Apr 30, 2012

Ceramah Johnny Quid sempena Hari Buruh


Johnny Quid: You see that pack of Virginia killing sticks on the end of the piano? 
Pete: Yes. 

"All you need to know about life is retained in those four walls. You will notice that one of your personalities is seduced by the illusions of grandeur - the gold packet of king size with a regal insignia, an attractive implication towards grandeur and wealth, the subtle suggestion that cigarettes are indeed your royal and loyal friends, and that, Pete, is a lie."

"Your other personality is trying to draw your attention to the flip side of the discussion, written in boring bold black and white, it's a statement that these neat little soldiers of death and in fact trying to kill you and that, Pete, is the truth." 

"Oh, beauty is a beguiling call to death and i'm addicted to the sweet pitch of its siren." 

"That that starts sweet ends bitter, and that which starts bitter ends sweet." 


p/s: kata hari buruh. Copy & Paste pun kira ok apa.

Satu gua suka hero macam ni. Senjata utama dia ialah pensel.
Tak payah susah susah pakai suit besi ke cakera besi ke tukul besi.
Keh keh keh.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 29, 2012

Mek-art-ronik dalam Revolusi

Ada satu kawan suruh gua design benda art. Dia nak lancarkan 13 Mei nanti.

Lu ingat gua belajar apa benda. Mekatronik  tahu tak mekatronik.

Mana ada art gua belajar.

Tapi satu gua salute dekat kawan ni. Dia punya revolusi bukan macam Bersih. Dia punya revolusi dari akar umbi.

Kepala buto la revolusi jenis nak merusuh tak tentu hala. Penat dapat pedih mata dapat.

Yang kawan gua ni 'merusuh' jugak. Tapi jenis pakai akal.


Yang gua paham idea dia nak bikin umat Malaysia ni (penekanan terhadap melayu la pada hemat gua) jadi orang yang membaca. Dan bila dah membaca, nak membaca tak tentu hala pun takpa. Pasal kalau baca benda salah pun otak boleh fikir lagi. Mana baik mana buruk.

Apa ni hari gua baca Talmud terus gua nak bedil Palestin?

Apa ni hari gua baca Satanic Bible terus gua nak pancung bilal kampung?

Jangan jadi bengap.

Tapi sebenarnya gua dah pun dah mula tak tentu hala.


Gua cuba menyelami otak kawan gua.

Dia nak wujudkan rusuhan buku
Tapi otak gua terus melarat berimaginasi

Tambah sikit Riot Police

Dan terus lagi

Tambah huru hara sikit.. keh keh keh

Tapi sebenarnya gua belum buat lagi design dia nak. Kah kah kah.. Lagi sedap edit-edit gambar macam ni.



p/s: Yang tak paham tak mengapa. Dan tiba-tiba kosa kata 'Mek-Art-Ronik' ni macam sedap nak disebut ulang-ulang. 


Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Mek-Art-Ronik
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 26, 2012

Semangat Larian Amal Bersih 3.0

"Kau nanti kalau polis kejar, lari", Khalid bersuara.
"Lari terus cari tempat menyorok, kau jangan lari stret je", sambung Khalid lagi.

Hafiz Yahya dengar. Dengar dengan muka tekun.

"Nanti kau jangan pulak pakai terus baju Bersih tu", kawan lagi satu pula menasihat. Kalau tak silap Johari panggilannya.

Hafiz Yahya masih tekun mendengar.

*      *      *

Gua terus sambung makan. Sardin telur.

Gua senyum. Pandang ke langit.





p/s: Gua tengok mahasiswa sekarang. Bersemangat betul join aktiviti 'larian amal' ni. Zaman gua dulu perjuangan nak pergi ibukota sebab ada majlis-majlis amal rocker je. Lain takda. Terbuka juga minda budak-budak sekarang ni. 


Dulu Bersih 1.0, gua pernah join secara tidak sengaja. Masa tu Bersih ni tak berapa top. Belum jadi trending. Masa tu jugak majoriti orang tua yang join. Jadi perwatakan larian amal ini tidaklah terlalu ekstrim. Kemudian beberapa tahun seterusnya muncul Bersih 2.0. Masa tu gua tak join. Dan gua rasa cukuplah gua wakilkan budak-budak yang memang duduk bandor sana. Malahan waktu Bersih 2.0, gua sedang bertugas. Pergilah mati sama larian amal ke memorandum ke. Baik gua jalankan tugas, cukup bulan masuk gaji. Kecuali taiming dia waktu gua cuti. Barangkali gua akan join secara tidak sengaja.


Tahun ni Bersih 3.0.


Gua cuma berharap budak-budak yang berborak sebelah gua time makan tu dapat balik ke sini dengan tiada apa-apa masalah. Gua tengok dari gaya, mereka budak-budak baik. Kecuali mereka bebal salah faham antara 'Larian Amal' dan juga 'Hooligan Riot'. Kalau macam itu gua tak rasa doa gua makbul.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 24, 2012

Isu Tidak Lapuk: Maaf Matadores, Tuhan Maha Power


Tuhan yang menentukan.

ihiks.

Rindu jugek si albino ni skor.


p/s: gua bukan sokong Chelsea. Tapi gua sokong tim underdog.


Pembetulan..


Sial tadi salah lukis baju messi. Maaf. Aku pakaikan dia baju away.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 21, 2012

Tiket EPL Master 2012, Sokernet serta gua

Kali ni gua datang.. mesti datang.. tak tipu..


Gua balas.. makwe gua lelaki..

Ye besok pagi-pagi gua datang la.. Syayatin..

p/s: babi la setiap minggu datang Shah Alam nak jadi apa?


cerita tahun lepas: Tiket EPL Master 2011, Sokernet serta Gua
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 19, 2012

Isu Lapuk: Matador di London


cuak jugek gua menengok singa jenis muka manusia.

eh babi.. cuak sial..

masuk mimpi padan muke..



p/s: ini jugek tribut gua kepada rakan guru (Kepala Manchis - Blog Anti Graviti). Bukan ada niat apa benda. hihi.. Seronok jugek. lama tak melukis di paint.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Musik 98'

Malam isnin subuh yang indah,
12 Rabiul Awal yang cerah,
20 april tahun gajah lahirlah zuriat yang sa'adah,


gua ingat ada satu tahun masa gua baru nak into dengan muzik.
peh gua jenis suara masa belum baligh memang power.

Gua tak pergi audition pun. Tiba-tiba cikgu suruh join. Gua join. Satu je gua tak gemar join kompolan nasyid ni pasal kena pakai baju cekak musang. Yang lain gua ok. setakat main suara.



p/s:



"gua tak puas hati la sial untuk post hari ni
macam takda isi
macam gua tak ikhlas nak menulis
jiwa gua kosong"


satu kawan cakap dekat gua.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 18, 2012

An hour in hell

A consumer with an annual maximum demand of 250kW, an annual consumption of 350000 kWh and an annual power factor of 0.7 lagging is charged at RM10.25 per kVA of maximum demand per annum and RM0.218 per kWh used. Calculate:

(i) the annual cost
(ii) the average price per unit

Assuming the maximum demand and the annual energy consumption are equal remain same, determine the amount of saving that can be achieved if the power factor is unity.

(20 marks)


ha.. jawab la.

jawab la setan.


p/s: Alhamdulillah. IQ gua bukan level ni. kah kah kah.


Ma, tadi adik boleh jawab, tapi ada juga yang xboleh jawap


Meset sent.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 17, 2012

Ninja

Hari ini gua sampai kelas lewat 5 minit barangkali.

Pensyarah sudah mula berborak hal yang tidak penting.

Gua sama dua lagi kawan cari tempat duduk.

Dapat ngam dekat sudut belakang kelas.


Tak lama pensyarah dah mula seru nama. Ini tak lain bagi kertas ujian dah siap tanda.

"Rocky", pensyarah panggil.

Semua dekat kelas buat tak tahu.

"Rocky", seru pensyarah lagi. Macam dekat klinik.

Gua bangun dan ambil kertas ujian gua.

Pensyarah tengok gua. Kemudian tengok markah gua. Lepas tu tengok gua balik.

"Tak percaya la tu", sindir gua dalam hati.

Gua balik tempat duduk

*      *      *

"Eh Pert, jom jadi ninja", kawan gua yang duduk sebelah kanan gua tiba-tiba mulakan topik perbualan. Kami memang tak berapa nak sync dengan pembelajaran dalam kelas. Jadi berborak adalah penyelesaian.

Gua pandang muka dia.

Gua angkat kening sebelah kanan.

Bukan gua tak nak berborak. Bukan gua benci nak berborak dalam kelas.

Gua tampar muka kawan gua.

"Kau ingat ini tahun bila?", gua bentak. Terus gua bangun terajang kaki kerusi dia dan kerusi terjatuh menelentang. Kepalanya terhentak pada bucu tingkap belakang kelas. Darah berhamburan tak tentu hala. Semua dalam kelas menjerit-jerit bukan kepalang. Pensyarah yang tadi sedang mengajar dengan lancar terus ke belakang kelas. Darah menghambur lagi ke serata tempat. Habis basah baju penysarah tadi dengan darah kepala kawan gua. Kawan-kawan lain juga jadi hilang pedoman bila darah menyirami wajah serta seluruh tubuh mereka. Satu kelas bermandi darah yang tak sudah-sudah keluar dari ubun-ubun kepala kawan gua itu. Ada yang siap 'bang' dalam kelas. Ada yang menangis tak henti-henti macam menghadapai hari pembalasan. Ada yang terkencing-kencing melihat keadaan kelas yang hanyir darah.

Gua terus berjalan pergi keluar kelas menuju ke masjid.



p/s: cerita ini banyak yang betul.




Kawan gua baru baca Naruto volum 5. Nak jadi apa?


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

PTPTN, Pendidikan Percuma, dan Hipokrasi

Rentetan pos Rokoksepamdua: PTPTN Serta Kekecohannya

"Kita tak boleh nak follow secara total bagaimana Negara-negara Scandinavia ini memberi pendidikan percuma kepada rakyat mereka. Mereka boleh buat semua tu pun sebab kadar rasuah dan jenayah di Negara mereka ‘almost nil’ dan cukai yang dikenakan pada rakyat begitu tinggi." - petikan dari pos Rokoksepamdua

Lojik jugek. Aku sebenarnya tak banyak pengetahuan pasal benda-benda ni. Aku pun beberapa kali tak dapat duit PTPTN sebagaimana apa perjanjian yang aku sign. Jadi nak bising-bising pun nak buat apa. Kah kah.

Memang betul pendidikan adalah sesuatu yang pada gua tidak boleh dikenakan apa-apa bayaran. Sains adalah dari tuhan. Jadi tuhan berikan ilmu itu percuma.

Tapi sekarang kita bukan berada dalam institusi pembelajaran yang biasa (maksud aku, tuhan berikan ilmu kepada Adam secara percuma dan Adam selerakkan ilmu kepada manusia lain secara percuma). Kita sekarang berada dalam "Kilang Pekerja". Kita adalah contoh mass-production of worker. Menjadi produk kilang adalah berlainan dengan menjadi pelajar. Jadi Pendidikan Percuma itu hanyalah satu angan-angan yang sangat menyegarkan bagi rakyat Malaysia.

Siapa yang masuk universiti pasal nak jadi macam MacGyver? Siapa nak jadi macam Mahatma Gandhi? Siapa nak jadi Einstein? Pada aku, dekat Malaysia ni tiada. Kalau kau kata ada, aku kata tahniah.

Sebab telalu banyak yang masuk universiti. Apa benda tah masuk universiti pun jadi trend. Jadi kalau siapa-siapa yang masuk universiti itu cuma nak ikut trend, awal-awal lagi jangan masuk. Nanti bila dah bertemu dengan surat perjanjian PTPTN kau pergi sign. Lepas tu kalau dah habis belajar malas nak bayor, bising-bising. Baik dari awal-awal kau boikot dengan tak payah masuk universiti.

Kau boleh bayangkan tak kalau semua rakyat Malaysia boikot tak masuk universiti. Kau rasa ekonomi PTPTN boleh lumpuh tak? Jawapan aku: Boleh jadi.

Tapi semua setakat half-half je mogok. Kecut. Setakat haruk-haruk demo, mogok ke hapa takda guna. Lebih baik buat secara senyap, underground tapi lancar. Nak mogok biar mogok betul-betul. Daripada kecoh-kecoh kena tangkap satu benda pun tak dapat. Ini negara diktator, kena paham. Nak tumbangkan diktator ni macam mana. Kena ada gunting dalam lipatan.

Bukan aku nak downkan orang yang mogok-mogok, mereka juga ada idea, ada perjuangan sendiri. Gua tak tahu. Tapi kalau setakat dapat belajar free, tak nak bayor zakat (cukai), tak nak bayor apa benda tah lagi, nak maju apa benda?

Aku ni belajor tak pandai, tapi benda-benda gini boleh pikir jugek kadang-kadang.

Tapi segala perjuangan manusia zaman sekarang tak lain dan tak bukan hanyalah untuk duit dan duit dan duit dan duit.

Itu betul.

Tak kira kau Islam, Yahudi, Kristian, Buddha, Hindu, Ateis, Norse, Barisan, Pakatan, Ahli Sunnah, Wahabi, Syiah, Skinhead, Punk, Hardcore, Justin Bieber, Majusi semua nya sama. Otaknya perginya ke duit pada pengakhiran. Bila dah masuk hal duit ini perkaitan yang paling dekat adalah hipokrasi.

Perjuangan duit tadi dilapisi perjuangan rakyat, perjuangan agama, perjuangan masyarakat setempat, perjuangan pendidikan dan segalanya. Tetapi hal utamanya duit.

banyak lagi kalau aku nak tulis.






nanti la.

Sebenarnya gua malas.






p/s: sumpah malam tadi mimpi sedap gila. Ada satu makwe ganas tiba-tiba muncul dengan misi mengalahkan makhluk asing. Dia lengkap bersenjata. Gua mintak senjata dari dia. Penghabisannya gua dengan dia borak minum air dekat kedai.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Asalnya nak sibuk pasal PTPTN jugek

Kapasitor adalah salah satu komponen asas yang digunakan dalam kebanyakan produk elektrik dan elektronik. Kapasitor digunakan untuk mengutip caj dalam satu litar elektrik dan melepaskan cagaran selepas beberapa ketika. Dengan kata lain, tenaga kapasitor menyimpan dalam bidang elektrik. Salah satu permohonan biasa kapasitor adalah dalam penuras RC yang adalah untuk mengurangkan peratusan riak gelombang penuh.

walau pun tak berapa setan sangat Google Translate ni.. tapi ada setan jugak..

p/s: ni belum gua cucuk cerita PTPTN ni. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 15, 2012

Novelis

Satu kawan tanya gua pasal nak bikin novel.

Gua kata, "Cantik".

Dia ajak gua jadi co-novelis. Pada hemat gua la dari segi cakap-cakap dia.

Gua cakap, "Cantik".

Dia ajak cari idea dengan keluar ke warung. Gua capai 'buku nota' dengan pen.

Lepas tu gua cakap, "Cantik'.

*       *       *


Sampai kedai ingat nak berborak ilmiah.

Penyudah siaran berbayar sekarang makin lama makin bengap. Woi bengap. bengap.


p/s: sebenarnya banyak gua nak tulis. tapi mungkin gua tak tulis benda yang banyak tu.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 13, 2012

Besok

"Bila balik johor?", satu kawan tanya.

"Besok", Gua jawab pasti.

*      *      *

Besoknya. 8.35 malam.

"Pukul berapa tiket?", kawan lain tanya.

"Besok kot gua balik", gua jawab kurang pasti.

*      *      *

"Balik bila?", kawan lagi lain tanya.

"Entah, besok kot.. emmm", gua makin lama makin tak pasti. Gua ingat setat gua datang nak balik hari.. Orang kata tak lepas 24 jam. Tapi kalau ini macam punya perangai, boleh membawak ke setahun pun gua cakap besok jugak.



Penyudahnya gua tulis apa benda tah poin asal pun gua tak berapa nak reti.

Macam setan.


p/s: .....
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 10, 2012

update blog guna windows 7.5 la woi

Testing.
Testing.

Pakai windows 7.5 la woi
Nak letak gambar pun yak tahu macam mana
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 9, 2012

Kedai Buku Jali 2

Kali ni pergi mampus gua nak menulis banyak-banyak. Gua nak upload gambar je. Bukan gua jurnalis pun. Lebih-lebih lagi ada satu kawan celake kensel last minit tak beritahu sebab yang rupa-rupanya dia ada hal perbincangan tentang kahwin bersama keluarganya. cis.. penyudah gua rider dengan pakai seluar pendek ke Tanjung Puteri dengan cuaca yang tak berapa baik.

Gua sebat video Syed














ini Jali




p/s: terima kasih kepada Fauzi Ahmat yang kasi pinjam kamera. Kalau tak gua terpaksa pakai Yashica untuk tangkap gambar yang bukan-bukan ini. Dan tahniah kepada Saudagar Garam yang akhirnya berjaya hidupkan scene membaca di Tanjung Puteri. Kalau tak kene pergi ke rumah dia kalau nak beli buku sambil bersembang. Alamat tempat ni pun gua tak tahu. Cari la sendiri dekat tepi laut tu.



Gua sudahi hari Ahad gua di Larkin
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 8, 2012

Puisi: Nyamuk

Oi bengap!
Lagi sekali kau datang aku lepuk

-Dekat bilik kawan
3.28am
9/4/2012

p/s: kasi chance la gua nak tulis puisi. kah kah kah
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Korea

"Dik, kau ada nak balik rumah tak?", tanya mak gua.

"Hari selasa kot.", gua jawab ragu-ragu. Pasal kalau gua cakap selasa, selalunya gua akan balik dua hari berikutnya.

"Eh tak payah balik, mama takda dekat rumah", mak gua tak kasi balik pulak.

"Apasal pulak? Mama pergi mana?", gua sangsi.

"Mama nak pergi Korea", jawab mak gua pendek.


p/s: baru seminggu balik umrah, terus ke Korea pula. Gua kadang terfikir juga berapa banyak duit mak gua sebenarnya? Dan gua terfikir apakah selepas seminggu balik dari Korea, beliau akan ke mana pula berkelana?


Semoga mak gua pergi, melancong dan kembali dengan selamat. Tak lupa kepada bapa gua juga yang sentiasa teman mak gua melancong. 
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 7, 2012

Kedai Buku Jali

"Assalamualaikum", gua beri salam perlahan.

"Assalamualaikommmm!!!", Jon beri salam kuat.

Pintu memang terbuka. Tapi pagor depan belum buka. Jadi gua dan Jon tunggu la sekejab.

Tak lama di muka pintu terpacul si Jali. Sambil sengih-sengih udang terus sedikt berjoging ke pagar membuka mangga pagar.

"Masuk ah", kata Jali sambil berlari sedikit masuk ke rumah. Jali ni memang jenis orang yang kalau dilihat memang kelakar. Tapi kalau berbual pun celaka kelakar sedikit. Gua belum boleh describe Jali ni apa benda.Yang penting gua datang rumah Jali ni dah dekat senja.

Masuk rumah gua nampak bapa Jali sedang baca akhbar. Akhbar kerajaan rasanya. Kalau gua tak salah lihat.

"Assalamualaikum cik", gua pantang kalau nampak bapa kawan. Mesti gua nak beri salam. Macam dah jadi trend. Lepas gua salam, Jon pula salam bapa Jali. Terus gua ke bilik.

Jali dah menengkreng atas katil. sambil mengeluarkan kotak-kotak penuh barang-barang bacaan.

Gua masuk bilik selesa terus menyandar dekat tepi pintu.

Nyala rokok terus. Yang si Jon awal lagi dah gua rasa dia nyala rokok. Semenjak salam dengan bapa Jali.

Jali mula borak pasal apa benda tah gua tak ingat.

Yang gua ingat setat gua berpeluh masuk bilik Jali.

Jon pun ikut borak. Gua pun ikut borak.

Kalau setat borak tadi pukul dah dekat Maghrib. Sekarang borak dah waktu maghrib.

Dari hal filem sampai ke hal ideologi, sampai ke hal kawan-kawan, sampai ke hal penulisan, sampai ke hal perang saudara, macam-macam lagi entah. Tapi otak gua bukan mikir pasal borak itu sangat. Yang gua pikir cuma hawa dalam bilik itu dah meningkat. Lebih-lebih masing-masing dah mula bakar rokok ke empat atau lima.

Gua dari tadi belek-belek buku Amerika tulisan Ridhwan Saidi. Menarik reka bentuk luarannya. Tapi hasil belekan itu tak mempengaruhi otak gua supaya kata "Bilik ini nyaman". Keadaan makin rumit sebab ini rumah keluarga Jali. Jadi tahap segan gua itu dah macam para nabi.

Yang si Jon cerita pasal satu buku yang dia baru capai dekat rak buku si Jali. Siapa nama pengarangnya gua tak ingat.

Jali pun bergalak juga bercerita. Gua tak tahu sangat. Jadi gua menyandar dan menyampuk sedikit-sedikit.

Lama juga. Gua dah jadi tak selesa.

"Ram", gua panggil si Jali. Gua panggil Ram sebab nama belakang Jali adalah Ramli.

Jali pandang gua. Angkat kening setail menyanya "Ada apa?".

"Gua nak belengging boleh tak dekat rumah lu?".




p/s: penyudahnya malam tu Liverpool kalah dengan Manchester United. Celake. Hari ni Jali ada opening kedai buku dekat Tanjung Puteri. Jadi gua nak setat moto ni ke sana. Ok bai.



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 6, 2012

Tak cekap


tadi aku main gasing..

bukan susah lagi nak pusing kan menatang ni...

setan,dah lama tak main...

jenis baran sendiri
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 4, 2012

PDMS

Firdaus bising-bising.

"PDMS aku tak jadi la.. Sial la koyak", marah Firdaus.

"Dah la nanti nak kene test pulak masukkan air", sambungnya lagi.

Gua biarkan.

Orang marah ni tak usah disampuk. Karang ada yang tersampuk dek jin,

"Bila sial nak jumpa SV, nak siap satu PDMS kurang-kurang kena tiga hari."
"Adui, sabtu SV bukan ada, dah cuti. Bila sial nak buat ni?", Firdaus tak sudah lagi bising bising. Memang macam bertanya ayatnya, tapi tak payah la dilayan. Bukan dia mahu jawapan.

Firdaus ke dapur. Buat air.

Gua perhati je sambil gua membaca.

Baca Al-Fatihah.

Fidaus kembali dari dapur dengan secawan kopi dan terus duduk di hadapan komputer.

Firdaus letak cawan sebelah kibod.

Firdaus buka Travian. Menelaah kampung maya.

"PDMS entah ke mana..." sindir gua dalam hati.

Gua sambung membaca.

Baca PUNK ROCK: Di Sebalik Fesyen dan Muzik Bising.



p/s: PDMS tu apa benda tah. Gua perhati ada macam getah sintetik pun ada.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 2, 2012

........................(isi tempat kosong)


Masuk bulan empat gua jadi macam lagi power tiba-tiba. Kuku admantium gua tiba-tiba macam start keluar balik.

Sepanjang bulan tiga gua pergi Rome.  Gua perang dengan Templar. Peh.
Masa tu kuku admantium tak keluar.



p/s: pergi mampus la gua ada topik ke takda. Memori kadang-kadang sial. Kadang-kadang sedap. Tapi kalau sekali sial terus tak boleh go. Dia macam makan la, tengah makan sedap, tergigit benda yang kita tak suka, silap-silap terus tak makan.


Pernah sekali dulu, kakak gua bikin spegeti. Gua menunggu seronok, sebab biasa makan makanan berkhasiat jenis sayur-sayur, ni sekali dia bikin spegeti. Mana letak sayur. Jadi gua suka.


Waktu makan pun sampai. Gua makan laju. sedap. Gua set sosej-sosej sume letak tepi. Nak makan last. Keh keh keh.


Tengah laju kunyah.


Sial. Terkunyah lada. Ni lada dia stail pedas campur pahit. Pahit yang nauzubillah.


Akibatnya, gua tak habis makan. Gua tinggal.


Dan satu keluarga menikmati spegeti dengan lahap sampai la habis sebab diorang tak terkunyah lada yang macam celake.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...