Feb 6, 2011

Torres: Gua ingat nak pindah Blackpool la

FERNANDO TORRES... Berdoa penting dalam hidup

Oleh: Sepupu Lucas Leiva

FERNANDO TORRES mengalami mimpi buruk Chelsea debut sebagai Liverpool terpegun Stamford Bridge. (Google Translate)

Gua pandang meter minyak. Dah nak habis. 

"Sial, ini entah sempat ke tidak nak sampai", mengeluh gua sendiri. Tapi gua steady. Habis minyak gua rembat basikal. Gua tahu London ada ramai juga kaki basikal. Budak-budak jenis yang tiada tatu, pakai t-shirt ketat, pasang earphone dengar lagu Justin Bieber. Lebih-lebih lagi yang pandai menari.

Lekas gua turunkan kadar pulasan throttle. Gua perlu berjimat.

Sambil lalu jalan di kota London, sempat gua ushar juga keliling mana tahu Hooligan Chelsea ada standby. Sudah lah gua seorang. Mana boleh makan kalau dah dekat 100 orang, kalau 50 boleh la lagi.
Tak lama gua mengomel, gua nampak hooligan-hooligan Liverpool. 

"Sah, dah dekat.", jerit gua perlahan. Cepat gua cari parking.

Gua serta merta disambut meriah oleh King Kenny serta konco-konco. Paul McCartney tak usah cakap, awal-awal dah peluk gua. Manakan tidak, lama juga gua tak turun jek kepala hooligan team lawan.

Gua serta mereka masuk, dijaga rapi oleh polis-polis berkuda London.

Gua menghela nafas. Jantung gua laju.

*      *      *

Torres. Gua terbaca di papan iklan di Stamford Bridge.


"Siapa tu Torres?", gua tanya pada Michael Shields dan juga Melati the Undead.

Mereka geleng kepala. "Ntah la, Mak Cik pun tidak tahu. Dengar berita pasal Suarez ada la", kata Melati the Undead sambil menyedut paip. Gua yakin tembakau Royal Blueberry. Bau kuat.

Kick off.
Tak lama gua nampak ada seorang pemain jersi biru melulu ke arah gawang Liverpool. Defend bukan main relax gua lihat. Mungkin yakin sangat pada Carragher. Tanpa disangka pemain jersi biru bernombor 9 itu terus merembat dari luar kotak penalti.

Ni la kot yang orang panggil Torres tu

"Kah kah kah, gila apa nombor sembilan ni?", kata gua sambil menghabiskan dekahan. Gua lihat semua hooligan Liverpool juga bereaksi sama. Sambil masing-masing mengangkat jari tengah ke arah pemain jersi biru nombor 9 itu.

*      *      *

Gua perhati servis kat Stamford Bridge kurang baik. Sial apa kalau air kopi O kena tunggu sampai habis first half.

Gua bengang. Capai satu kepala budak Chelsea. Gua jek. Sebiji macam Diaby buat dekat Barton semalam.

DIABY.. Gua memang panas baran sikit semalam,
Tak lama lepas gua jek. Tak pasal-pasal Petr Cech nak jek Branislav Ivanovic jugak. Minggu ni memang semua jadi panas baran la gua ingat. Gua pun tak pasal-pasal jadi panas baran. Penangan Raya Cina. Sial.

PETR CECH.. Jangan amik, gua nak jadi macam Szczesny.


*      *      *
Fast forward.

GOLLLL!!!!
RAUL MEIRELES.. Sori gua tak sengaja

Replay.

GOLLLL!!!

RAUL MEIRELES... Sumpah gua tak sengaja. Sori.

p/s: Bising apa lagi? Gua dah biasa kalah. Bagi can orang lain kalah pulak. 

Semalam, gua tersedar tidur pasal Penconteng Langit datang kacau lebih-lebih lagi gua terdengar satu berita gembira pasal ada satu team tu kalah dengan Serigala. Kah kah kah.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

5 comments:

Berto said...

rasa janggal betul tengok abam torres memakai jersi kaler biru

Robot | Sakti said...

bam torres hilang bisa ke?

hue hue hue

Kepala Manchiss said...

Bising apa lagi? Gua dah biasa menang. Bagi can orang lain menang pulak.

mdfaizal said...

hahah.. torres masa liverpool score mcm tak sanggup nak tgk jek.. ms kene keluar pn malu2 je jalan.

Tengku Sidek said...

Torres oh Torres...Liverpool menang,hari2 jadi ceria!!! Liverpool rules..YNWA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...