Apr 26, 2012

Semangat Larian Amal Bersih 3.0

"Kau nanti kalau polis kejar, lari", Khalid bersuara.
"Lari terus cari tempat menyorok, kau jangan lari stret je", sambung Khalid lagi.

Hafiz Yahya dengar. Dengar dengan muka tekun.

"Nanti kau jangan pulak pakai terus baju Bersih tu", kawan lagi satu pula menasihat. Kalau tak silap Johari panggilannya.

Hafiz Yahya masih tekun mendengar.

*      *      *

Gua terus sambung makan. Sardin telur.

Gua senyum. Pandang ke langit.





p/s: Gua tengok mahasiswa sekarang. Bersemangat betul join aktiviti 'larian amal' ni. Zaman gua dulu perjuangan nak pergi ibukota sebab ada majlis-majlis amal rocker je. Lain takda. Terbuka juga minda budak-budak sekarang ni. 


Dulu Bersih 1.0, gua pernah join secara tidak sengaja. Masa tu Bersih ni tak berapa top. Belum jadi trending. Masa tu jugak majoriti orang tua yang join. Jadi perwatakan larian amal ini tidaklah terlalu ekstrim. Kemudian beberapa tahun seterusnya muncul Bersih 2.0. Masa tu gua tak join. Dan gua rasa cukuplah gua wakilkan budak-budak yang memang duduk bandor sana. Malahan waktu Bersih 2.0, gua sedang bertugas. Pergilah mati sama larian amal ke memorandum ke. Baik gua jalankan tugas, cukup bulan masuk gaji. Kecuali taiming dia waktu gua cuti. Barangkali gua akan join secara tidak sengaja.


Tahun ni Bersih 3.0.


Gua cuma berharap budak-budak yang berborak sebelah gua time makan tu dapat balik ke sini dengan tiada apa-apa masalah. Gua tengok dari gaya, mereka budak-budak baik. Kecuali mereka bebal salah faham antara 'Larian Amal' dan juga 'Hooligan Riot'. Kalau macam itu gua tak rasa doa gua makbul.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

Tiq said...

bersih sokong jgn tk sokong =.=

DOSEFIRE said...

aku memang sokong bersih 3.0..tapi takut plak nak pegi..kang kena tangkap x pasal2 pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...