Sep 18, 2011

Prejudis

Dalam perjalanan ke Melaka.

Berhenti di simpang empat. Ada lampu isyarat.

Gua dalam kereta. Lori lalu sebelah. Apek memandu.

Gua malas layan apek tu. Sebab dia ushar gua lain macam. Barangkali orang berpeganganan seks sejenis.

"Balik ke?", tiba-tiba apek tu tegur gua.

Gua tak jawab cuma gua geleng kepala.

Gua teruskan perjalanan.

*       *       *

Malam tu ke Banda Hilir.

Ada satu keluarga muda juga macam gua melancong barangkali.

Ada suami, isteri dan anak kecil mungkin umur dalam 2 tahun. Juga terdapat orang lelaki yang lebih tua. Dalam lingkungan 50-an. Gua anggap dia tu adalah datuk kepada budak kecil.

Tiba-tiba sedang mereka tangkap-tangkap gambar anak kecil itu. Anak kecil itu berjalan menuju gua. Tapi ibunya menarik supaya anaknya tidak menghampiri gua. Gua senyum.

Mereka terus lagu tangkap-tangkap gambar di kawasan gereja merah tu. Menara jam tu. Apa entah lagi, gua cuma duduk saja.

Tak lama, budak kecil itu datang lagi ke arah gua dengan langkah lebih laju. Tapi masih dihalang oleh bapanya pula. Gua senyum lagi.


Lebih kurang 10 minit lepas tu, gua berangkat.

*      *      *

Salah ka gua rambut macam ni?


Semua nak pandang gua pelik. tahik.

p/s: tengok nanti gua bikin satu benda yang boleh membantu umat manusia dan rambut gua macam ni. puih!!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

4 comments:

engineer on site! said...

Kah kah kah kah.. Guling guling

Kepala Manchiss said...

kalau cinta jangan kacau.

Pert Doherty said...

tirah.. wah kemain guling lak.. try lu wat mohawk.. keh keh

Pert Doherty said...

kepla manchiss...
kepala bana apa tiba2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...