke dalam semak-semak. Hutan pokok tinggi semakin ditinggalkan ke belakang.

"Mana pak cik tahu kedudukan sungai?", Effendi bertanya sambil tangan masih di dalam seluar menggaru punggung.

"Pak cik tahu la", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus jawab ringkas.

"Dah kenapa tiba-tiba tahu, dari tadi saya perhati pak cik ni macam sesat."

"Mana mungkin aku sesat wahai anak muda kerana aku pernah masuk kumpulan pengakap suatu ketika dahulu"

Effendi terus terdiam.

Effendi menjadi musykil juga, bukan kerana hal pengakap. Ini kerana hal rupa. Rupa Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu adalah bukan rupa orang kebanyakan di kawasan kampungnya. Malah rupa Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu ada kesan pendarahan orang putih. Yang menjadi aneh adalah, bagaimana Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus ini boleh fasih berbahasa melayu.

Maka diteruskan juga perjalanan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus bersama Effendi Mahmud. Ini merupakan suatu pengembaraan yang baik pada fikiran Effendi.

"Pak cik, saya rasa saya ada dengar bunyi sungai"

"Mana mungkin ada bunyi sungai di sini, lihatlah belantara sekeliling kamu"

"Tapi ini serius. Kita kena selamatkan anak dolfin"

Tidak semena-semena tangan kanan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu terhayun tinggi kemudian tepat menempeleng kepala Effendi.

Effendi tercampak 15 kaki ke arah pokok gerutu.

Effendi terus tidak sedarkan diri.

Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu terus angkat Effendi dan memikulnya.

"Ini akibatnya kalau kau terlalu lucu di dalam hutan. Aku ini pengakap", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus mengomel sambil meneruskan pengembaraan.


p/s: aku mahu minta duit kerajaan supaya bayarkan hutang aku pada institusi pelajaran aku.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 28, 2012

PROMO: GET UP KLUANG (dengan sedikit dialog dengan organizer)

Peringatan: Siaran kali ni tiada tapisan. Explicit content.

KELENTUNG!

Ada chat masuk. Azrafe Zaky (AZ).

AZ: salam abg ensem :)

Gua: haa
peh penyanyi chat ngn gua

AZ: babi ko pert

Gua: kah kah kah

AZ: haha
bro

Gua: apasal woi?

AZ: Kluang

Gua: ha apa cerita ada pojek kluang pulak?

AZ: gile lambat ko ni
30 June JOHO dtg Kluang la

Gua: oh.. boleh.. pukul berapa?

AZ: nak mintak tolong promo kat blog best ko tu

Gua: lancau je best
boleh2.. mana page event

AZ: jap
http://www.facebook.com/events/125097164293961/

Gua: ni sehari suntuk dekat keluang ke cemana ni?

AZ: yup
seharian
ni kecik skit dari GEGO

Gua: orait.. yg xbest sebab roti dekat railway dah kena bann

AZ: carbooters dari BP
ajak
xpe
banyak lagi about kluang dari dok pk pasal roti
haha

Gua: hahaha.. sana seronok sikit.. xpe2.. jap ag aku watkan promo sikit..

AZ: tq brader
ade askar2 x kat BP/

Gua: dah kurang rasanya
xpe terai je dulu

AZ: ok
sebab aku nak tgk capacity askar tu
mintak buat promo for BP

Pebualan tamat.

Gua bukanlah duta Joho Concept Store ke apa benda. Gua pun tak berapa tahu apa benda "GET UP Kluang" ni. Ni baru gua nak tahu apa benda.

Terai pergi dulu kepada orang-orang yang duduk Bandar Penggaram, Kluang, Simpang Renggam, Air Hitam, Machap, Yong Peng, Parit Raja, Simpang Lima, Peserai, Sri Gading, Parit Botak dan sebagainya.

Cuba Klik gambar ni



p/s: gua tengah cari akal nak setelkan segala masalah besok juga.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 27, 2012

Kembara bersama 'Rokstars'

Seumur hidup saya. Saya tidak pernah pergi menonton wayang bawah sinaran bulan tidak mengambang.

26 hari bulan Mei saya pertama kali pergi menonton wayang di bawah sinaran bulan tidak mengambang.




.............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

(nanti gua print, gua tulis tangan la, sedap sikit nak buat carta alir, footnote, reference apa la semua. ahaks)



Ni gua bangun pagi,  gua lihat Naga sama Tok saja yang bangun. 
Jadi gua pergi tangkap gambar logo ni. Setan semua budak muda tidur.



p/s: peh bosan gila summary gua. Tangan gua sampai bau tahi ni dah kenapa?


Terima Kasih semua. Gua tak berani sangat mention nama, ni pertama kali gua diberi peluang melepak bersama 'rokstar rokstar' Sindiket Sol-Jah, gua baru nak kenal satu-satu. Semua orang tua. Gua jadi senyap dan sengih sengih udang. Observer.


Terima Kasih Anip, Rayhan, Tok Rimau, Garam, Abe, Labi, Undan, dan kepada dua abang gua Ayob dan Sufi, dan juga kepada dua Nad (kakak dan juga adik gua). Sebenarnya saya mahu lepak lama. Dan juga kepada Engineer On Site, gua memang tak sempat jumpa lu. Gua memang nak jumpa lu. 


Sebenarnya memang gua tiada mood nak tulis. Gua tengah nak ambil mood menulis prosiding paper.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 24, 2012

Kelas Robotik dan Remaja Masa Kini

Kelas pagi puku lapan memang sedap kalau kena gaya. Tapi remaja masa kini mana gemar mahu bangun pagi awal. Paling awal pukul sepuluh. Tapi gua remaja masa lalu. Gua bangun awal lekas terus pergi kelas. Kelas tajuk robotik.

Siap juga gua lukis anak negro. Walaupun tidak bagus mana.
(sesetengah gambar pelu disensor)

p/s: kepada remaja masa kini. Bangunlah awal supaya anda boleh terus melukis. dan melukis. dan melukis. Anda semua adalah jaguh.


kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 22, 2012

Free Education a Lovely Myth

Debat PTPTN.

"Ahaks."

"Tak tengok", kata Gonzales.

Free education.

"Ahaks."

"Lovely myth", kata Gonzales.

Gua dari belakang terus debik Gonzales. "Hormat la orang lain sikit, ini bukan slot kau sorang", gua sound Gonzales.

Pada gua free education ni dapat diwujudkan secara menyeluruh dalam satu-satu negara apabila negara tersebut dalam kategori terlalu kaya dan juga terlalu miskin.

Keadaan negara terlalu kaya untuk memberi free education tidak menghairankan. Langsung. Pasal apa? Pasal dia dah kenakan cukai yang tinggi bagi setiap apa bende celaka yang kau guna, yang kau makan, yang kau berak, yang kau hisap rokok, yang kau melakukan seks, yang kau tonton, yang kau dengar. Semua ada tax. Sampai satu tahap makan nasi himpit juga dikenakan tax yang mungkin melampau. Jadi apa benda-benda yang mak bapak kau bayar tu akan pulang ke kau juga dari segi free education, free highway, free internet, free roadtax, ke apa benda sume celaka yang diperjuangkan orang-orang Tanah Melayu. Macam mana nak negara menjadi kaya tiba-tiba gua tak tahu. Barangkali negara-negara yang kaya itu hari-hari berdoa agar emas tiba-tiba muncul dari dalam tanah negara itu. Dan kepala-kepala negara mereka adalah golongan wali-wali. Itu gua tak pasti. Tapi semakin kaya negara, semakin real benda free education.

Kemudian kenapa gua cakap negara terlalu miskin akan menyebabkan wujud free education?

Pada pendapat gua, bila sama-sama miskin, sama-sama akan tolong menolong. Miskin ni maknanya susah. Tapi ditekankan lebih kepada harta. Bila dah takda harta, apa lagi yang ada harga selain maruah? Pelajaran, pendidikan, ilmu, pembacaan dan segala benda-benda yang datang dari buku. Tak kisah buku dari jenis apa. Masa miskin masing-masing takda nak hulala pergi mabuk, pergi disko, tak pergi main game dekat cyber cafe, tak pergi membazir beli telefon pintar, tak membazir beli gadjet elektronik, tak membazir beli pukimak apa benda segala bapak segala bodoh yang setiap hari makin membebal kepala otak. Bila miskin, itu jam boleh pandai nak baca buku, nak cipta kapal terbang, nak cipta amplifier biar orang 'bang' boleh dengar. Masa tu la material-material seni semua hebat-hebat. Masa tu semua boleh. Masa tu siap kau sendiri yang nak datang kelas, tak mahu ponteng. Pasal kau tahu nilai ilmu itu dekat mana. Masa tu go to hell about certificate. Fucking degree, fucking diploma, fucking phd. Tiada benda tu. Semua orang memang tiba-tiba wujud niai phd itu sendiri. Panjang lagi. tapi gua tahu semua paham. Tak paham pergi tanya orang-orang pandai. Gua tak pandai.

Dan Malaysia.

Kenapa Gonzales tadi cakap, "Lovely myth".

Itu adalah sindiran kepada Malaysia. Kita bukan negara miskin dan kita juga bukan negara kaya. Kita boleh mewujudkan free education sekiranya pekerja-pekerja dari apa lapisan masyarakat sanggup melepaskan demand diri mereka agar hanya ambil gaji yang lebih kecil dari sekarang. Dan duit-duit itu masuk kepada tabung pendidikan negara, dan negara akan agihkan kepada pelajar dalam bentuk pembayaran yuran. No fucking money for your Levi's, or for your cigarette, or for your Gucci or any motherfucking things. Itu adalah duit rakyat yang digunakan untuk keuntungan bersama, jadi hanya yuran yang boleh jadi free. Dan sistem boleh sahaja ditukar sekali. Dalam yuran itu sekali terdapat duit makan dan yuran tempat tinggal. Jadi universiti-universiti akan bertukar kepada bentuk-bentuk persekolahan yang elit kononnya. Ada asrama, ada makan, ada aktiviti yang membuka otak. Tapi kepala butuh pelajar nak join semua. Tak cool kan kalau pergi dewan makan ikut time. Kah kah kah. Tapi realitinya macam tu kalau nak wujudkan free education di Malaysia. Dan majoriti budak Malaysia masuk universiti atas sebab yang tak berapa nak real. So, untuk elakkan pembaziran duit rakyat, masa tu boleh kenakan denda kepada pelajar-pelajar yang benak dan yang kena kick. Denda macam mana? Masa ni kerajaan boleh minta balik duit-duit yuran yang telah dibayar. Namun ini hanya berlaku kalau budak kena kick. Kalau siapa skor, free education dia orang dapat. Bukan nak menekan orang yang gagal. Tapi kalau setiap tahun duit cover untuk pendidikan, dan konon budak yang boleh skor setiap tahun cuma 2 persen, apa cerita. Makan dia orang dah makan, tapi tak nak belajar. Jadi kena lah denda. Ye dok? (Kalau benda ni terjadi, gua tak masuk universiti. Gua lagi rela kerja tanam cili.). Tapi yang membuat benda ni jadi Lovely Myth adalah sebab semua tak nak. Cakap masing-masing boleh. Tapi realitinya, takkan kau nak bayar untuk orang yang kau tak kenal dari mana tah asal usul. Dah memang sifat manusia macam tu. (Walaupun free education, tenaga pengajar masih perlu menerima gaji, kecuali mereka seorang peniaga atau orang kaya, yang mengajar hanya sambilan, ok la). Ramai yang cakap sebenarnya negara ni kaya dan banyak duit dan cukup untuk tampung free education. Dan sebenarnya memang boleh dibuat. Itu gua tiada hujah kukuh. Sebab gua menulis bukan dari pembacaan. Gua cuma melihat dan bagi pendapat mengikut situasi yang gua lihat. Kalau betul macam apa yang 'ramai' cakap tu, kerajaan Malaysia ni harus pergi jahanam. Dan gua harapkan revolusi, bukan reformasi.

Dan apa yang gua tulis tadi gua banyak terangkan fardhu-fardhu kifayah yang orang tak pandang sangat. Siapa saja yang sanggup alirkan duit gaji mereka kepada pelajar-pelajar yang mereka tak kenal mana asal usul.

Dan apa benda tah lagi gua nak tulis gua tak ingat.

Besok la.

p/s: Maaf kalau benda gua tulis salah. Pasal gua tak pernah kaji sistem ekonomi Malaysia ni.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Mood: Terharu




Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..Terharu..



p/s: Terharu..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 20, 2012

Buah Rajin



Kalau dah datang buah rajin gua, jangan tanya kenapa gua buka Microsoft Word.


p/s: Kalau mak gua tengok gua buat kerja kursus sampai pukul 3-4 pagi, boleh jadi mak gua menitis juga air mata.


Asalnya gua nak tulis cerita 'Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas' part latest.. Tapi besok lah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 16, 2012

Timeline Klise Rakyat Bumi


pergi mampus la kalau timeline ni tak betul. 
Gua dah bikin. besok-besok la kalau nak betulkan.
pasal penerangan pun besok-besok la.



p/s: entah apa benda entah gua nak sampaikan pun gua tak tahu.


ha ni ada kawan mintak tolong. Dia ada nak jual baju. tengok sendiri la.

tengok dekat link sini 


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 15, 2012

Kencing dan ketamadunan

Suatu hari tu gua ke bandar. Dalam perjalanan gua rasa nak terkencing. Peh macam setan juga rasa dia. Tapi disebabkan gua agak beradab dalam hal-hal kencing, gua tidak terus tiba-tiba berhenti tepi tokong dan kencing pada rumah agama orang. Etika kena jaga hal-hal kencing. Dari kencing ni boleh membawa kepada keruntuhan suatu tamadun. Kalau tak percaya, besok mulakan revolusi kencing merata. Barangkali tamadun manusia sekarang akan runtuh dengan lebih pantas. Gua tekankan tamadun bukan partai barisan nasional.

Tak lama gua jumpa Esso.

Gua berhenti untuk cari tempat kencing yang agak semenggah.

Sampai depan jamban.

"ada orang pulak"

Gua tahu ada orang pasal bunyi orang kencing. cerrrrrrrrrr.

Beberapa ketika pintu dibuka dari dalam.

Seorang abang yang agak besar juga badannya. Dari susuknya boleh dikata banyak lemak juga. Dia keluar dan selisih dengan gua. Gua masuk. Gua tengok jamban duduk. "Sial"

Terus gua keluar balik tahan abang tu.

"Bang, alat kelamin kau ni macam tentakel sotong kurita ke?", sambil gua pegang bahu abang itu.

"tak", ringkas abang tu jawab dengan muka berkerut di dahi.

Gua tangkap kepala abang tu terus gua bagi lutut dekat bibir.

Gua tak biar lama, tengah dia meraung-raung, gua tinju ari-ari dia berkali-kali. senak bukan kepalang melihat reaksinya. Gua tengok peluh ketakutan mula terbit di merata kawasan tubuh abang itu.

Gua tarik kepala abang itu terus menyelamkan kepala abang itu ke dalam mangkuk jamban. Meronta-ronta abang itu dibuatnya. Gua biar lama sedikit. Kemudian gua tarik balik.

Sambil dia masih mencari nafas, gua tumbuk telinga dia dua kali. Selalu kalau gua tumbuk sekali boleh jadi bernanah. Kalau dua kali gua tak tahu jadi apa.

"Bang, kau kalau nak kencing berdiri boleh tak jangan bersepah?"







p/s: Etika kencing ni berkait betul dengan jatuh bangun suatu tamadun.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Siapa cikgu sila baca. Kalau bukan baca jugak gua lempang.

Pukul 9 lebih gua meset kawan.

"woi sup kambing woi"

"sori.. udang goreng tepung"

"celaka nak menang."

gua terus makan.

Pukul 1230 pagi. Gua cari telefon.

Ada meset lagi rupanya. kawan tadi juga rupanya.

"jus epal udang goreng tepung keropok lekor tepi pantai sampoerna hijau.."
"Hari guru dok.. wish cepat."



Asalnya gua nak juga wish hari guru.

Sekali ada meset "jus epal udang goreng tepung keropok lekor tepi pantai sampoerna hijau..".

Tak jadi la.

Kah kah kah.

p/s: Selamat hari guru kepada guru-guru dunia. Tak kira guru yang ajar ugama-ugama, yang ajar bertumbuk, guru yang kuat mengular, guru yang suka belasah budak hisap rokok, guru yang pendiam, guru yang radikal, guru yang tidak daftar mengundi, guru dah bersara, guru ilmu hitam, guru kemahiran hidup (hal kemahiran hidup ni nanti gua bahaskan), guru kajian tempatan, guru bahasa, guru solek, guru gambar, guru tera, guru san, guru matematik tambahan, guru sains kemanusiaan, gua kompang, guru badminton, guru yang pernah dendan aku, guru yang psiko, guru yang gila seks, guru yang celaka, guru yang gua tak suka, guru yang perasan dia dah habis kelakar la tu kalau buat lawak, guru abah kau, guru yang makan gaji buta, guru yang kuat mc, gua yang tak pakai tie, guru yang kerap hisap rokok walaupun kejap lagi ada kelas nak masuk, guru kelas tambahan, CIKGU SURAYA, guru yang kena calar kereta dia, guru sementara, guru praktikal, guru yang kerap denda aku, guru perempuan yang cun, guru perempuan yang cun malah bujang dan bercinta dengan pelajar, gurutu, gurun, gurubuk. dah gua penat.


Banyak juga kawan-kawan gua berakhir dengan menjadi guru. Malah akak gua sendiri guru.

Untuk tidak pilih kasih gua tak tulis nama. kah kah.

"Selamat hari guru.", baca dengan jerit kuat kuat.

Kalau ada guru yang membaca hasil tulisan gua ini, gua harap lu-lu orang semua didik generasi sekarang dengan baik.

Gua nak lu-lu orang semua DIDIK. Gua tak nak lu-lu orang semua setakat borak-borak benda dalam buku sahaja. Itu tidak memberi kesan terhadap diri. Gua nak lu-lu orang semua pastikan anak muda negara ini ada 'otak'.

Gua nak generasi baru nanti ada idea tentang masa depan dia. Dan jangan sekali-kali ranapkan impian seorang budak hatta impiannya mahu jadi Son Goku.

Gua nak guru-guru bersatu mencipa idea baru untuk sistem pendidikan negara. Suarakan pendapat, kalau perlu mogok untuk kesejahteraan bersama, mogok lah. Kalau mahu mogok lapar, mogok lah.

Gua penat menonton anak muda (terutama di sekolah-sekolah) semakin 'sayur'.

Gua taknak perjuangan anak muda cuma mahu masuk universiti. Gua nak kalau boleh mereka ada idea lebih dari setakat 'masuk universiti'.

Gua bukan apa, sebab gua teringin jadi cikgu tapi mak gua suruh habiskan belajar jurutera ni.

Jadi gua cuma boleh sampaikan keinginan gua kepada barisan cikgu-cikgu yang kebanyakannya kawan gua sendiri.

Good luck cikgu cikgu Malaysia.






Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas (siri 3)

Hari ini panas betul. Rokok hampir habis. Gua ada ujian bertulis malam ni. Selain itu, gua juga belum makan. Hendak merokok ketika hari panas dan perut kosong adalah tindakan kurang bijak. Jadi gua check seimbas kotak rokok. Tinggal 2 batang.

"Ini tidak boleh jadi, gua kena beli untuk stenbai", kata gua pada diri sendiri. Hal beli rokok sebelum kotak jadi kosong ni semacam etika. Sama macam menambah nasi ketika pinggan belum betul-betul licin.

Terus gua memecut ke kedai. Sambil gua pasang niat nak beli air sekali. Air tin.

Gua tak berharap makwe pun jaga kaunter. Nafsu gua terhadap makwe kalau tengah hari panas memang tak berapa nak pergi.

Sampai depan kedai. Agak lengang walaupun banyak juga kenderaan yang tidak diketahui asal usulnya turut parkir.

Gua masuk. Gua nampak seorang perempuan berumur menjaga kaunter. Gua senyum.

Tiba-tiba seorang makwe yang biasa gua cerita tu melulu dari balik rak berdekatan kaunter. Terus ke hadapan gua. Sekilas, berseri betul. Dan terus menunduk ke bawah laci kaunter.

Tak sampai 2 saat kembali berdiri semula dengan sekotak surya enam belas. Sambil senyum menghulurkan kotak rokok kepada gua.

Gua senyum sambil bayar.

Makwe senyum sambil pulang duit baki.

Gua senyum dan keluar.

*      *       *

Akhirnya gua tak beli air.



p/s: "kau sebenarnya entah-entah wujud entah tidak"


cerita di atas adalah tipu. Tipu la kalau orang kedai dah tahu minat gua apa.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 13, 2012

Kapitalisme atau Sosialisme

Semalam ada event. Dan gua tak nak tulis pasal apa benda berlaku apa benda yang seronok ke apa-apa pasal event tu. Itu boleh sendiri chek kat page AGAS sendiri. Gua ni hari cuma nak cerita idea yang gua baru dapat reveal lepas balik dari sana. 

Sebelum baca, gua nak ingatkan jangan percaya sangat. Ini hanyalah borak-borak tiga orang yang berlainan jurusan kejuruteraan (Mekanikal, Awam dan Elektrikal) yang juga bukan ahli dalam hal ini.

Klik untuk tengok lagi besor

Pada asalnya gua malas nak terangkan. Tapi nak tak nak kena juga. Kalau tak yang anti-kapitalisme akan kecam gua. Nanti yang anti komunisme akal lanyak gua.

Gua tak kata gua betul. Tapi benda ni ada logik. Dekat mana logik dia?

Kapitalisme adalah hal-hal yang mengaut keuntungan. Jadi ada tak orang nak berniaga sebab nak rugi? Dan berniaga juga salah satu tuntutan dari segi agama. 

Kemudian sosialisme adalah hal-hal sama rata. Sekali dengar adalah baik. Tapi kesan yang teruk akan berlaku apabila sosialisme diguna secara total. Namun dekat hal sosialisme ni ada juga dalam tuntutan agama iaitu zakat. 

Jadi kalau benda dua ini bergerak berasingan, dunia takkan seimbang. Orang sibuk perjuangkan kapitalisme adalah jahat, sosialisme ada baik untuk rakyat. (walaupun banyak lagi ideologi yang timbul dalam dunia ini, tapi gua lebih tekankan dua ini, sebab.. pergi mampus sama sebab). Apa yang berlaku sekarang adalah sebab pengasingan dua ideologi penting ini.

Jadi sekarang gua malas terangkan panjang-panjang. Masing-masing boleh buat kesimpulan sendiri.

Hal-hal ideologi dunia adalah acah-acah yang pada asalnya tidak direka pun. Cuma 'kepala-kepala' dulu ambil dari Tuhan apa yang mereka gemar sahaja (ini satu pendapat). Terdapat juga pendapat, ini hanyalah eksperimen oleh orang yang 'lebih tahu' mengenai hal ini terhadap masyarakat dunia.

Panjang lagi sebenarnya benda ini.

Tapi adalah lebih baik kalau semua saling berfikir. Kalau gua sorang cakap boleh jadi orang kata gua koya pemikir.


p/s: karangan gua kali ni macam babi. menyesal pulak menaip blog sambil menaip tesis.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 10, 2012

AGAS : Eskapis Dunia Maya (bukan penerangan)

Asalnya gua nak copy past dari page jemputan dekat facebook. Tapi itu bukan cara gua. Gua ada etika bab bab plagiat ni. Kau tahu tak pasal apa gua buat thesis dalam bahasa melayu? Pasal gua ada etika bab plagiat.

Ahad nanti ada program benda la dekat Hutan Bando JB. Program yang tak ambil untung pun. Ok perkataan program tidak berapa sesuai bagi menceritakan hal benda ini. Program tu kalau gua dengar lebih kepada satu macam software atau apa benda entah dalam komputer (dunia maya). Memandangkan dekat page event tu ada slogan "Selamatkanlah diri anda dari diculik dunia maya". Jadi lebih baik kalau gua guna perkataan Acara atau temasya.

Ok gua ambil sebagai Temasya.

Ahad nanti (13 Mei 2012) ada Temasya dekat Hutan Bando JB.

Temasya la.

Tajuk dia "AGAS : Eskapis Dunia Maya"

pegi ke page event klik sini




Kalau siapa nak duduk & bantah dekat Hutan Bando pun boleh.

Apa benda entah lagi gua nak tulis pun gua tak tahu.

pergi baca sendiri la dekat page tu.

Nak tanya apa benda dekat page tu. Gua tak tahu apa-apa.

Barangkali benda ni satu macam benda rusuhan. Tengok gaya la. Gua pun tak pernah merusuh sejak tahun 1999.

p/s: tahu tak mata burung unta lebih besar dari otaknya?


Eskapis Dunia Maya
Eskapis Dunia Maya
Eskapis Dunia Maya
Eskapis Dunia Maya
Eskapis Dunia Maya
Eskapis Dunia Maya
Eskapis Dunia Maya
Eskapis Dunia Maya
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 8, 2012

Georgie yang ajaib

Lopi tengah mengemaskan senapang. Senapang penabuh biasa. Lama dah tak diguna. Sejak kes babi hutan menyerang tanaman ubi tempoh hari, Lopi biar saja senapang di bawah katil. Bersawang juga.

Tiba-tiba perut Lopi lapar.

Lopi simpan semula senapang bawah katil. Asalnya nak pergi memburu angsa gurun dekat kawasan gurun. Tidak jadi. Lopi lekas naik motor ke mamak. Mamak dekat simpang empat yang betul-betul tepi jalan. Kalau nak parking kena pergi belakang. Kalau parking depan, boleh jadi kena sapu treler.

Mamak buka lagi rupanya. Dah dekat nak subuh ni.

Lopi pesan roti telur dan air kopi.

Sambil tunggu makan, televisyen ada tayang pula siaran angsa gurun. Lopi kemam mulut dalam-dalam, geleng-geleng kepala. "Jaga kau".

National Geographic dekat mamak ni selalu ulang benda sama. Pasal pakai VCD.

Tak lama roti telur sama air kopi sampai. Lopi makan pelan-pelan.

Baru dua tiga cuil, Lopi dah mula tengok-tengok tempat lain. Senang betul tepengaruh dengan persekitaran.

Tiba-tiba ada seekor kucing bernama Georgie muncul betul-betul tepi jalan, tepi meja Lopi. Entah dari mana entah Georgie. Rekabentuk badannya cantik betul.



Georgie lenggang lengguk berjalan di atas divider hitam putih sempadan kaki lima mamak dengan jalan raya. Tampan betul 'jalan-kucing'nya.

Tidak ada ura-ura Georgie nak minta roti telur Lopi sedikitpun. Georgie cuma jalan-jalan di situ. Lopi nyaris lupa hendak makan akibat kemunculan Georgie yang sangat ajaib.

Lopi menghirup kopi. "Hmm.. kopi rasa kelekakian". Lopi senyum namun mata Lopi tak pernah lekang dari menengok Georgie. Georgie sedang menjilat-jilat dubur.

Tak lama kemudian, Georgie 'jalan-kucing' melintas jalan raya yang kosong. Sampai tengah jalan raya Georgie duduk. Kembali menjilat-jilat dubur. Sangat ajaib.

Dari kejauhan nampak lampu kereta meluru agak laju menghala ke simpang empat. Masih jauh.

Georgie berjalan lagi sedikit ke hadapan. Dari gayanya mahu melintas terus ke seberang jalan.

"cuk cuk cuk", Lopi buat bunyi panggil kucing.

Georgie menoleh mencari bunyi panggilan. Kereta makin dekat.

Georgie patah balik.

POP!

Kepala Georgie meletup dilanggar kereta Datsun 1200 Coupe.

Kereta itu terus meluncur laju meninggalkan Georgie.

Lopi pula terus ke kaunter membayar makanan dan terus ke motor.

Lopi balik lalu jalan lain.

p/s: Tuhan Maha Power
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 7, 2012

Lecturer! Lecturer!

"Cikgu, cikgu"

"Awak ni jangan la panggil cikgu lagi, sini kan kat universiti"

Satu kelas gelak.

5 minit lepas tu.

"Lecturer!, lecturer!"

Gua dari jauh lari amik step. Terbang terus terajang kepala dia.







p/s: ini kisah benar.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 6, 2012

EPISODE VII: THE BEGINNING OF THE END (bukan rebiu)

 H86400 HardCore

5 Mei 2012 - Gua dekat depan rumah. Tangkap gambar kucing.














Hari Sabtu ni takde bende sangat. Cuma last aku pergi gig dah setahun setengah lepas. Kalau tak silap. Itu pun masuk pasal band Ajis. Dan Liverpool power. Andy Caroll power.

Satu lagi. Gua first time dapat jumpa 'akak kening ulat bulu' gua dekat gig ni. Terima kasih Tuhan yang menyusun. Serius gua macam tecengang sebab bertembung atas nama luck. Dengan takda nombol talipon nak kontek.

Dan satu lagi. Kawan-kawan dari JB (Wiwit, Anip, Garam) sanggup turun sini. Terima kasih Tuhan yang menyusun.

Dan satu lagi, abang gua balik Parit Raja.

Tak lupa juga Din Akar dan Cabi (pun dari JB). Entah mende-mende diorang borak pun aku tak tahu. Dari hal HB (happy birthday) sampai ke hal dia punya ular sampai ke apa entah. Gua kalau badan sengal-sengal nak berborak pun takda benda sangat. Jadi gua bakar rokok.

Akhirnya semua pun balik. Din dan Cabi balik JB la kot kalau diorang takda nak ke Terengganu. Gua dan Kawan-kawan dari JB balik Parit Raja.

Akhirnya.. Tiba-tiba!!

Dekat celah-celah jari jemari gua, dari dalam kulit macam ada gerakan halus yang agak pedih.

Tiba-tiba, Frank Morgan melepaskan dua das tembakan.

Burung kedidi itu tumbang dengan kepalanya sudah entah di mana.

Dalam kekecohan itu, datang pula seekor warlus bernama Ghani. Ghani berlari lebih pantas dari biasa. Tapi warlus punya lari boleh jadi kau yang statik dekat tepi pun ikut berlari. Dah kalau lari setail bersepah. Makan space.

Ghani lari.

Buto la gua punya post ni hari macam nak kene pelempang.


p/s: "Benda ni bukan trend"



Pasal mende event tu nanti la gua buat post. Nak revolusi bukan kerja senang. Celaka Anip.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas (siri 2)

Pendi masuk kedai.

Makwe dekat kaunter yang hari tu jugak jaga kaunter. Dah memang kedai bapak dia. Memang dia jaga.

Makwe tu besarkan mata. Terkejut agaknya nampak Pendi.

Makwe tu senyum.

Pendi senyum.

Makwe tu keluarkan Surya 16.

Pendi bayar sambil senyum.

Makwe tu pulang duit baki sambil senyum.

Pendi keluar kedai.



p/s: pasal Nostalgia nanti la.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 5, 2012

Mimpi Basah yang seram

Permainan terikat dengan kedua-dua pasukan mempunyai 2 gol masing-masing. Keadaan si Stadium Wembley semakin tegang. Penyokong dari kedua-dua pasukan masing masing semakin lama semakin kuat bersorak.

Masa tambahan dah habis pun.

Ni sekarang tengah seting-seting nak main penalti.

Penonton yang tadi besorak terus bersorak, yang menjual jagung bakar terus menjual, yang berdoa terus berdoa, tak kurang juga ada yang bang, dan bang terus diteruskan. Suasana hiruk pikuk.

Nyanyian 'You'll Never Walk Alone' oleh penyokong-penyokong Liverpool tadi hilang tiba-tiba.

Rupanya sepakan pertama adalah oleh Bellamy.

Puan Brown menggenggam erat tangan sendiri dan diletak di bawah dagu. Mulanya matanya tajam merenung Bellamy. Kemudian merenung Cech. Puan Brown yang duduk betul betul di belakang gawang tidak lama kemudian memejamkan mata. Berdoa terus kepada Tuhan.

Pritt!

Gol! Cech berjaya membaca kedudukan mana pergi rembatan Bellamy, namun bola lebih deras dari jangkaan.

Puan Brown membuka mata. Tersenyum. Puan Brown sudah 65 tahun, dia tidak punya stamina untuk berkinja semacam budak-budak muda. Tengoklah jersi yang dipakainya, masih lagi pakai jersi tanpa ada penaja.

Giliran Frank Lampard mengambil penalti.

Mendebarkan.

Kali ini Puan Brown yang tadinya wajah ceria bertukar menjadi mencuka. Dia tahu kebolehan Reina sampai mana. Dia tahu Reina pernah menjadi hero final FA Cup. Tapi kali ini lain. Lain. Ini Lampard. Lampard yang bukan kuda tua yang main-main.

Puan Brown menejam mata kembali berdoa. Namun dia tiada keyakinan.

Pritt!

Gol!

Kanan gol hujung bawah. Tidak terlalu deras. Tetapi berjaya melepasi Reina.

Kedudukan setara kini.

Puan Brown membuka mata dan mendongak langit. Terpapar kesedihan di mata nya.

"O My Lord...", terpacul kata dari mulutnya.

Steven Gerrard ke hadapan untuk mengambil penalti.

Petr Cech juga ke gawang dan kemudia ke tiang memukul-mukul dua kali setiap tiang. Barangkali ini ritual yang baik ketika menjaga gawang waktu penalti.

Puan Brown pula membeli jagung.

Prittt!!

Steven Gerrard mengambil step 3 langkah ke belakang. Kemudia meluru untuk memeluru Cech.

DUPPP!!!



Bola terbang terus menuju kiri Cech. Tipikal Gerrard.

Cech yang sudah lama menilai Gerrard telah terlebih dahulu menguat kuda-kuda untuk melompat ke kiri.

Bola melantun keluar ditepis.



"Woi pert!"

Gua angkat kening. Mata melekat-lekat lagi.

"Kelas robotik dok!".

Gua bingkas.



p/s: peh mimpi macam ni yang tak berapa nak sedap ni.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 3, 2012

Skrip: Entah.. Aku tak terpikir lagi

SKRIN GELAP:
Bunyi van berhenti (tapi enjin masih hidup, tahu tak berhenti setakat nak turunkan penumpang?)


Bunyi pintu van dibuka. 


FADE IN:


JALAN LECAK - SENJA
(Waktu senja: warna macam dekat brazil. tahu tak hawa di brazil macam mana. ha, macam tu la)
Kamera fokus dekat bawah pintu. Kemudian ada kaki turun dari van.



SUARA BUDAK-BUDAK RAMAI
Babai John!!!



Pintu van tutup balik. kaki stay lagi dekat area tadi. van jalan.
lat bapa seken, kaki langkah melintasi atas kamera.





-------------PAGE BREAK-------------



Gua bukan apa tulis pakai font ni. Baru nampak serius. bukan main-main.

Lu yang baca tu kasi la sikit sambungan. gua suntuk idea ni.

Semalam gua talifon kawan.

"Woi filem dah jalan belum?", dia tanya.

"Belum", gua jawab.

Kali ni gua bukan buat sekadar buat. Kali ni gua nak bagi penonton menangis dan ketawa serta berasa baik tentang dunia.

Dan gua nak tekankan di sini. Tuhan itu ada.


p/s: diam la kau muka bulu lebat. bodoh!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 2, 2012

Makwe Kedai Runcit dan Surya Enam Belas

Suasana riang ria di hadapan kedai runcit. Seperti ada pesta keramaian. Walhal, hari ini hari rabu, mana mungkin orang berpesta sebegitu.

Cerita dipercepat hingga ke bahagian klimaks.

Pendi letak barang-barang yang dia hendak atas meja kaunter. Biskut cream-o dua batang panjang dengan air milo tin.

Sementara itu ada orang sedang bayar di kaunter. Pendi pandang makwe jaga kaunter. Sempat juga makwe di kaunter itu melirik kejap ke Pendi. Pendi pandang tempat lain.

Makwe yang jaga kaunter ushar Pendi. Atas bawah. Makwe tu baik juga paras rupanya. Tidak buruk dan tidak terlalu lawa. Mata sedikit sepet, tapi tidaklah sesepet orang monggol. Cukup-cukuplah dengan keadaan. Kulit tidak terlalu putih seperti salji, tidak pula gelap. Tapi putih lah begitu kalau dari golongan Melayu. Lengkap berhijab. Dari awal Pendi masuk kedai tadi makwe tu dah ushar Pendi. Barangkali zip seluar Pendi terbuka. 

"Err", Pendi mahu memulakan bicara.

Sambil itu makwe itu tunduk ke bawah kaunter. Mencari sesuatu. Tidak sampai 2 saat kembali semula dengan sekotak Surya 16.

"surya enam belas ada?", baru Pendi dapat mengeluar kata lepas segalanya berlaku. Lepas makwe itu keluarkan sekotak rokok.

Makwe itu seraya senyum. Bibirnya tipis tapi tidak terlalu tipis. Menarik untuk ditengok.

"Tahu-tahu saja orang nak", kata Pendi sambil sengih.sambil menuding ke arah rokok surya 16 atas meja kaunter itu.

"Orang tahu laaa", jawab makwe itu dengan sedikit pekat-pekat dialek jawa. Buatkan Pendi tersenyum. Makwe itu senyum.

Pendi bayar.

Pendi keluar kedai.





p/s: Ni cerita betul 'kawan' gua.


@damnitstrue: It's nice when someone remembers small detail about you. Not because you keep reminding them, but because they actually care.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...