Feb 9, 2012

Wonder Wonder Wonder!!

"Woi Pert. kau tahu tak mende ni salah?", bising betul si celaka ni. "Tak boleh buat macam ni doh", sambungnya lagi.

"Diam ah kau.", aku sound.

"tak boleh doh", dia masih huru..

Aku berhenti kejap. Aku pandang muka dia. Dia angkat kening.

Aku terus cekik, genggam dekat pipi. Mulut dia jadi ternganga.

Menggelepar jugak dia. Kaki dah mula menendang-nendang. Mujur tangan dia berikat. Tangan kanan aku makin tinggi angkat dia ke atas.

Tangan kiri aku capai grenade. Aku tumbuk muka dia sekali guna tangan yang pegang grenade. Gigi dia semua berterabur. Aku jadi musykil. Kuat betul tangan aku kali ini.

Kringg!!

Tiba-tiba telefon berdering. Entah dari mana datang telefon waktu-waktu begini. Sudahlah gudang ini sunyi. Bunyi dering macam ini menimbulkan rasa syak yang bukan-bukan.

Aku lepaskan kejap dia. Tangan kiri aku masih menggenggam grenade.

Kringg!!

Telefon masih berdering. Aku toleh kiri. Ada timbunan tilam. Bunyi deringan datang dari situ.

Aku punggah tilam-tilam tu semua.

Aku angkat telefon. Telefon tin.

Dari lubang telefon itu aku boleh tengok satu siaran. Macam televisyen kecil pun ada. Aku perhati gambar dalam siaran itu.

"Ah.. anak dolfin tersekat pada jaring nelayan", aku bertempik.

"Jangan risau anak dolfin, saya akan datang selamatkan awak."

"Ke bot terbang!!"

p/s: aku semenjak dua menjak ni macam ada power superhero.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

5 comments:

cikpia said...

babik!!! intro dah habes ganas dah, tetiba sangkut citer wonderpet..... memang babi!!!!

Kepala Manchis said...

lu nak kasi tau yang lu ni wonderpert la ni? tempeleng nak?

engineer on site! said...

ba ngang!

_akmalraman said...

kau semenjak dua menjak ni macam cilaka kan.

_akmalraman said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...