Dec 11, 2012

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 13)

FUHHH!!

"Letih juga rupanya mengayuh sampai ke gereja", keluh Johnny sekejap-sekejap termengah-mengah.

Gereja hari itu lengang. Hari selasa bukan hari keramaian. Kecualilah ada majlis perkahwinan atau lawatan tadika. Pintu gereja terbuka luas. Mengalu-alukan kedatangan Johnny dan juga sesiapa. Tidak mengira agama, bangsa atau negara. Johnny baringkan basikalnya dekat tangga gereja dan terus melangkah perlahan-lahan masuk ke dalam tempat ibadat itu.

"Woi Gary!!!", pekik si Johnny. "Garyy!!!"

"Haaaa!!! ada apa pemuda budiman", sahut Gary yang duduk di pew yang paling depan. Barangkali tadi sedang khusyuk berdoa.


*      *       *


"Woi bangun woi.. bangun woi"

"WOI!!!!!!"

Melenting Effendi seperti orang kerasukan. Kemudian terus bingkas berdiri dan memekik mekik tanpa tahu butiran percakapannya. Tidak selesai dengan itu Effendi kemudian berlari setempat dengan mulutnya masih memekik-mekik seperti orang isim.

BUOKKKK!! BUOOOKKK!!! BUOOOKKKK!!!

Aneh betul bunyi yang dikeluarkan Effendi sampaikan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu menjadi kaget. Risau juga raut wajah Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu melihatkan keadaan Effendi yang tiba-tiba berperangai seperti binatang. Terlintas juga dalam kepala Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus, boleh jadi kesan dari dia menampar Effendi atau pun pekikannya yang betul-betul pada lubang telinga Effendi.

"WOI!!!!"

Effendi tidak ambil endah pekikan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu.

BUOKKKK!! BUOOOKKK!!! BUOOOKKKK!!!

Effendi masih memekik-mekik tidak tentu hala seperti tadi.

"Tak boleh jadi kalau macam ni seharian, ini bakal mendatangkan bala.. Boleh jadi tentera-tentera Sauron boleh mengesan kedudukan aku serta budak ini", Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus bercakap kepada pokok hutan yang besar benar itu.

Perlahan-lahan Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu menyelinap di sebalik Effendi. Effendi leka betul memekik-mekik dari tadi. Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus dengan sangat pantas seperti citah menyambar bibir bawah Effendi mengguna tangan kanannya dan tangan kirinya memain peranan menyumbat daun-daun kering ke dalam mulut Effendi. Tersembur-sembur jadinya daun-daun kering itu berhamburan ke serata tubuh Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu. Effendi terpejam celik mata kemudian tunduk menggeleng-geleng kepala. Ada alamat yang Effendi sudah pulih. Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus itu tersenyum dengan sedikit muncung angkuh kerana berjaya meredakan keadaan.

BUOKKKK!! BUOOOKKK!!! BUOOOKKKK!!!

Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus tidak ambil langkah bebal seperti tadi lagi segera terus melipat siku Effendi ke atas dan merapatkan ke dada Effendi. Kemudian, Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus dari belakang memeluk Effendi dengan cara menghenjut. Effendi terus longlai terjelopok ke tanah.

"Dulu waktu zaman pengakap, kawan-kawan aku panggil mainan ni Total recall", bentak Pakcik yang pakai sarung baju yang diperbuat dari jalinan rantai halus sendiri.



p/s: kepala gua berdenyut betul la.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...