Sep 30, 2011

Balik-balik macam tu. Puih!!

Ada satu kawan berbual dengan gua tentang hal keluarga.

Dia cerita ada satu sepupu dia nama mirip nama gua.

Gua tak ambil pusing.

Dia cerita pakcik dia duduk dekat kampung gua.

Gua buat rilek tak ambil pusing sangat.

Dia cerita pakcik dia nama Yusop.

Gua buat biasa.

Dia cerita pakcik dia join ada satu persatuan yang gua tahu.

Gua buat rilek. Tapi macam nak menanya.

"Eh anak dia ada nama Ahmad ke?", gua soal kawan gua.

"Aah", kawan gua beritahu.

"Cilake, itu kawan gua le masa kecik dulu!!", gua cakap stail jerit seronok ke apa pun gua tak tahu.

"Balik-balik kalau bual dengan lu, susur-susur salasilah keluarga berkait kait dengan gua.", gua sambung. Gaya macam batak pun ada. Sial betul punya seronok.

p/s: kadang gua kesian tengok kawan-kawan gua, macam-macam masalah diadu kat gua. Tapi solution gua selalunya suruh kawan-kawan gua senyum. Gua takde cara lain selain itu. Maaf kawan-kawan. Bukan gua nak suruh lu orang jadi orang gila senyum sorang-sorang ke apa benda, tapi sekurang-kurangnya senyum kerana lu orang masih bernafas. Dan gua pun ada macam-macam masalah. Kah kah kah..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

engineer on site! said...

Ok gua tenyum "̮ wink wink

mira said...

:))))))))))))) senyum dgn dagu blipat2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...