Nov 21, 2012

Hero Ikonik Malaysia

Bila tanya pasal filem-filem malaysia, Apa yang gua teringin ada dalam filem malaysia?

Banyak. Banyak sangat. Tapi satu yang gua nak sangat adalah hero ikonik. Frasa ini gua reka sendiri. 'Hero Ikonik' ni pada tanggapan gua adalah hero fiksyen yang jenis bergasak. Kuat bergasak. Jenis power tak sudah-sudah. Jenis Rambo, jenis Chuck Norris.

Tentang moral, pergi mati sama moral. Kerana mencipta watak fiksyen sebegini apa ada kena mengena dengan moral. Yang penting watak itu sasa, kuat bertempur dengan ramai musuh. Dulu ada juga watak hero ikonik macam Jefri Zain. Tapi Jefri Zain adalah Singapore's Own Bond. Lain.

Saat sekarang, banyak filem-filem Malaysia yang gua ingat, tapi gua tak berapa ingat nama watak (hero) dalam filem tu. Maksudnya, hero-hero filem Malaysia belum capai tahap brainwash otak gua. Tapi sedikit sebanyak, filem Malaysia ada juga memberi kesan kepada gua dari segi dialog, cara pertuturan dan gaya persembahan lakonan. Tapi masih juga gua belum dapat kesan wannabe daripada hero-hero ini. Setakat Merong Mahawangsa. Hero macam itu tak cool. Tak moden. Apa barang jadi hero pesen hikayat. Apa barang ikon Badang, Hang Tuah, Sang Bedal. Tak best. Tapi ini semata-mata pendapat gua. Ada idea yang boleh pakai, ada yang tidak.

Gua harap-harap ada la penulis skrip ke, penerbit ke, pengarah filem ke, penulis novel ke ada terbaca benda ni. Rekalah satu watak yang memberi kesan pada masyarakat, terutama gua sendiri. Selalunya orang cakap, filem yang baik berasal dari penulisan yang baik. Kuote ni gua ambil dari mana entah pun gua tak tahu. Gua bukan apa, contohnya malaysia ada satu Hero Ikonik sendiri yang berkesan, at least dari segi kapitalisme, penerbit akan buat sequel prequel dan merchandise dan macam-macam lagi.

Gua bagi idea la sikit, dekat Malaysia pernah ada komik Bersama Selamanya oleh kartunis Gayour. Gua ingat Amar. Sampai macam tu sekali Gayour berjaya brainwash gua, walaupun gua tak ingat detail. Benda tu dah ada storyline. Dan jadikanlah benda tu filem. Kau boleh tengok sendiri macam mana kejayaan Young & Dangerous yang berasal dari komik Teddy Boy. Tapi ini cuma idea sahaja.

Dan madefaker mana pulak lah dah masuk dalam badan gua sampai gua tulis banyak-banyak ni? Keluar kau syaitan!!! Keluar!!


p/s: Gua punya penat belum habis sejak KLWRF yang pesen bedal sampai dua hari straight. Terima kasih Sindiket Sol-Jah yang buat gua terjebak. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang hadir. Labi, Nad, Wadi, Atap, Basri, PokCik dan banyak lagi. "Gua Suka, Gua Suka", satu watak cina dalam Upin dan Ipin cakap.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Wadi AR said...

ehhh, patut la ada orang seru nama gua. hai pert jom tt satu kali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...