Apr 28, 2010

Urine Test yang mendebarkan

Dari Johor Bahru, Si Macho exit highway kat Kulai. Saje. Nak rasa highway+jalan dalam katanya. Haha.

Baru je lepas tol, Si Macho nampak polis-polis berkeliaran.



"Eh, baru pukul berapa ni? Awal betol kerja tahan-tahan orang ni. Gaji tak cukup lagi ke?", detik hati Si Macho.

Si Macho buat saje macam biasa sebab sepanjang hidup Si Macho, 99% roadblock Si Macho lalu, mesti Si Macho kena tahan. Wajah memainkan peranan. Sewaktu melalui pos pemeriksaan itu, memang betol Si Macho disuruh ke tepi. Dengan pantas, Si Macho keluarkan lesen seta i/c. Si Macho mahukan semua pantas. Tapi polis sorang ni suruh Si Macho sorong motosiakalnya jauh dari jalan. Kenapa pulak ni? Si Macho pakai moto cuirik ke? Ke bapak Si Macho curik moto? Setahu Si Macho moto ni 1st hand.

"Bukak helmet kau", ujar sang polis kepada si macho dalam nada yang agak samar-samar.

"AH?", si macho agak bingung. Terfikir bahawa polis ni pak guard Universiti Tun Hussein Onn ke? Nak check rambut panjang ke tidak.

"Bukak la helmet kau tu", ujarnya sekali lagi kepada si macho.

Si Macho membuka helmet dan menyerahkan kepada polis tersebut.

"Buat apa kasi aku, letak atas tu." sambil menudingkan jarinya ke arah seat motosikal.

"AH?", bertambah hairan Si Macho. 

"Kau pergi sana, chek air kencing" kali ni tangannya menunjukkan ke seberang jalan. Ramai polis di situ. Ada trak polis, ada jip polis, ada kereta polis.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 26, 2010

Konvo.. hmmmmm....



"A real loser is somebody that's so afraid of not winning, they don't even try- Now, you're trying, right?", kata Tok Edwin kepada Olive.

"Yeah", jawab Olive.

"Well, then, you're not a loser", Tok Edwin berkata penuh semangat.

-petikan dari filem Little Miss Sunshine

Aku baru balik dari suatu majlis konvokesyen di Politeknik Pasir Gudang. Macam biasa, majlis konvokesyen macam tu la. hmmmmm..

Pastu balik.

*      *      *

Apa kaitan petikan dialog dari filem tu dengan konvo ni?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nama aku Kasim Bawal

 KASIM BAWAL... Aku dulu berniaga aiskrim.

Oleh: Sepupu Lucas Leiva

STEVEN GERRARD poket ganda sebagai Liverpool menamatkan tinggal Burnley itu di Liga Premier.(ayat Google Translate)

Aku datang ke stadium Burnley, Turf Moor. Macam biasa lagi. Naik motor. Sampai situ, aku tengok budak-budak Burnley macam nak tak nak tengok bola. Tak ada semangat keBurnleyan langsung. Malu aku tengok walaupun aku bukan budak Burley. Macam biasa lagi aku roger 'Ijat Bonggo 2' dan 'Nate Sengel'. Tapi kali ni aku roger 'Lim Lagi.' gak. Pasal dia ada kat kampung. Macam biasa jugak la. Aku je kena beli tiket lebih. Sial. 

Game start. Tapi macam tak best. Yang aku suka time Babel try je awal-awal. Pastu agak bosan. Tapi tengah-tengah tu Gerrard ada try gak. Kat depan gol. Tapi, tak gol pon. Sampai la habis 1st half. %3@

Aku keluar jap pegi kencing. Stadium Burnley boleh pulak takde air. Taik. Aku pegi kencing sambil ditemani 'Lim Lagi.'. Dia tak ikut masuk jamban. Cume nak pegi CC jap kata dia. Aku kencing. Lega. 

Masuk-masuk balik kat stadium tadi tibe-tibe nampak Drogba. Sial ape ni? Aku dah merentasi ruang cahaya masa ke ni? Tibe-tibe kat Stamford Bridge. Sial aku kata. Jauh ni nak pegi ke Turf Moor. Takpe la aku kata kat budak-budak ni. Kita tengok je la game sambil lewa. 


*       *      * 

Habis 1st half kat Stamford Bridge. Tiada apa yang menarik. Setakat lawan Stoke City.

Tiba-tiba.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 25, 2010

Bini Kedua adalah Perampas

"Biasa la, bini nombor dua memang sifatnya perampas. Walu baik macam mana sekali pon"

-Bapak aku

Itu kata-kata bapak aku la. Padahal bini dia satu je, mak aku. Teori mana ntah dia dapat. Tapi mungkin ada logik. terserah... Aku tak kata bapak aku betol, aku tak kata bapak aku salah.

(gambar ini tiada kena mengena dengan artikel)
God Save the Queen?
or
God Hate the Queen?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 23, 2010

Is Jesus a white man?

PERHATIAN: ini bukan entri sentimen keagamaan. Tapi cuma rasa ingin tahu. dan perkara ni dah lama pun dibincangkan.

Ini lukisan yang menampilkan Jesus dari imaginasi pelukis.

Aku berfikir mengenai hal ni selepas menonton filem Malcolm X. Soalan pertama yang mengenai Kristian oleh Malcolm X, "As was Jesus, Jesus is also a Hebrew. What colour of original Hebrews?". Dia mempertikaikan warna kulit Jesus. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 22, 2010

Selesa sangatkah hidup kau sekarang?


"Rumah saya seluas padang bola", Gordon berkata. 

"Seronok ke rumah besar macam tu?", aku bertanya.

"Seronok la.. tapi itu pun kalau aku boleh berada di semua tempat pada masa yang sama", jawab Gordon.

Manusia mahukan rumah. Rumah yang besar diminta dalam doa. Tuhan bagi apa yang diminta, akhirnya... manusia tetap tak rasa puas. Nafsu manusia takkan ada penghujung selagi tuan punya badan melayan kerenah nafsu. Apa yang manusia mahu? Keperluan atau kehendak? 

Berbalik pada tajuk, "Selesa sangatkah hidup kau sekarang?". Apa yang manusia anggap kehidupan yang selesa tu? DUIT? MAKANAN? FESYEN? atau KERETA?

Aku bukan anti-duit. bukan jugak anti-moden. bukan juga anti-fesyen. Tapi Gordon suka rumah dia seluas padang bola. Untuk apa tu?

Aku suka timbulkan persoalan. Kerana ramai orang tak suka baca artikel panjang. Masyarakat sekarang (termasuk aku) gemarkan kehidupan material. 

"Aku teringin nak BELI .........................(sila isi tempat kosong dengan benda yang kau inginkan)", kata pembaca (termasuk penulis) blog Otak dan Jantung.

Kenapa nak beli? Benda yang kau beli tu bermanafaat ke? Atau hanya fesyen? Atau KEHENDAK DUNIA MASA KINI? 

Adakah hidup jadi selesa bila ada DUIT banyak macam lautan? Atau ada kereta Ferrari lebih 1000 buah? Atau ada tangki minyak petrol yang takkan kering? Atau ada seluar jeans ..................(isi tempat kosong dengan jenama jeans kegemaran anda)? Atau rumah yang kau yakin takkan runtuh?

Aku cuma senyum pada waktu sekarang. Kerana aku belum menjadi orang yang sangat dewasa untuk itu-itu semua. Kerana aku belum punya tanggungjawab demikian. Tapi aku tau ramai akan kecam aku pasal artikel ni. Kerana MATERIAL itu PENTING. Kata-kata pujangga dari seorang yang kehidupan hariannya mencari kemewahan. 
Ada juga yang cakap kat aku, "Macam mana kau nak hidup kalau takde duit?".

Aku cuma boleh gelak kecil. Kerana aku tau duit tu kertas. Dan aku makan sayur. Nasi.
Orang tu membalas, "Habis kau nak tanam padi kat rumah kau?"

Kalau perlu, aku tanam. Tapi kau ni tak belajar ke? Tak semestinya kena makan nasi. Apa salah makan ubi. Bebal.

Nak hidup selesa mesti ada DUIT ke? Mesti ada rumah macam Gordon ke?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 21, 2010

Lagak Ngeri Pertama (FAILED!)

BMX. Tapi kalau huruf X tu tukar jadi W. Nescaya akan jadi mahal. Haha. Intro yang agak menjengkelkan.

Dulu masa kecik sebelum aku mumayiz, adik beradik aku dibekalkan oleh ibu bapa dengan basikal BMX. Satu bersaiz remaja berwarna merah dan satu bersaiz bayi berwarna biru (disertakan dengan tayar tambahan, agar stabil untuk kanak-kanak macam aku menunggangnya)

bersambung
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 15, 2010

MS Paint: Ops Dua


Lagi sekali aku buat lukisan yang aneh. Sila tafsir mengikut cara anda sendiri. Apakah makhluk ini? Cuba bayangkan, pada masa hadapan wujud makhluk sebegini. Ia gemar makan najis kamu semua, walaupun najis itu masih ada dalam perut. Makhluk ini akan merobek lupang dubur anda dengan rakus. Makhluk ini bergerak secara berkumpulan. Dan terus menerus mencari manusia. Kerana mereka gemar najis manusia. Hahahaha...
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 12, 2010

Celaka, Penting Sangat ke DUIT?

Gua tanya soalan, gua jawab sendiri. Sial.
PERHATIAN: Jangan Kau baca kalau kau mahu ambil yang negatif dalam karangan ini.

Sial..

DUIT itu penting. Kerana kita dah tak mengamalkan konsep perjuangan asal manusia di muka bumi. Asalnya manusia memerlukan

  • Makanan
  • Tempat tinggal
  • Pakaian
Tapi semua berubah selepas manusia semakin ber'tamadun'. Daripada tiada baju kepada ada baju dan kepada tiada baju semula. Bila dah terlalu bertamadun sehingga mencipta berbagai-bagai benda. Daripada yang berguna sampai yang tidak berguna. Apa perjuangan hidup manusia zaman sekarang?

  • Kemegahan
  • Kemewahan
  • Kekuasaan

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 10, 2010

Harley Davidson

Aku ingat nak beli motosikal besar. Harley Davidson.


Boleh aku letak dalam bilik tidur.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 8, 2010

Lucas Leiva: Saya tak bikin gol

LUCAS LEIVA ... Gua takde bikin gol pun tadi.

Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA

FERNANDO TORRES 'gemilang ganda meletakkan Liverpool di Liga Europa empat terakhir.(ayat Google translate)

Jalan-jalan di perkarangan Harrington St. dipenuhi berbagai-bagai sepanduk. Walaupun di kawasan gereja. Father-father pun mengangkat sepanduk. "You'll Never Walk Alone" sudah pasti wujud. "Spirit of Shankly", "Champion of Europe", "Tom Hicks dan George Gillett sundal!", "We ^Still Trust Rafa", "Rafa♥Lucas"??? Erk.. Haha.. Ape tu? Haha. Bantai je la apa-apa pun jang oi.. Sekali lagi aku lihat di jalanan belakang kediaman Harrington St., budak-budak pakistan masih lagi bermain takik urat belakang kaki kiri kawan-kawan. Memang tiada semangat Liverpool. 

Pukul 2.50 pagi waktu Malaysia.


"Jat, ko katne?", aku talifon si 'Ijat Bonggo 2'.

"Aku dah kat Anfield", ringkas dan padat.

Tanpa buang masa, aku macam biasa gunakan kenderaan yang paling ringkas ke Anfield. Start moto terus gerak. Si Pokcik pun ikut sama kerana dia peminat Torres. Aku berjanji nak bawa dia jumpa Torres. Untuk pengetahuan, dia penyokong Manchester United yang tak lepas ke semi Champion League. Hari jadi si Pokcik semalam diaraikan oleh kad merah Rafael. Dan kemenangan Manchester United yang tetap buat mereka terkeluar dari pertandingan.


Hari ni tak seperti biasa. Aku tak mematuhi isyarat lalu lintas. Lampu isyarat merah aku redah. Biasa la brader-brader. Mesti tunjuk ganas di jalan raya. 


Sampai di Anfield. Aku nampak Maxi.


"Oi Maxi, cómo estás?", aku tanya penuh bergaya. Ala-ala Chef Wan gitu. Konon nak mesra dengan Maxi. 

"Waras.. aku ape orak reti ngomong jowo?", skali Maxi speaking la pulak.

"Pukul piro saiki?", aku jadi berterabur cakap jawa. Tanya soalan mengarut-ngarut. Aku masih terkejut si Maxi cakap jawa.

"Songo", ringkas padu. Sambil senyum stail abang-abang kat aku dan si Pokcik.

Aku balas senyuman dan berlalu pergi. Malu aku. Aku sendiri tergagap-gagap cakap jawa. Sampai terlupa nak pow rokok.

MAXI RODRIGUEZ: Endasmu krowak!

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 6, 2010

Rokok Daun

"Gua ingat gua nak cari kerja la", fikiran melayang-layang memikirkan pekerjaan yang sesuai. Kadang kala terlintas nak jadi pegawai bank, boleh pegang banyak duit. Tak pun posmen, boleh baca surat cinta. Ada juga terfikir nak jadi pengurus kelab bola sepak murid tadika di Argentina.

"Baring dulu la, sambil tu main Facebook", terus angan-angan tadi hilang dari kepulan idea. Terus virus Facebook menerjah minda. Segalanya jadi seperti Firaun ditelan laut merah. 

Tatkala perut sudah lapar, pergi ke dapur cari makanan. Ala biasa la rumah orang tua sendiri. Apedehal. Orang tua sendiri tak marah pun bila hari-hari kerjanya macam tu. Baring-baring, berangan, main Facebook.

Biasa la, darah muda. Kalau kena tegur melenting, takpun hempas pintu bilik. Ada gak yang mogok lapar. Buat muka. Berak dalam seluar. Tidur lebih 12 jam sehari. Selain itu, pergi main basikal sampai kampung sebelah pastu balik dah dekat nak maghrib.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 5, 2010

Aku pernah berak kat muka kaki rembat

Barang dah buruk pun masih ada yang berkenan. Pelik la manusia ni. Dah la kalau benda tu hilang nanti bapak aku marah. Tongong betol la budak-budak zaman sekarang. Nak kena beli lagi. Duit lagi. Kalau bapak aku tu kaya macam Bill Gates takpe la. Nak belikan untuk semua kaki rembat seluruh dunia pun takpe. Memang aku jadi pensedekah yang sanggaaaat murah hati. Tapi aku bukan kaya macam tu. Nak makan pun bercatu. Ni lagi la ada orang menyusahkan aku.

Kalau nak guna, silakan. Pinjam. Bukan rembat wahai si bongok!

Helmet jenama Kent's yang tak glamour dan dah buruk macam ni pun ada orang nak amik.
Sengal. Bukan ada emas dalam tu. Mungkin pasal ada sticker Batman dan Superman kot. haha.
(muka terpaksa dicensoredkan atas sebab-sebab tertentu)

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 2, 2010

Mimpi Seram

Hari ni aku lapar gila. Cuma makan roti kari. Itu pun hasil sedekah Si Cicok. Ok gak. Boleh aku survive sampai malam.

Lepas maghrib, aku start moto. Gerak pegi mamak Al-Azhar 25 jam traffic light (bukan main panjang lagi nama aku letak.. hahaha). Aku sorang-sorang. Tapi yang penting tokey tu dah tau aku nak makan apa. Mi goreng dan teh ais.

Habis makan layan Surya sebatang. "brrrrrrr..... brrrrrrr", handphone aku vibrate.

Ada sms dari 'Wiwit Wan'. "Pert, ko ktne?", 'Wiwit Wan' bertanya dalam sms.

"Aku kt mapley trafik ligt. cni ar", aku balas sms tu.

"Ok2..jap lg smpi!zass-", 'Wiwit Wan' bagi respon macam tu. Tapi aku dah tau kalau dia kata kejap lagi sampai. Mesti aku sempat habiskan 2 batang Surya dalam keadaan rileks tengok televisyen siaran drama cinta indonesia. Aku pun sambung hisap rokok tadi. Sambil layan Teh ais.

Sepasang kekasih aku lihat duduk berdekatan dengan mejaku. Mereka duduk di kawasan terbuka. Luar dari premis. Tadi sebelum duduk aku perasan diorang naik RXZ kaler kuning. Helmet KHI. Laki dia muka ganas. Tetapi time dia nak amik polistrin kat dalam kedai dia lalu depan aku. Dia pandang aku macam aku pernah rogol mak dia. Aku jeling dia balik sambil baling garfu kat atas meja ni. Tepat kena mata. Bulleyes! Ketakutan beliau lari. pergi mencari bahu perempuannya.

Setelah siap adegan itu, si 'Wiwit Wan' pun sampai. Dari kejauhan aku dah nampak perkataan 'RANCID' di baju 'Wiwit Wan'. Si tengik.

Dia sampai sambil bawak beg dia yang dah hilang pada waktu dahulu. Katanya jumpa balik siap bertambah barang dalam tu. Dunhill 20. Waaa.. aku kagum. Pada aku, itu rokok orang banyak duit. Setakat macam aku ni hisap rokok gulung je.

"Aney, mi goreng dengan teh o ais", sembang 'Wiwit Wan' kepada salah seorang tukang ambil pesanan di kedai mamak tu.

Si mamak tu pun pergi.

*      *      *

Setelah habis makan, aku tengok TV3 tayangkan cerita 'Scary Movie 4'. Haha. Lawak.

"Wit ko penah mimpi orang mati tak?", tiba-tiba aku tanya.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 1, 2010

Referee Jonas Eriksson: Saya mahu mati dibakar


 JORGE JESUS.. Oi! Ref, lu jangan buat pasal. Kang tak dapat duit yuran Persatuan Referee.

Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA 

LIVERPOOL ditinggalkan di tempat yang mengganggu setelah mereka dipaut kembali oleh dua penalti di Portugal. (ayat Google Translate)

Hari ni agak tak best, pasal aku main April Fool sorang-sorang. Tapi macam biasa, aku dah siap-siap servis moto aku. Hari ni nak pergi Portugal. Estadio da Luz nama tempat tu. Tapi hari ni jugak tak macam biasa, pasal 'Ijat Bonggo 2' tak ikut aku. Takpe. Sebab aku baru cacah tatu kat badan (AMARAN: perbuatan ini salah di sisi agama), aku rasa bersemangat nak pegi Portugal. Kerana akulah '12th man for Liverpool FC'

 Liverbird dah lekat di badan.

Dalam pukul 2.55 pagi waktu Malaysia.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nama Saya Alice

Beberapa hari lepas.. Aku main Facebook. Walaupun aku tahu rupa aku cukup kacak. Tapi belum cukup handal untuk menarik perhatian ramai. Haha.

Aku pun try la tukar gambar profile Facebook aku. Serta aku tukar nama kat Facebook jadi Alice.

Menarik tak?

Maka ramai lah orang add aku, ushar-ushar aku serta macam-macam lagi. Haha. Gila betol. Kasi mesej la, chat la komen la. Haha. Sengal. Rakyat Malaysia mudah tertipu. Buek!!

p/s: tapi lagi banyak kena maki dengan kengkawan. hahaha.. time kasih semua.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...