Feb 5, 2012

Cita-cita

Hari ini Cikgu Fadzillah ajar bab cita-cita.

Semua bergilir bangun pergi beritahu cita-cita masing-masing.

Bermula dengan Tahir.

"Cita-cita saya ialah doktor", Tahir melaung. Gempita.

Cikgu Fadzillah senyum.

Seterusnya Stephanie.

"Saya nak jadi jurutera", kata Stephanie malu-malu.

Cikgu Fadzillah senyum lagi.

Sampai giliran Aiman.

"Ok Aiman, apa cita-cita kamu?", tanya Cikgu Fadzillah.

Aiman bangun.

"Saya nak jadi bos jcb", jawab Aiman serius.

Cikgu Fadzillah tarik muka. Dahi mula berkerut.

"Bos jcb?", Cigu Fadzillah mula nak argue.


*       *       *


Ada satu jentolak masuk kampung, nak gali parit. Nak besarkan parit. Projek kerajaan katanya. Nak majukan kampung dengar-dengar. Lepas ni boleh la agaknya budak-budak bermain rakit.

Jentolak terus berkerja ikut pengemudi. Gali parit lagi dalam, lagi luas.

Aiman berdiri dekat tepi parit memerhati sambil menyilang tangan pada dada. Memerhati dengan tekun. Biarlah panas macam mana pun. Budak-budak lain dah melepak bawah pokok.

Aiman terus tekun.

p/s: Ini cerita betul budak kampung gua. Orang-orang tua perut besar jangan memperkecilkan cita-cita kanak-kanak. Jangan biar imaginasi generasi akan datang terbantut gara-gara nak membesarkan perut lu orang. Ada banyak lagi cita-cita yang wujud di muka bumi.


Dulu kalau cikgu tanya besok besar nak jadi apa.

Gua jawab, "Nak jadi phoenix"
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

3 comments:

engineer on site! said...

amenda jcb?

Pert Doherty said...

jcb tu nama panggilan utk jentolak

Kepala Manchis said...

celake aiman, kat sini kau rupanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...