Jan 3, 2013

Musim

Dalam hidup ini ada macam-macam musim. Mula-mula musim belon acah. Lepas tu musim makan jambu air. Kemudian musim basikal. Tak sudah-sudah nak main basikal. Hatta dalam ruang tamu rumah yang sempit pun mahu main basikal. Dan kemudian bermulalah musim lain. dan seterusnya.

Musim-musim ini pun silih berganti dan tiada penghujung. Bukan lah seperti musim iklim yang sudah boleh diramal kedatangannya. Musim bermain gasing, musim bermain game tape, musim bermain apa benda entah segala bermain ini tidak boleh dijangkan.

Habis sahaja musim meriam tanah, masuk pula musim ke asrama penuh. Yalah, masing-masing yang dapat 5A berlumba-lumba hendak masuk asrama penuh. Waktu dekat asrama penuh, macam-macam musim pula muncul. Paling celaka adalah musim seluar kancut. Gua tak paham betul siapa entah yang mulakan scene seluar kancut ni. Sampai budak masjid pun ada yang terikut. Gua sendiri yang ada etika dalam pemakaian pun terikut. Setan betul. Kemudian tak lama musim mendapatkan keputusan cemerlang dalam PMR. Yang ini gua tak ambil peduli sangat, jangkaan gua gua cuma boleh dapat 4A sahaja berikutan perangai gua yang belajar tak berapa pandai. Dia bukan apa, pasal gua diracun dengan zine skinhead. Sibuk dengan perjuangan anti-rasis lah, perjuangan memakai but Dr. Martens lah, dan perbagai lagi perjuangan yang hanya segelintir budak-budak lain ambil endah.

Habis sahaja musim PMR, masuk pula musim Matematik Tambahan. Mampus gua tak pernah lulus sepanjang hayat sampai lah ketika SPM. Tidak fasal-fasal mendapat 2. Habis sahaja musim SPM, berlakulah musim bongkak. Bongkak pasal sudah habis SPM. Entah apa-apa entah. Selain itu bongkak akibat tidak dimasukkan ke PLKN. Ramai juga yang terlibat dengan PLKN. Jadi gua bongkak sedikit kerana boleh bela rambut. Namun mak gua lebih PLKN daripada PLKN. Jadi gua pun mahu tidak mahu mengambil saki baki peninggalan elemen skinhead dalam hidup agar tidak dianggap derhaka. Adakala disebabkan menyimpan rambut panjang, ibu boleh menganggap kita derhaka.

Kemudian masuk musim band inggeris, musim bundle, tak lama musim menonton filem. Masing-masing nak menonton filem dan menjadi pengkritik. Filem ini bagus, filem ini tak bagus. Gua juga tak fasal-fasal terikut menjadi pengkritik filem di kedai kopi. Tahi betul. Rasa entah apa entah.

Itu aku dah terlupa musim nak masuk universiti. Dah macam gampang masing-masing bercerita dia masuk universiti mana. Entah aku pun tak faham. Aku pun join jugak. Tapi nak berlagak-berlagak pun tak guna kalau gua belajar bengap. Jadi gua ambil keputusan tak bercerita sangat hal belajar gua kepada kawan-kawan, hatta kawan-kawan sekelas.

Tapi dalam banyak-banyak musim di universiti, aku tak suka betul musim melihat keputusan peperiksaan. Kau tahu sahajalahkan bagaimana kau buat peperiksaan. Kalau macam setan, selalunya keputusan kau macam iblis. Lebih baik tak tengok hingga dapat surat kena repeat ke apa benda. Lainlah kau tahu kau buat mana salah mana betul, rasa nak tengok keputusan itu adalah juga.

Lepas itu musim mencari tempat praktikal. Ini pun suatu hal juga. Tapi ini tak seronok sangat. Cuma gua thrill pasal gua mohon 3-4 hari sebelum setat praktikal. Kah kah kah. Nasib baik ada Addy tolong gua dapatkan tempat, kalau tidak mampus juga tidak lulus praktikal.

Dan paling latest sekarang musim mencari pekerjaan. Ini gua tak boleh cerita sangat, fasal kompeni yang berani panggil gua pun ala kadar sahaja. Tapi gua tidak hairan, kompeni ada sebab masing-masing tidak mahu ambil fresh. Gua beri tempoh lagi sebulan dua pada diri gua. Kalau tidak gua cari kerja guna SPM sahaja. Adalah lebih mudah.

Tak lama lepas tamat musim mencari pekerjaan. Kebanyakan anak muda menamatkan musim mencari kerja ini apabila mendapat pekerjaan gaji bulan. Ataupun mendapat kerja dengan kerajaan. Habis musim itu, mulalah musim mencari kenderaan. Berat di sini untuk mengatakan kereta. Orang sekarang tidak mahu motosikal. Kebanyakannya. Different class between those two.

Kemudian habis sahaja musim mencari kerja, musim mencari pasangan hidup pula datang. Musim ini tak menentu juga. Biasanya musim ini paling tak menentu. Walhal kalau nak diikutkan musim-musim lain juga tak menentu, tapi bila berkait hal berlainan jantina, hati dan perasaan, orang melayu kita berat mengambil perkara kahwin-kahwin sahaja sebagai jodoh. Gua datang dekat dengan orang melayu yang cakap macam tu, gua datang lagi dekat, gua lempang. Walhal banyak benda lain dekat dunia ini berkait dengan jodoh.

Habis sahaja musim mencari jodoh, masuk pula musim beranak pinak.

Habis musim beranak pinak, masuk pulak musim membela bayi.

Habis musim membela bayi, masuk pula musim membela anak yang sedang musim nak main belon acah.

Habis musim membela anak yang sedang musim nak main belon acah, masuk pula musim membela anak yang sedang musim nak makan jambu air.

Benda ini terus berpusing.

Tiada penamat.



banyak sebenarnya musim. Itu belum aku masukkan musim Twilight. Musim asik nak beli majalah gosip artis. Musim asik nak baca Utusan, musim asik nak belek Metro. Kemudian musim asik nak main CALL OF DUTY. Musim asik nak Illuminati. Musim Fight For Gaza. Entah macam-macam lagi la musim yang kita pun tak tahu kejap lagi musim apa pula.

p/s: kalau ikutkan besok gua ada interview dekat kolumpo. Tapi gua minta tunda ke minggu hadapan. Harap-harap orang pejabat sana ambil pusing lah. Jangan nanti gua terkedek-kedek, maaf dik kami tak terima orang untuk temuduga dah.

Masa itu iblis akan merasuk aku untuk menumbuk penyambut tamu tak fasal-fasal. Setat itu, tak fasal-fasal lah muncul musim menumbuk penyambut tamu.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

Haziq Othman said...

kalau ikut musim,musim musim macam nilah gua nak lempang lu...kehkeh

KonspiMaker said...

Haha storyline menarik gila.Aku baru sampai musim universiti.Banyak lagi musim gila aku nak lalui.

jenanese said...

musim bercinta mana musim bercinta?!!

Pert Doherty said...

lupa.. lupa.. musim putus cinta lagi.. lupa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...