Jul 10, 2011

Skinhead

Tahun 1997.

Pukul 10 pagi baru balik dari sekolah agama.

Rambut mencancang. Memang gua tak boleh betul.

Memandangkan rambut gua dah macam iblis panjang. Bila pakai songkok mencucuk telinga.

Gua perati dekat cermin. Bila gua buka songkok rambut kat tepi tu macam ada lekuk kesan songkok. Ish. Tak macho langsung rambut ada lekuk bila buka songkok. Macam nak makan penampar. Menyakitkan hati gua, cikgu gua pun silap-silap boleh lempang gua sebab rambut gua dah tak tentu arah.

Gua capai gunting kain mak gua.

*      *      *


"BRUM BRUM BRUM", bunyi motor bapa gua.

Gua dah capai songkok cepat-cepat. Lekas gua pakai.

"Assalamualaikum!", bapa gua memang jenis beri salam dekat rumah sendiri. Gua pun terikut-ikut sampai sekarang.

"Kum salam", gua jawab stail malas campur cuak.

Gua buka pintu. "Kau pakai songkok kenapa dik?", bapa gua tanya.

"Takde pape", gua jenis tak pandai menipu. Hidung gua boleh jadi panjang kalau tak kena gaya.

"Kau jangan tipu", bapa gua pantas cabut songkok gua.

"Ya Allah", seraya bapa gua mengucap.

*      *      *

Segalanya selesai dengan bantuan bapa gua. Dia memang ada simpan ketam rambut. Dan gua mana la tau.

Hari ini gua ke sekolah dengan naluri skinhead. Jaga-jaga walaupun gua bersongkok, jangan pandai-pandai cuba cabut songkok gua.

Apa? Lu ingat skinhead tak pakai kasut Sparx?

p/s: lu tahu tokak? Cantik juga gua tengok 1st time gua gunting sendiri.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

7 comments:

Miscellaneous Smiles said...

kahkahkahh...

kau gunting cm mna tuuu

evagurl (podshop) said...

gua bley imagine muka lu mcm hape

engineer on site! said...

kahkahkah..

adik? bapak lu panggil lu adik..

xpyh nk adik sgtlah :P

Pert Doherty said...

micelanos.. gunting macam iblis.. kah kah

Pert Doherty said...

eva.. macam mana?

Pert Doherty said...

tirah.. hahaha.. jeles.. bapak gua nak jmpe lu.. dia dapat cerita lu nk ngurat dia.. kah kah

cryclown said...

P eople
UNK nowledge
kah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...