Dec 30, 2012

Tanyalah Ustat

Gua balik rumah malam lalu jirat cina. Masa nak masuk kawasan jirat cina tu henfon gua berdering. Bunyi Nokia asli. Klasik. Oleh sebab hendak melalui jirat cina, gua ambil tindakan tidak angkat telefon, lebih-lebih lagi gua sedang menunggang motosikal. Tidak manis menyambut telefon ketika menunggang. Tambahan gua beranggapan syaitan-syaitan di jirat cina ini cuba memesongkan akidah dengan menggunakan deringan telefon.

Jadi gua terus menunggang membelah kegelapan sawit.

Selekoh-selekoh merbahaya gua ambil dengan tidak gopoh. Gua tidaklah terlalu bebal untuk menunggang secara bahaya ketika keadaan gelap betul macam ini. Mata gua bukan awas sangat dengan keadaan keliling waktu-waktu macam begini. Dekat kawasan sawit ini selalunya gua tak dapat bezakan antara syaitan dengan paku pakis. Jadi tiada masalah untuk gua bawa perlahan.

Sampai ke pekan sebelum sampai ke rumah gua, gua berhenti sekejap melihat henfon. Hati gua runsing kalau-kalau panggilan tadi adalah panggilan dari Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional. Boleh jadi gua tak dapat menunaikan umrah dalam masa terdekat kalau Perbadanan ini campur tangan.

2 Missed Call.

Gua papar. Ayob.

Ada satu SMS.

Gua papar.

"Woi tido ke? Gua tengok lu talipon tanyalah ustat tadi. Kah kah kah power power."

Gua sengih. Ayob ni kalau hal menaip SMS ini dikuatkuasakan peraturan menaip SMS dengan betul, dia ni boleh dihukum tidak menaip dengan ringkas. Dia memang menaip SMS dengan 95 peratus ejaan penuh. Gua tak fikir lain, orang macam ni gua terus cas ada susuk dekat ibu jari.

Gua balas SMS, "Bila setan? kakakaka. Gua tas mtn." macam babi gua taip sambil motor bergerak. Niat gua nak tulis "Bila setan? kakakaka. Gua atas mtr." tapi entah apa benda entah merasuk sampai gua taip macam jin. Adakala niat kalau betul pun, af'al belum tentu betul. Contoh macam gua kata nak ke pusat judi, tapi kaki gua ke masjid. Itu pun dah lari niat tu. Jadi niat gua sekarang nak balik rumah, gua terus tunggang motor ke rumah dalam keadaan perlahan sebab tangan kiri gua masih pegang henfon.

TUNG TUNG!.... TUNG TUNG!

"Cilakee nama ahmad lutfi dari pontian. Suara sebijik nak mampus. Takkan bukan lu? Ni siaran ulangan nii", Ayob balas meset.

Gua ambil selekoh laju kali ini sambil membalas meset. "Hangguk kau. Gua ustat. Gila apa gua nk tanyalah ustat. Tanya pasal apa?"

Gua pulas throttle habis sambil tangan kiri selit henfon dalam kocek. Kau tahu jelah, kocek seluar dungaree kalau masa bawa motor ketat bukan main lagi. Jadi usaha yang paling tepat hanya dengan menyelit sahaja dan membawa motor dengan laju untuk mengelakkan henfon jatuh entah ke mana-mana. Malam-malam macam ni memang banyank syaitan nak memesong akidah. Salah satu dengan membuat kita leka mencari henfon yang jatuh entah mana-mana.

Sampai rumah gua sadai motor.

Gua papar meset.

"Ni cerita pasal taubat. Ahmad lutfi tanya kalau sy cium tangan makcik2 kawan mak sy tu perlu tak sy taubat? Peh suara sebijik babi! Tapi tanya bunyi serius nak mampus. Gua siap cemas takut2 ahmad lutfi dari pontian tu cuba bergurau di kaca tv melalui talian.". Gua mendengus-dengus tahan ketawa, takut-takut ibu bapa gua tersadar dari tidur lalu melempang muka gua akibat membuat bising dengan hilai tawa yang tidak memikir jiran tetangga. Dalam hati gua, "Dah babi apa benda gua nak bahasakan diri Sy (bunyi: SHI). Macam bodoh kata ganti nama, malahan nama gua tiada huruf macam itu". Lebih-lebih lagi soalan gua kalau nak bertanya pada ustat gua lebih bertanya hal-hal berkaitan duit.

Gua terus balas meset itu jam, "Tp sbnrnya memang aku dah mula nk bertaubat.. Kau ni betul2 buat aku tak kering gusi.. Dan kucing aku ni apa benda tah cakar perut aku". Gua betindak mengalihkan tumpuan perbualan ke arah perkara lain selain tanyalah ustat.

Tak lama Ayob balas. "Peh gua dah jumpa ahmad lutfi satu lagi berasal dari pontian suara sebiji. Dan gua syak dagu dia pun panjang combo dengan lidah pendek. Maknanya gua pun dah kena taubat ni. By the way, lu tak tengok libepul ke? Tgh power ni". Kau tengok tu sampai 'By the way' pun dia tulis macam itu. Dan tindakan gua mengumpan cerita kucing tidak berkesan untuk menamatkan sesi tanyalah ustat.

Babi! dalam hati gua. Tapi tergelak kecil juga sebenarnya.

Gua balas. "Aku capek. 3hari dkt jb. Besok pg lg. By the way, 'by the way' kau macam pepek".

Kemudian gua masuk rumah.

Kemudiannya, SMS berlarutan sehingga dua tiga butir lagi dan gua tamatkan dengan tidak membalas SMS terakhir daripada Ayob. Daripada hal tanyalah ustat boleh membawa kepada gosip artis tempatan atau fine-art kalau gua terus membalas. Gua tak mahu campur adukkan perkara sebegitu.






p/s: tapi kalau difikir-fikir balik, gua adakala teringin juga hendak menanyalah ustat ni. Tapi bila difikir-fikir balik juga, boleh mendatangkan fitnah juga kalau gua buat macam tu. Adalah baik gua bertanyalah ustat nanti-nanti saja lah.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Wak Lu said...

Kah kah kah. Lawak macam sial. Tak pasal-pasal hilang ngantuk bace cerita cilake ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...