Feb 28, 2012

Muka surat sebelah majalah

Ada satu hari, tahun 2003. gua baca majalah.

Gua baca dan baca dan baca. Tak alih-alih ada kawan muncul dari mana entah nak join baca. Gua kata OK. Kami baca sambil meniarap atas lantai. Jadi majalah tu dibentang depan mata kami sambil kami menongkat dagu.

Kami baca dan baca dan baca. Kami baca dengan tekun. Budak-budak lain ada aktiviti lain. Mereka tak minat membaca. Kami minat membaca. Mereka lebih gemar main lari-lari macam tak berakal. Tapi tak mengapa itu pilihan mereka. Gua tetap dengan etika gua. Benda gemar tak gemar ni tak boleh main ikut-ikut orang, kang penyudahnya lu yang rugi. Hal ni berkait juga dengan hal fesyen, trend dan ideologi.

Gua selak muka surat sebelah.

"eh, jap, aku belum habis yang tadi", kawan gua cakap.

Gua selak balik muka sebelum.

gua tunggu 30 saat. "Dah?", gua tanya.

Dia angguk. Gua selak muka surat sebelah.

Kami baca dan baca dan baca.

Gua selak muka surat sebelah.


"eh, jap, aku belum habis yang tadi", kawan gua cakap.


Gua bangun. Kawan gua masih meniarap. Dia pandang gua dengan mendongak. Gua sengih. Terus gua hayun kaki dua tiga kali dekat dagu dia. Finishing gua stomp dekat belikat.

Gua capai majalah terus baring dekat katil.

Baca sorang.

Gua bukan tak suka kawan nak tumpang baca. Tapi, kalau boleh jangan la bernafas dengan kuat dekat tepi telinga gua. Jenis bernafas sampai rasa angin kau hembus. Setan. Sivik. Sivik.


p/s: etika
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

3 comments:

cikpia said...

sejak bila ko blajar hidop secara beretika dan ber sivik ni bro?

Kepala Manchis said...

ammboi

Wadi AR said...

tu namanye pernafasan yg sihat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...