Feb 24, 2011

'Gula'

'Gula' baik untuk kesihatan - Syuaib

"Pert, lu tahu tak 'gula' ni bagus untuk badan?", Syuaib memang suka betol tiba-tiba. Gua kalau bukan sebab roomate, memang dah lama gua soot. Gua tengah concentrate susun nombor talifon dalam phonebook, tak pasal-pasal dia boleh cerita pasal 'gula' dia.

"Gua tak tahu", pendek gua jawab. Gua hampir setiap hari gua dengar benda sama. Malas gua nak layan sebenarnya.

"Lu tahu tak Pert, 'gula' ni bagi lu relax, pastu kalau lu ada sakit tekak ke semput ke dia boleh jadi penawar", Syuaib terus memberi penerangan tanpa beri gua kata dua mahu atau tidak. Sial juga Syuaib ni.

Gua pandang muka Syuaib, gua senyum dan gua kata, "Oh.". 

Syuaib ada sedikit terkedu dari gayanya. Gua lihat mata Syuaib, merah menyala tapi tiada aura nak bergaduh. Terkebil-kebil.

"Lagi satu Pert, lu tahu apesal dulu gua kurus sekarang gua dah berisi?", tanpa segan silu, Syuaib meneruskan cerita. Gua makin tak selesa. Terus gua tipu je jawab, "Tahu, gua tahu apesal lu dah berisi".

"Pasal 'gula' ni la Pert. Banyak lagi kebaikan dia, lu tak nak kena 'gula' ni ke Pert?", Syuaib makin hilang pertimbangan, terus bercerita. Setahu gua, Syuaib tidak pekak. Sial juga jantan ni.

"Oi Aib, lu nak tahu tak?", gua pantas potong.

"Apa dia?", Syuaib ingin tahu, gua tahu itu.

"Kalau lu nak tahu, benda kalau banyak kebaikan pun kalau lu kerja tidor je memanjang tiada guna juga.", gua pula jadi Syuaib. "Macam lu punya 'gula', lu cerita la macam mana dia punya faedah kat gua, tapi kalau lu boleh kejut gua Subuh esok hari, gua berani kena la lu punya 'gula' tu..", gua macam histeria. Tak boleh henti berpidato.

"Lagi satu Aib, lu silap satu je, 'gula' lu tu memang baik, gua yakin, pakar-pakar perubatan memang ada cakap, tapi lu fikir la, kalau lu bantai 'gula' lu tu macam makan nasi, apa nak jadi?", ada sedikit bawaan Margaret Thatcher kali ini gua ceramah. Syuaib diam. 

Gua pandang Syuaib, tengah main Asphalt.

Madefaker!!

Gua tak bagi can, gua kaki.



p/s: gua tengah fikir siapa Caligula itu??

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...