Feb 19, 2012

Tabligh Pakistan

Tabligh-tabligh itu pun beredar.

Panjang juga ceritanya tadi.

Lelaki yang pertama yang beri talk, dia bagi dalam bahasa pakistan. Gua tak paham bende.

Kemudian seorang sahabatnya menjadi jurualih bahasa.

Kuote yang paling gua ingat, "Ada orang yang kerja besi, menjadikan besi itu kepada kereta dan sebagainya".

Kemudian mereka sempat mengajak ke surau maghrib nanti. Ada talk-talk sampai ke Isyak katanya.

Yang lain-lain gua tak ingat.

Gua masuk ke rumah.

"HA!! Yang tadi paling kuat 'goreng' tadi mana?!!", gua jerit.

Kudut awal-awal dah pura-pura tidur.

Pot yang ada sebelahnya juga buat-buat baru bangun tidur.

Yang paling steady, Zabidi. Main game dekat laptop.

Mat yang paling kuat 'goreng' gitar tadi dah lesap masuk bilik air. Mandi barangkali.

Gua cari kerusi. Duduk.

*      *      *


Pukul 8.00 malam.

"Bagi air milo dengan nasi goreng cendawan", gua cakap dekat brader yang ambil order.

Kemudian, gua sambung berbual sama Zabidi.


p/s: gua bukan tak nak pergi. Lagipun gua takde cakap InsyaAllah pun tadi waktu dia mengajak ke surau. Gua senyum je.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Kepala Manchis said...

buto ah, gua punya la ingat ending dia tabligh tu keja kedai makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...