Dec 24, 2012

Saint Nicholas is not coming to town

Cuaca panas terik. Dahaga dia tak usah cakap.

Gua membersihkan muncung senapang yang agak berpasir. Semalam trup kami ke sempadan. Tiada tembak menembak pun, jadi barrel tu lebih terdedah untuk disumbati pasir. Tak jauh dari gua ada seorang lelaki kaukas berpakaian kemas. Berkemeja siap kot tanpa tali leher. Dari corak gayanya, boleh diagak dia ini tak lain tak bukan salah seorang yang terlibat dengan agensi penyiasatan antarabangsa.

"Assalam alaikom", tiba-tiba lelaki inggeris itu memberi salam.

"Waalaikum salam", gua menjawab salam dengan perasaan yang bercampur baur. Hal bercampur baur ini disebabkan pernah gua dengar pasal kalau yang beri salam itu orang bukan Islam, kita kena jawab "Waalaikum" sahaja, tapi gua memang akan menjawab salam secara penuh macam itu. Dan lagi satu gua tidak prejudis. Dan gua memang dengar biji butir sebutan dia "Assalam Alaikom", dia mendoakan kesejahteraan gua. Dan apa masalah gua tak mendoakan dia. Gua ambil sebagai manusia dengan manusia.

"Awak ada mancis?", lelaki itu tanya gua. Tangan kirinya memegang sebatang rokok.

Gua pandang dia dan menggelengkan kepala.

"Saya pun cari mancis dari tadi", terang gua sambil mengeluarkan rokok dari poket nak menunjukkan gua hendak merokok tapi lighter gua hilang. Lighter gua ghaib sejak pagi tadi. Gua sama Lenin, Manan dan Theodore hisap rokok sama-sama pagi tadi. Lepas itu dia orang pergi balik ke markas. Tak lama lepas tu gua nak merokok baru gua perasan lighter gua tak ada. Dan sekarang lelaki inggeris ini pula nak mengajak merokok.

"Eh, kau pergi kedai hujung sana, 4 blok dari sini.. Tolong beli lighter", gua menghulurkan dua ringgit ke pada lelaki inggeris tadi sambil menuding jari ke arah kawasan kedai.

"Ok, ok", lelaki inggeris tadi sambil terus berpaling laju dengan hasrat nak beli lighter.

"Eh kejap-kejap, ni lagi tiga ringgit, belikan air sekali", gua mengarah.

"Alright", jawab lelaki itu sambil senyum. Dia terus memecut laju.

Gua pun bersandar. Gua tengok jam. 12.45.

Cuaca menjadi makin terik. Bayang-bayang dinding tempat gua bersandar tak membantu. Panas dia apa kira bawah bayang ke tidak.

Gua cuma berharap agar ada liputan awan mengepul atas kawasan gua bersandar.

Yang gua hairan, celaka ni gua suruh beli lighter sama air pun bukan main lama. Dah la haus, lighter kena sebat dek kawan. Gua berisghfar.

Tidak lama kemudian gua dengar bunyi loceng. Macam loceng aiskrim. Sebiji macam loceng Pak Cik aiskrim. Sayup-sayup. Putus-putus. Berselang seli dengan bunyi angin padang pasir.

BOOOOMMM!!!!!

Letupan di empat blok dari kawasan gua. Kawasan kedai itu. Kedai tempat gua suruh lelaki kaukas itu beli lighter sama air. Gua terus bingkas berdiri dan capai senapang dan terus cari dinding yang menghadap kawasan kedai itu sebagai perlindungan kalau apa-apa terjadi.

Letupan tadi senyap terus. Pekan menjadi sunyi.

Gua memerhati terus menerus ke arah kedai. Tiada sebarang gerakan yang membahayakan kecuali plastik kresek yang diterbangkan angin.

KLING!! KLING!!! KLINGGGG!!

WOOOOSSSHHHHHH!!!!

Tiba-tiba muncul rusa-rusa yang berlari keluar dari kedai itu dan terus berlari hingga kaki mereka tidak menjejak tanah.

HO! HO! HO!

TRETTTTT!! TRETTTTT!!! TRETTTTTTTTTTTT!!!!!!!!!

Gua melepaskan tembakan rambang ke arah rusa-rusa yang terbang serta pemandunya. Gua terlalu terkejut dan menjadi isim sebentar menembak tidak tentu hala. Rusa-rusa tadi sempat terapung melebihi ketinggian gua sebelum semuanya jatuh menghempas bumi. Seorang lelaki inggeris berjanggut putih yang merupakan pemandu rusa-rusa tadi juga menyembah bumi. Bajunya yang berwarna putih tadi dibasahi darah.

"Maaf, maaf", gua berlari ke arah pakcik itu.

Pakcik itu sudah meninggal dunia.

Rusa-rusanya pun sudah meninggal dunia.

Gua berjalan ke belakang selangkah demi selangkah sambil bersiul. Sampai langkah ke lima gua terus berpaling dan lari ke arah kawasan tempat mula-mula gua duduk tadi.

"Awak pergi mana?", tiba-tiba satu suara muncul dari sebelah kiri gua. Gua bau asap rokok.

"Takda kemana-mana, air aku mana? air aku mana?", gua kelam kabut mendapatkan air.

"Lighter bak sini", gua menyalakan rokok dan menghisap rokok bersama lelaki kaukas itu.

Gua tengok jam pukul 1. Gua sambung merokok sambil bersiul.


p/s: babi apa entah cerita gua. 

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

kord said...

lighter ko kaler biru kan?jgn tanya macam mana aku tahu..

Pert Doherty said...

macam setan rupanya.. rupanya kau nak balik cepat-cepat semata-mata nak mengalihkan tumpuan aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...