Feb 13, 2012

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 10)

Johnny berkayuh. Dah nak sampai depan BP Mall. Tak pasal-pasal Johnny rasa sebak.

Tapi Johnny ada misi. Johnny mesti pergi bandar.

Dia hendak berjumpa dengan Gary. Gary bukan punk. Gary cuma seorang paderi. Dan niat Johnny berjumpa Gary buka fasal hendak belajar ibrani, atau menelaah bible, atau hendak pembaptisan. Johnny cuma perlukan Gary. Saat-saat macam ini Gary sahajalah yang boleh diharap. Macam suatu ketika waktu habis tingkatan enam. Johnny ada masalah dengan Pak Endut Mat Lazim. Fasal duit. Fasal duit untuk beli basikal. Johnny pergi berjumpa Gary. Waktu itu riwayat Gary baru 35. Baru masuk join paderi. Tapi Gary tiada terlintas mahu mengkristiankan Johnny. Cuma Gary berfikir atas dasar manusia sama manusia. Gary mahu tolong Johnny. Penyudahnya, Gary guna duit gereja tolong belikan basikal Johnny.

Tapi hari ini lain. Kalau Gary beri semua duit gereja pada Johnny, belum tentu masalah ini selesai.

Dalam perjalanan nak ke gereja dekat-dekat Taman Soga, Johnny berhenti sekejap. Dekat hospital lama.

*      *      *

Aneh.

"Tadi siang lagi", getus Effendi Mahmud sambil menggaru-garu punggung dengan memasukkan tangan di dalam seluar. Gatal agaknya. Agas-agas hutan barangkali sudah masuk jauh ke dalam seluar.

Effendi terus menyusur jejak gajah.

Tapi hal tentang tiba-tiba kawasan hutan itu menjadi malam, memang tak dapat dirungkai. Effendi sendiri yang belum sempat tertidur sejak lari dari rumah Limah pun tak dapat mengagak. Sedang baru selang berapa puluh minit. Mana sampai sejam dia terjerumus masuk ke belantara.

Dalam seronok menyusur jejak gajah, tiba-tiba tangannya disentap kuat. Terus Effendi terduduk masuk ke dalam perut pokok yang sudah tumbang. 

Seorang pakcik. Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus.

Effendi hendak membuka mulut untuk menjerit. Namun terus ditekup mulutnya oleh pakcik yang entah dari mana entah.

Tak sempat lama berlindung dalam kulit pokok lama, kedengaran bunyi kuda. Dari bunyi macam itu gayanya, ada lebih kurang 3 ekor kuda.

Tangan besar pakcik itu masih menekup mulut Effendi Mahmud. Padahal Effendi dah malas hendak menjerit. Maka Effendi mengeluarkan lidah menjilat-jilat telapak tangan pakcik itu. Dibiarkan sahaja.

Tiba-tiba seekor kuda siap dengan penunggang yang berpakaian besi warna hitam melintasi atas mereka.

Diikuti lagi seekor.

dan lagi seekor.

dan lagi seekor.

dan seekor beruang.

Mereka semua pantas meninggalkan tempat Effendi berlindung.

"Askar Sauron", tiba-tiba pakcik yang dari tadi senyap bersuara. Tangan masih menekup mulut Effendi.

bersambung

p/s: apa ni sial cerita kau.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

3 comments:

engineer on site! said...

mmg sial cerita kau

Whoelses said...

LOTR?!!! Johnny, Johnny..

Kepala Mancis said...

johnny ni masa kecik kecik nak jadi abang long taman soga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...