Feb 13, 2011

Haji Salim dan Trend

Dari tadi gua perhati jiran gua, Haji Salim sibuk menggilap kereta Proton Wira convert Lancer barunya. Gua terus perhati sambil Si Hitam di sebelah gua. Gua usap perlahan-lahan badan Si Hitam.

"Oi Pert, kamu ni Pak Cik tengok macam tiada masa depan je? Bila nak beli kereta? Takkan sampai mati nak pakai motor je?", Haji Salim tanpa segan bertanya. Gua senyum dan capai kamera Yashica FX-7 pemberian bapa gua. Belek-belek bersihkan apa yang patut. Betol juga katanya. Tiada kereta tiada masa depan. Fak. Pukimak apa teori itu? Apa tuhan cipta kereta untuk Adam? 

"Tak pe la Pak Haji, nanti ada rezekinya, ada la kereta baru depan rumah ni", gua tenang jawab. Malas gua nak berbalah dengan orang-orang tua. Tiada guna.

"Heh.. tak mampu cakap la tak mampu", gua terdengar Haji Salim cakap perlahan. Nasib baik la gua berdebat dengan orang tua. Gua masih ada tatasusila.

"Yang kamu asyik belek kamera buruk tu kenapa? Tengok macam ni..", tak semena-mena Haji Salim mulakan topik baru dan kemudian capai kamera DSLR jenama Canon model EOS 60D. "Macam ni baru la kamera!!", Haji Salim menyambung lagi sambil gantung kamera itu di lehernya. Dah sampai part ni gua dah tak boleh senyum, makin gua senyum makin meroyan si Haji Salim ni.

"Itu lah kamu tak ikut trend!!", Haji Salim makin isim. Gua jadi tak paham.

Dalam Haji Salim meroyan, tak pasal-pasal ada dua tiga gadis datang. Tidak berapa menarik gua rasa. Jenis yang biasa lu orang tengok di mall-mall berdekatan. Jenis pakai tudung Yuna, pakai kasut yang nampak ranggi sedikit, seluar tiada ciri muslimah, dan pakai t-shirt ada tulisan besar "Saya pernah bunuh cicak".

"Abang Salim, kata nak pergi photoshoot?", salah seorang gadis tadi bersuara. Dari perbualan mereka sebelum ini gua dapat tahu namanya Jess. Gua tak tahu kalau nama sebenarnya Najis atau Lajis atau apa-apa la. Sejak tadi lepas Haji Salim meroyan kat gua. Terus gua pandang sinis pada orang ramai. 

Gua lihat Haji Salim makin menggedik. Tak sanggup gua nak tonton orang tua macam tu. Gua pandang ke arah kerengga di pohon rambutan untuk mengelakkan gua pandang Haji Salim bersama gadis-gadis itu.

Dalam gua asyik melihat kerengga. Banyak soalan buat gua sedikit berpinar. Ada apa dengan trend? Pelancau lu trend. Mesti ke gua ikut orang keliling buat apa? Kalau jiran gua tukar kereta, apa mesti gua tukar kereta? Kalau jiran gua pakai DSLR, apa mesti gua kena pakai DSLR? Kalau jiran gua buat rumah atap genting apa mesti gua pakai atap genting juga? Bodoh apa macam tu.
Tak lama lepas tu, gua lihat Haji Salim menghidupkan enjin keretanya. Gadis-gadis tadi gua lihat awal-awal lagi sudah masuk dalam kereta Haji Salim. Dari pengamatan gua lagi sekali, gadis-gadis itu adalah dari IPT yang berdekatan. Biasa la. Agas. Itu je gua boleh cakap.

Gua malas amik pusing pasal itu semua. Yang sekarang ni gua nak fikir apa yang Haji Salim cakap. Masa depan dan juga trend.

Bila gua fikir balik secara zahirnya, gua memang kolot dari segi pakaian, fesyen dan juga kenderaan. Tapi gua rasa pemikiran Haji Salim lagi kolot. Kalau boleh gua nak bukak tempurung kepala Haji Salim, gua nak ludah dalam otak dia. Bodoh yang tak boleh nak diajar. Apa SLR bapak gua tu tak boleh diguna nak tangkap gambar ke? Lagi mudah, load film lu pakai la banyak mana lu nak. Gambar tak cantik lu punya pasal. Sebab tu kena belajar. Apa kalau lu ada kereta lu boleh ke syurga? Pukimak apa sindir motor gua? Pak kal je lu dah tua Haji Salim. 

Walaupun gua tahu Haji Salim ada pendirian tersendiri mengenai kereta dan juga kamera dan juga fesyen dan juga muzik dan juga apa-apa lagi. Tapi perlukah dia tidak beradab sedemikian? Pui!

Gua masuk rumah tengok media massa ada bagus juga dari melayan perasaan. Baru pemikiran jauh ke hadapan macam Yahudi. Heh! Baru tak kolot. Nasib baik Haji Salim tak bukak cerita pasal Astro. Kalau tak mesti dia bising, "Bila kamu nak pasang Astro kat rumah?".

Rumah Haji Salim pasang Astro sampai dua



p/s: Pegi mati sama trend. Tu belum gua cerita trend budak zaman sekarang secara keseluruhan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

13 comments:

Kepala Manchiss said...

hahahah...la ni..aku pun berpinar pet..

TMUkmkd said...

berani betul pak aji tu kutuk sama analog user. woi aku pun analog user woo~

Zuhairi said...

freemason ni semua pert

ah cai said...

gua pun x suka trend...bukan x suka seratus peratus, gua cuma percaya buat apa yang lu suka buat...kalau trend baru tu lu memang suka, buat jelah, kalau x suka yg lu mengada-ada nak ikut celah apanya?-dua posen dari gua,

Pert Doherty said...

To kepalaManchiss..lu nk berpinarpasal apa?

Pert Doherty said...

To TMUmkd.. kah kah kah.. pak haji salim.. nahas la ko..Future is analog

Pert Doherty said...

To Zuhairi.. btol juga..aku dah daftar nama join freemason anda bila lagi?

Pert Doherty said...

To ah cai.. trend orang sekarang suka pakai elektrik.. kah kah kah

Kepala Manchiss said...

berpinar pasal orang tua yang nak xsedar tua suka buat onar...ramai camtu pet..lu rilek jek...yg penting lu xpijak rumah dia...

Pert Doherty said...

To kepalamanchiss.. xde hal..yg penting citer pasal trend ni ada sambungannya nanti

Anonymous said...

http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-yang-amat-sesuai.html

Hariry Ariffin said...

kesian la orang macam Haji Salim tu. =)

AkuMuzikFilem said...

tiba2 terasa dekat di hati entri ni. aku juga tak berapa ikut trend

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...