Sep 21, 2013

Kapas Korek Telinga dan Melayu-Islam

Antara kapas korek telinga dengan pengorek telinga besi, mana satu yang lebih diminati? Benda yang wujud dekat dunia ini dicipta selalunya atas keselesaan dan kehendak. Mana-mana pun. Ada yang suka itu, ada yang suka ini. Tidak ada yang tidak subjektif. Hampir segala benda. Hatta persoalan matematik. tiada cara tetap untuk cara penjawaban. Ada yang gemar mengira mengguna batuan, ada yang guna guli ada yang guna ingatan, ada bermacam-macam cara walhal itu baru aku cerita pasal matematik.

Penyelesaian yang muncul di muka bumi ini tidak ada batasan dari segi cara.

Contohnya dalam isu membuat air kopi. Ada sesetengah orang membancuh kopi dahulu kemudian baru tambah gula ikut citarasa, ada sesetengah bancuh air gula dahulu, ada sesetengah masukkan secamca kopi masukkan gula siap-siap dalam mulut kemudian minum air suam.

Dan hari ini, masalah masyarakat Malaysia, khususnya melayu, kebanyakannya mempunyai nilai perkauman yang sangat tinggi. Saya tekankan masyarakat melayu kerana saya juga dalam kelompok melayu yang secara terang-terangan mengangkat semangat perkauman itu sendiri secara langsung atau tidak langsung. Segalanya berlaku masa kini tersangkut paut dengan kehidupan awal. Contohnya saya sendiri pada awalnya tinggal di Felda yang rata-rata adalah orang melayu, jadi semngat untuk begaul dengan bangsa-bangsa lain adalah rendah. Bagi masyarakat bangsa lain saya tak tahu. Kerana macam saya kata tadi, saya sendiri pun tiada inisiatif hendak bergaul dengan mereka, jadi saya sendiri tidak tahu macam mana semangat perkauman mereka.

bertitik tolak dari masalah perkauman yang dicipta sendiri itu, muncullah beberapa (mungkin majoriti) masyarakat melayu-islam yang jangka saya tidak islam mana, namun mudah terhantuk bila ada sedikit sentuhan lembut pada agama islam. Adakala isu isu yang dibebankan itu tidaklah mengganggu akidah langsung. Salah faham seperti ini yang kerap berlaku dalam ruang lingkup sosial melayu-islam.

Ada suatu kali kawan saya, meletakkan status facebook atau twitter (saya tidak ingat), mengenai "RIP Steve Jobs" pada hari kematian Steve Job itu, dua tahun lepas rasanya. Muncullah pelbagai umat melayu-islam yang saya fikir cetek pandangannya, menentang ujaran kawan saya mengenai 'RIP steve jobs'. Ada sampai laknat melaknat rakan-rakan sendiri, berkelahi dalam alam maya, menaip gaya ustaz-ustaz, tapi pusingannya hanya di alam maya rasa saya. Tapi isu ni saya berfikir dari konteks manusia antara manusia. Apa salahnya kalau saya mendoakan kesejahteraan manusia lain. Berdosa? Tuhan tiba-tiba mahu melaknat saya jika saya mendoakan supaya yang baik-baik saja pada manusia lain? 'Rest In Peace' adalah kata carutan seperti celakalah kamu? Fuck off. (macam ini barulah salah pada saya). Biarpun orang yang kau doakan itu ternyata kafir laknat yang membunuh sahabat kau, salahkah kalau aku mendoakan dia jadi yang baik-baik? Pengetahuan kita terhadap diri sendiri pun terbatas, apatah lagi mahu tahu buku amalan orang 'yang berdosa' itu?

Lagi sekali saya tekankan di sini, putaran cerita saya banyak terkisar dalam konteks melayu-islam, kerana atas dasar mereka yang lahir dalam keluarga islam, tiba tiba muncul pemikiran yang bahawa orang yang bukan islam adalah musuh. Siapa la kepala segala bodoh tu. Aku tak paham betul. Dan secara automatik menganggap yang bukan islam di sekeliling mereka sudah tiada harapan untuk menepuh akhirat, habis kau tu ada harapan sangat? Walhal yang nyata musuh kau tu adalah Iblis, setan, dan silap silap haribulan engko sendirik adalah musuh diri engkau. Apasal aku cakap macam tu? Dalam kau sendiri ada nafsu yang aku tak tahu la dia punya spirit nak sesuatu tu datang dari mana. Wali sekalipun dalam diri dia ada nafsu, namun nafsu level mana entah aku pun tak tahu, mungkin kalau engkau lapar mesti nak makan sedap, namun wali steady makan pucuk je walhal ada duit nak beli makan macam engkau.

Banyak lagi benda aku nak tulis, kau tahu jela perbincangan 3 hala pada malam hari yang ambil masa 3-4 jam boleh bawak kita sampai mana? Baru baru ni aku baru tahu dunia ini ada 11 dimensi yang berjaya dikesan. Asas yang wujud (baca: boleh nampak), ada 4 dimensi, 3 dimensi yang kau boleh sentuh & rasa, 1 dimensi masa (aku bedal je ni, tak ingat sangat). Lagi 7 tu aku syak alam-alam lain yang diceritakan dalam quran, yang otak engkau tak sempat simpan memori pada dimensi dimensi tu, boleh jadi kau dah lalu dimensi dimensi tu.


Tapi sekarang aku tengah ikut cakap nafsu, aku nak pergi tengok siaran bola sepak kumpulan Liverpool lawan Southampton.


p/s: kalau aku buat filem pendek pasal 'Melayu-Islam' ni ngam tak?Aku ingat lagi 'orang tua' tu cakap, kau kena tahu kenapa kau masuk bidang ni? Semata-mata nak duit? Atau kau ada kepentingan untuk masyarakat kau? Benda tu aku dapat masa #JBWRF 2013 baru ni. Dan bila aku baca balik pos kali ni macam tersasar je dari tujuan asal. Tapi aku steady terus pakai seluar dan ke kedai.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...