Feb 6, 2012

Hadas

Tengah duduk minum dekat Warun Bilal, gua sama Jalal sama Udin.

Gembira betul. Tadi baru balik main pakau. Menang pulak tu.

"Keh keh kacis je rupanya Hatchet Harry tadi, gebang kuat je", gua berbual.

"Btol. btol btol", Udin buat gaya macam Upin. Muka macam sial la tapi.

Kah kah kah!! Berderai ketawa kami bila mengenang betapa malunya Harry tadi.

Tengah gelak bukan main tiba-tiba segerombolan lelaki keluar dari celah-celah bangunan sekeliling kedai minum itu. Semuanya lengkap bersenjata senapang. Senapang jenis automatik. Jenis yang militan selalu pakai la. Ni kumpulan apa benda entah melulu je kepung seluruh kedai minum tu. Lelaki-lelaki itu semua berpakaian ala rambo. Nampak macam gua sekarang dalam filem hollywood.

"Semua tiarap!! kalau nak hidup!!", seorang dari pasukan militan itu menjerit. Bergaya betul. Kepala siap ikat bandana. Jambang penuh macam Chuck Norris. Handal.

Gua jadi terpegun tengok lelaki yang menjerit tadi. Gua terus cas, ni mesti ketua militan ni takpun orang-orang Harry.

"Woi! tiarap!!", jerit lagi seorang ahli militan ke arah Kumar.

Kumar meniarap. Tapi tak lama. Gua nampak Kumar mengesot ke arah pintu belakang warung. Ahli militan mungkin tak perasan Kumar dah makin dekat ke arah pintu belakang. Kumar pun gua rasa dia yakin betul ahli militan semua tak perasan dia dah dekat dengan pintu.

Kumar bangun nak lari.

TRETTT!!! TRETTT!!

Kumar dah kena.

Berhamburan darah dekat jalan ke pintu belakang warung.

Menjerit-jeritlah semua yang ada di warung.

Gua tengok orang dekat kedai kebanyakan terus meniarap. Termasuklah imam. Budak-budak motor dekat meja selang tiga meja dari gua dah meniarap awal. Si Bilal apatah lagi dah menyorok awal dekat bawah kaunter. Lu orang fikir warung bilal ni kolot ke takda kaunter?

Lan tayar sotong yang tadi dalam sibuk-sibuk nak meniarap boleh pulak tertumpah teh panas dekat dada. Menggelupur jugak la gua tengok dia.

Yang gua steady terus duduk hirup kopi. Nyaris gua nyala rokok.

Yang tadi pertama melaung tu terus menuju ke gua.

"Tiarap!!!", gertak lelaki bandana yang macam Chuck Norris.

Gua terus duduk.

Tapi seluar gua rasa basah.

Basahnya membawa-bawa sampai bertakung dalam kasut.

Gua dah makin tak keruan. Memang gua ada niat nak tiarap tadi mula-mula. Tapi dia datang gertak sekali dengan acu senapang dekat bahu. Gua jadi lain macam.

Boleh jadi pecah bahu gua kalau melawan.

Air yang tadi bertakung dalam kasut dah mula melimpah. Laju.

Makin lama air makin penuh keliling warung. Yang tadi meniarap dah mula terminum-minum air yang datang entah dari mana entah. Gua tengok kiri kanan. Jalal sama Udin dah mula menggelepar terkena air yang tiba-tiba penuh.

Gua tengok kasut but militan-militan tadi dah mengelupas. Walhal but buatan Dr. Martens ni tapak dia tahan.

Yang macam Chuck Norris tadi dah mula melutut depan meja tempat gua duduk. Sama juga yang menembak Kumar tadi. Yang lain-lain juga.

Air makin naik. Sekarang dah parat dada gua. Sempat gua capai cawan. Bagi tak kena air yang tadi tiba-tiba memenuhi warung.

Imam entah kemana. Lemas rasanya.

Gua pun jadi tak tentu arah.

Kulit militan-militan tadi semua melepuh.

Tak terkecuali Jalal sama Udin.

Budak motor pun sama.

Lama-lama daging mereka semua hancur akibat terkena air yang sungguh hikmat itu.

Gua masih steady dekat kerusi. Yang aneh, badan gua sikit pun tidak terkesan dari air itu. Barangkali sebab air itu datang dari badan gua.

Gua perhati semua dah jadi tenang semula. Gua hirup kopi perlahan-perlahan.


....


"Tapi itu semua dulu", gua berseloroh. Sambil mata gua tak lekang menengok satu persatu mata yang ada depan gua. Masing-masing terlopong dengar cerita gua.

Dari mata mereka, gua boleh baca, "Handal jugek brader ni".

Gua senyum.

"Jadi kamu semua kalau boleh elakkan buang hadas kecil merata", gua cakap dalam satu nafas.

Terkebil-kebil mata masing-masing dengar syarahan gua.



-ok gua skip cerita.. gua nak pergi teman ijat makan.. setan ijat.. mengada nak berteman-teman.


p/s: kencing ni memang bahaya.




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

engineer on site! said...

kah kah kah.. setan kau punya mimpi.. aku siap mimpi tgk member aku terjun bangunan depan mata smlm.. ciss seram..

Nadia said...

ahahahaha terpegun jugak aku dgn cerita ni. kemain

cikpia said...

kok yer pun nak kencing kengkawan, agak2 la..... camtaik menipunya!!

Apong said...

warung bilal pon kena rampok ke celaka?? nak kena masukkan nih...si indon mukmin buat rampokan kecil..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...