Jul 5, 2011

Na na na na na Ganu Kite

,Gua nyala rokok. Sunyi betul sekolah waktu malam ni. Duduk bawah pondok, jenis macam pondok wakaf dekat taman tu tapi ini kat sekolah. Api rokok bekertik-kertik bila disedut. Dekat pos kawalan tiada siapa. Gua malas betul nak duduk dalam tu. Sempit. Mempengaruhi otak. Cukup 5 jam duduk dalam situ, gua dah boleh ganti Iggy Pop.

Gua pandang bangunan pejabat sekolah. Tak seram langsung. Ramai betul yang cakap, sekolah kalau malam banyak hantu la hape la, gua tengok macam sekolah biasa je. Cuma gua dah hidupkan lampu awal-awal la. Bangang apa kau gelap-gelap nak suruh gua jaga.

Tak lama gua menghirup asap Surya, gua perasan cahaya datang dari luar pagar besar. Pagar diberbuat dari besi tahan karat. Jenis kemasan krom, cantik. Ada kala gua terfikir hendak merompak pagar ni. Lampu tersebut makin dekat. Gua buat tak kisah, gua ada cota. Lagi pun gua tahu itu cuma Pak Cik Sidek.

Pak Cik Sidek terus buka pagar. Pak Cik Sidek ni boleh gua anggap Marv dalam Sin City. Dari tubuh badan, kepala, gaya, keganasan, apa lagi semua memang persis Marv. Tapi dia cuma bawa motor.


"Hussin mana?", tanya Pak Cik Sidek selepas mematikan enjin motosikalnya.

"Keluar, pegi minum", jawab gua, tapi gua tak pandang mukanya. Memang gua agak kurang ajar ketika bekerja.

Gua terus-menerus menghabiskan nikmat-nikmat dunia yang cuma tinggal seinci.

Pak Cik Sidek pula capai akhbar dan terus duduk dekat kerusi yang betul-betul ada depan pintu pos kawalan. Kerusi biru tu memang selalu malam akan diletak dekat situ, sebelah pintu masuk pos kawalan. Amat berguna untuk duduk dan melepak. Sungguh selesa duduk di situ sambil berbual-bual tentang masalah peribadi. Tapi malam ini gua lebih selesa untuk berdiam dan berzikir.

Pak Cik Sidek tekun membaca akhbar. Gua menyandar sambil mengambil dua batang cota menggayakan seperti kayu pemukul dram. 

Gua pandang cermin.

"Macam Travis Barker lah", detik hati gua sambil terus buat gaya pukulan-pukulan mantap. Dari pengamatan gua, Travis Barker boleh jadi salute tengok gua menggayakan cota-cota itu. Manakan tidak, sebatang cota dah hampir setengah kilo pada hemat gua. Berbanding kayu pemukul dram sebenar sangat berbeza. 

Sunyi juga walaupun ada dua makhluk di situ. Yang tinggal hanya bunyi kipas usang itu.

*      *      *

"Na na na na na Ganu Kite", Pak Cik Hussin menyanyi-nyanyi ketika baru balik minum. Tapi masih kedengaran pekat jawanya. Gua senyum sendiri.

"Sin, kau dah tengok slip gaji kau?", Pak Cik Sidek bertanya.

"Ada dah tengok tadi", jawab Pak Hussin pendek. Masih kedengaran pekat jawanya.

"Na na na na na Ganu Kite", Pak Cik Hussin sambung menyanyi lagi. Cuma di penghujung 'kite' tu berlainan sedikit dari yang tadi. Gua anggap itu satu penutup nyanyian.

"Na na na na na Ganu Kite", baru setengah saat berhenti, Pak Cik Hussin sambung menyanyi lagi. Gua dah jadi musykil, dia jawa tapi semangat benar menyanyi lagu Iklim ni.

"Na na na na na Ganu Kite", Pak Cik Hussin menyambung lagi. Parah.
"Na na na na na Ganu Kite", sambil menari-nari pula menggayakan.

"Na na na..",  "Woi!! Sin!!", jerit Pak Cik Sidek menghentikan nyanyian Pak Cik Hussin. "Pert, amikkan selotip kat laci tu", "Sama gunting".

*      *      *

"Na na na na na Ganu Kite", gua pulak menyanyi. Kah kah kah.

p/s: ni cerita tak banyak sangat bohong.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

8 comments:

engineer on site! said...

gua bz!!

Pert Doherty said...

yes dear gua paham..

Anonymous said...

mende ni pertvert?

Kepala Manchiss said...

darah kacuk biasala

Miscellaneous Smiles said...

mende cota tu?

Pert Doherty said...

anon.. ini adalah fantasi

Pert Doherty said...

kepala machiss.. kau mcm ada dendam

Pert Doherty said...

micelanous... kau gugel ah.. maleh aku nk citer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...