Feb 12, 2011

Perempuan itu Menyusahkan

Itu hari gua ada turun Lok Heng. Pasal member lama gua ada kahwin.

Dan-dan malam sebelum majlis kahwin, gua minum-minum sama Penconteng Langit. Ada game Arsenal vs Newcastle. 

Lama juga gua tak singgah Lok Heng. Banyak perubahan gua lihat.

"Pert, aku ada nak mintak ko tulis satu benda...", Penconteng Langit besuara sambil menyalakan rokok. Gua tahu rokok yang dia nyalakan itu hasil kebasan Dunhill si Lok. Cilaka punya budak. Pui!

"Apa dia?", gua jawab. Waktu tu dekat televisyen ada scene menarik. Diaby jek Barton. Gua sama Penconteng langit gelak sambil menari depan si Misuari. Kah kah kah.. Gua tahu ada petanda buruk untuk Arsenal. 

"Emm..", gua lihat Penconteng Langit berbelah bagi nak beritahu isi hatinya. Gua senyum sambil tonton adegan-adegan menarik di televisyen.
"Em apa?!", gua gertak. Pucat juga muka Penconteng Langit gua lihat. Itu sebab gua suka marah. Gua sayang orang sekeliling gua. Gua tak mahu mereka mati dalam keadaan tragis.

"Sebenarnya.. aku nak suruh ko tulis.. ish... Susah la nak cakap", Penconteng Langit makin lama makin gedik. Gua dah mula tak senang duduk. Rasa macam nak main kuda kepang. 

PANG!!!!

Straight gua lempang wajah Penconteng Langit.

"Gua jarang jumpa member lama gua lempang, lu antara yang beruntung", sambil gua ludah sisi batu botol yang jadi pagar kedai makan. 

Gua toleh kembali ke arah Penconteng Langit. Gua lihat Penconteng Langit macam terpinga-pinga. Mungkin sedang menyusun Registry File ke System File ke dalam kepalanya. Gua tekun menunggu.

Tak semena-mena Penconteng Langit berhenti terpinga-pinga. Kembali normal.

"Aku nak suruh ko tulis pasal 'Perempuan ini Menyusahkan'.... Boleh?", Penconteng Langit tiba-tiba bersuara. Dunhill yang dia sebat Lok punya tadi entah ke mana. Barangkali dah dihurung semut ketika gua lempang tadi.

Gua tersentak sedikit. Gua pun tak tahu kenapa.

"Emm.. mungkin boleh.. tapi aku tak boleh sembarang tulis, cuba cerita sedikit apa pengalaman ko pasal 'Perempuan ini Menyusahkan'..", gua kalau berdiskusi memang panjang lebar. Jangan tanya kenapa.

"ISh!.. susah ar Per..",  tangan gua dah ready angkat tinggi lebih paras bahu. "Ok, ok.. camni.. perempuan ni, bila dia perlukan kita, kita selalu je ada.. tapi bila kita perlukan dia.. macam-macam perangai.. lagi bila kita takde depan dia mula la cari laki mana-mana ntah", pantas si Penconteng Langit mendedahkan isi hati. Kah kah kah.. Menjadi juga trick gua, angkat tangan tinggi sikit je. Kah kah kah..

"Apa lu punya bini ada buat hal?", gua aju soalan. 

"Eh,, takde la.. ", gua macam dapat rasa Penconteng Langit ada simpan lagi sesuatu. Tapi gua tak mahu korek dalam-dalam. Daripada gua jadi Dr.Love untuk orang ramai, ada baik juga gua lihat Newcastle buat comeback.

Gua perhati wajah si Misuari berubah. Tadi kegembiraannya terpapar ketika Arsenal leading 4-0.. katanya tadi, "Ni second half tambah lagi 4 ni.".. Memang betol. Tambah lagi 4 untuk Newcastle. Kah kah Kah.


p/s: Maaf kepada Penconteng Langit, gua tak dapat tulis pasal 'Perempuan itu Menyusahkan'. Gua cuma dapat tuliskan balik pendapat lu. Pada gua perempuan secara zahirnya memang nampak menyusahkan. Tapi apa gua boleh buat kalau 'perempuan' gua menyusahkan? Paling tidak kena juga gua belajar cara untuk terima dia seadanya. Mana yang perlu ditegur, gua tegur. Takkan gua nak jadi macam kambing kerap bertukar pasangan? Ada masalah sedikit (Contoh: 'perempuan' gua tidak seperti dalam idaman gua), takkan gua nak blah cari betina lain? Paling tidak gua akan cuba buat lagi terbaik. Tapi tajuk 'Perempuan itu Menyusahkan' itu agak tidak relevan kerana 'Lelaki juga ada kala Menyusahkan'.

2nd p/s: Gua tak boleh tipu yang gua minat perempuan yang pakai baju kurung kain cotton.

gambar gua cilok dari ♥A Place Where She Delivers Her Thought♥: Baju Kurung Kain Cotton~!

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

10 comments:

TunTeja said...

ish.ish.ish.sweetnye la hai pakcik pert ni tetibahh.haha

Pert Doherty said...

Pui!! Sweet pejadahnya

•§ðþhïêllå• said...

ske care awak b'pk.. ^_^

insyirah said...

suke post ni..a good thought..if kita rs mnyushkan je sket..xkan nak trus quit..di pihak pmpuan pon salu rs llki nyushkan..yg pnting..kena mmhmi each other..:)

Pert Doherty said...

To •§ðþhïêllå•... trimas :)

Pert Doherty said...

To insyirah.. :) betol.. memahami.. tapai kalau dah cuba tetap tak berjaya.. xmengapa la.. hati bukan kadang2 berubah,, tetapi sering brubah.. :)

OBIT LIVRE said...

hekkkk!

Pert Doherty said...

Lu pehal obit?
terberak?

Kepala Manchiss said...

perempuan dan wanita itu punya bezanya...

Anonymous said...

peh..aku suke otak kau merapu ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...