Apr 30, 2011

Mayday!!!




You goin to Brighton this weekend? 












We are the mods, we are the mods. We are, we are, we are the mods.!!
Quadrophenia
Selamat bercuti.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Tampan

"Peh power sial Gomez boleh tampan bola tu", gua berseloroh tatkala Gomez berjaya menampan bola rembatan Salahudin Ramadhani. Sepakannya memang padu.

"Tampan. kah kah", Boya tiba-tiba macam langsuir. Gelak kuat di sebelah telinga gua. Jahanam apa?

Gua pandang muka Boya.

"Tapi perkataan tampan ni tak boleh guna untuk ayat lain ek?", Boya macam menyampaikan pendapat.

"Boleh je.. Muka yang tampan.., pastu menampan bola", gua tangkas. Terus jawab melulu.

"Takde la. Macam perkataan sepak, boleh jadi sepak bola, dengan aku sepak ko kang", Boya masih cuba menegakkan pendapat.

"Boleh je.. Jangan sampai aku tampan muka ko!!!", gua meraung.

p/s: Bahasa melayu
Tam´pan
n. 1. (Zool.) A venomous South African tick.
sambungan di http://anakjaini.blogspot.com/2011/05/tampan.html
nak baca, baca la. tak nak sudah.. pundik..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

ESKAY

"Tadi aku nampak Anwar makan", Eskay dengan penuh semangat sambil meletak tapak tangan sebelah telinga macam orang takbiratul ihram.

Gua sama Sulaiman dan Moktarudin perhati gelagat Eskay. Jenis tengah main dam mana kisah hal-hal 'Anwar Makan' la pintu rumah tanggal la. Konsentret. Konsentret..

Lu bayang la Mokhtar punya handal sampai aji dekat tiga kali. Lu boleh bayang kalau dia dah aji tiga kali, gua punya buah tinggal berapa je? Yang Sulaiman dari tadi asyik hidupkan api rokok. Pakai tembakau basah. amik ko.

"Sumpah??", Mokhtar jeling pada Eskay.

"Ye, sum...", Eskay terhenti.

"Cakap betol-betol, tak dengar pon.", Mokhtar terus ngunjek lagi.

"Dah, ko yang tak dengar", jawab Eskay dan disudahi dengan siulan.

"Ko cakap betol-betol la!!!", Mokhtar yang tak pasal-pasal naik angin terus berdiri. Sementara Sulaiman dah berjaya hidupkan api rokoknya.

Gua curi peluang ini untuk tambah buah dam si Mokhtar. Yang gua punya buah dam gua terus lempar dekat gigi air. Kah kah kah..

p/s: Main sumpah macam budak-budak. Kah kah kah..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 27, 2011

Blogger kentut.. Kah kah.

Ni dah kenapa?

p/s: gua dua tiga menjak ni malas benar nulis
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 4)

rentetan peristiwa Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? & Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 2) & Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 3)
"woosshhh!! woosshh!!" bunyi angin

p/s: Kah kah kah!!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 25, 2011

Jadi?

Chat 

Sahabat: 
lu kenal tony parsons?
lu baca novel dia
baik
tapi banyak pasal kasih sayang la
bukan punk
tapi dulu dia jurnalis punk
zaman2 sex pistols
paul weller baru nak naik

Gua:
Jadi

Sahabat:
Jadi babi

Panas apabila anda beri penerangan, kemudian dibalas dengan perkataan 'jadi'..
kah kah kah..


p/s: takleh tido

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 24, 2011

LomograPERT: DIY Canister Keychain

Kali ni gua malas nk tunjuk hasil kamera. Selagi scanner belum dapat selagi tu gua mogok.

Dalam gua bosan-bosan, gua capai playar sama sebatang dawai. Cucuh kat api dapur.


Tak sampai 5 minit.


Biasa je.
p/s: nak jugak?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 23, 2011

Balik-balik duit

"Nak duit lu kena kerja", masih terngiang-ngiang kata-kata Baharudin Thani.

Gua terkebil-kebil sendiri.

Macam sial.


p/s: apa kelancau..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 22, 2011

MS Paint: Stevie

Apesal tah gua tiba-tiba ketagih lukis pakai Paint. Celaka betol! Ni sume Abu punya pasal.

Nukilan gua lepas seharian setting Vespa di rumah sewa lama. Terima kasih kepada semua yang membantu (Cipok, PokCik, Ihsan, Dut dan juga Amir tak lupa juga Jawa).

Stevie
23 April 2011
siap pada 3:11 pagi
sambil gua terkulat-kulat tak tau buat apa
"Ni ko buat pakai apa Pert?", ada tanya.

"Paint", gua balas.

"Pui!!", dia balas.

"Haha, tak caye sudah", gua sengih.

Nyala rokok sebatang ada bagus juga ni.

p/s: gua suka pada pakcik dalam gambar di atas. Harap-harap tahun ni dapat lepak minum lagi dengan dia.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 21, 2011

MS Paint: Joker untuk Wak


tolong jangan jadi terlalu berseni..aku cemburu..
-Wak
Gua dapat teguran dari seorang sahabat.

Maaf gua tak boleh lari dari seni. Gua boleh jadi bangang kalau asyik menjadi lelaki logik. Gua perlukan seni untuk bebas dari graviti.

Maaf lagi sekali.

Why so serious??
21 April 2011
Disiapkan di PC Payung.
Sambil gua duduk-duduk.

p/s: Hari ni hari jadi kakak gua serta bapak gua.. Gua tiada hadiah sayang sayangku..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Birthday dan lelaki

Gua mengelamun. Sedang gua nak hirup kopi gua terpandang kalendar. 21 April.

Pelahan-lahan gua letak balik kopi tadi. Hilang selera tiba-tiba.

"Nak bagi apa ek?" tiba-tiba terlintas soalan demikian.

*      *      *

Agak-agak lu orang, lelaki suka hadiah apa ketika hari jadi?

gambar diriwayat oleh headlessloon

p/s: kalau gua jadi bapak nanti.. apa agaknya anak-anak gua kasi ketika hari jadi?

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 19, 2011

Parti Siswi Seksi

Tajuk dah serupa setan.

Penulis-penulis Malaysia semakin sekular.

Sedap juga baca. Baru Malaysia boleh mundur.

Agak-agak lu orang kat akhbar mana je boleh dapat tajuk sebegini?

Gua tak lama pun sekular juga.

p/s: Oral test.. Gua gementar dengar 'oral'

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 18, 2011

MS Paint: Pempuan

Pempuan
18 April 2011
Sambil gua lorek-lorek.

Gua bukan pandai sangat cerita pasal pempuan. Kang ramai pulak pempuan nak kitai cerita gua.

p/s: tak macam legend pulak, sehari dua post pasal pempuan je. Dah macam blog cinta. Pui!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Pasal pempuan


Perempuan atau wanita ialah salah satu daripada dua jantina bagi manusia; iaitu lelaki dan perempuan. Penggunaan perkataan "perempuan" dalam bahasa Melayu adalah khusus untuk manusia; bagi haiwan, jantinanya dirujuk sebagai betina.
Perkataan lain yang membawa erti perempuan adalah wanita, gadis, dara, betina.
-Wikipedia

Asal gua tulis pasal pempuan, masing-masing gatal nk baca. kepala hotak la.

Lepas ni gua nk tulis pasal anjing.

jaga-jaga.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 17, 2011

Art? Bapak kau!!


"Arsenal adalah satu pasukan bola sepak yang sangat art"
Gua sebat gambar ni dari ellyrocker

"Art tak art, kepala hotak dia art.. Orang nak main bola bukan melukis.. Bangang!! Suya ada surya?"
-Pak cik mana entah


"Art is the product or process of deliberately arranging items (often with symbolic significance) in a way that influences and affects one or more of the senses, emotions, and intellect. It encompasses a diverse range of human activities, creations, and modes of expression, including music, literature, film, photography, sculpture, and paintings. The meaning of art is explored in a branch of philosophy known as aesthetics, and even disciplines such as history and psychology analyze its relationship with humans and generations."
- Wikipedia
Apa kaitan gua dengan Wikipedia? Celaka!!


"Art itu pundek"
-Mapley 25 Jam
Gua sebat dari iqbalhakimi


"Errr.. kita tengok je la dulu.." -Gua
p/s: tahi apa pasal bola pun bising..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Seni itu tidak sedap

Lu tahu apa?

Lu fikir seni itu yang sedap-sedap ja?

Apa kalau lu lahir lahir kata painting ni seni?

Painting
"Dora Maar"
Pablo Picasso (Spanish, 1881-1973)
oil on canvas, dated 1938
Stolen from a Saudi yacht in Antibes between March 7-11, 1999

Kalau gua meremang tengok gambar ni..


p/s: Kalau gua selama ni melukis, agak-agak perlu gua belajo kejuruteraan? Baik gua belajar kemanusiaan. Kah kah kah.. Lagi seronok..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 16, 2011

"Gua ingat lu sudah mampos"

BAMMMM!!!

Gua melayang melepasi sebuah kereta kompak.

"Ah, sial!" gua jerit dalam hati. Tengah hari hari Jumaat juga kau pilih Pert. Gua pejam mata sekilas.

"Ah, tak boleh jadi. Kalau gua pejam mata kang gua tidur lak", gua dah berbual-bual saama hati gua. Macam bangang pun ada.

Bingkas gua bangun. "Moto.. moto gua mana", hati gua pula kata pada gua. Syaitan apa muka gua dah jahanam, hati gua sibuk pasal moto.

Ray Ban Aviator RM15 gua dah tak rupa sunglass lagi. Dah macam pirate. Sebelah ja ada cermin.

"Pert... pert", kedengaran suara memanggil-manggil nama gua.


*      *      *


Gua selak daun pintu.

"Abang besar sudah keluar, gua ingat lu sudah mampos!!!", serentak. Mereka menyebut mantera itu secara serentak. Menganjing. Gua lantas capai perkakas yang berdekatan.

"Siapa yang mampos sekarang?!!!!", gua meraung.
"Kasi gua mati dulu la, baru gua diam!!" - Malik

p/s: Lu ingat gua lemah?!! Jom teman gua karoke



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 11, 2011

This is Christmas "Carrol" for the 96

Keh keh keh..
Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA

ANDY Carroll membantu menghancurkan Manchester City - dan kiri Liverpool memimpikan kos shock Liga Champions

Gua lambat sampai Anfield ni hari.

Gua miss part part doa-doa. Hillsborough. Gua musykil juga. Awal benar sambut. Gua tafakur kejap. Tanda penghormatan.

Lambat-lambat gua masih sempat dapat sit belakang King. Hooligan-hooligan tegar Merseyside memang ada reserve tempat untuk gua sama Ijat Bonggo 2.

*     *     *

ANDY CARROL.. Makanan saya!!! Maaf saya tergol tanpa niat
3rd

dan sedikit dendangan Christmas Carrol untuk "siapa-siapa".









*      *      *

5 minit sebelum gua bertolak ke Anfield.

Lu tahu gua akan balas apa. Keh keh keh.

p/s: bola sepak sebenar.... zzzzz

This is Christmas "Carrol" for the 96... (+1 Kunyit)



Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 10, 2011

Musafir di Hari Sabtu

Sabtu yang paling gila dalam sejarah hidup gua. 9 April.

Pagi-pagi gua dah suwey. Konon nak pergi Zoo Johor awal-awal pagi. Nak pergi A Day To Remember Zoo Johor la katakan. Last-last sedar pukul 8. Pastu pergi gegar rumah budak-budak. Masing-masing baru nk gosok gigi la, siram pokok bunga la, tukar ladam kuda la. Macam....F. Si Badat sorang je boleh pakai sikit. Sebab dia bangun lagi awal dari gua. Sikit la.

Gambar belum ada.. Lu fikir kamera gua jenis macam mana?


Gambar yang budak-budak ni tangkap. Gua takde tangkap.

Singa Mati oleh Si Katik
Kami Si Bangang oleh Si Buta
Skuad Siap Siaga oleh Si Badat
Hal Zoo Johor ni nanti gua bikin entri lain la. Entri kakak gua kahwin pun tak setel lagi. Gambar B&W tak cuci lagi. Ah sial la..

*       *        *

TING TUNG!

Sms. "Pert, ko nak g tgk bola x?", sms berbaur lucah.

"Kt dlm U ke?", gua reply pertanyaan semula.

TING TUNG!

"x, dkt Pasir gudang", sms timbal balik.

"Cibai.. nak tolak... sahabat..", getus gua.

"Ok, jap ag aku ke rumah ko", gua balas.

*      *      *

Rupanya Ijan Bongak yang plan benda celaka ni. Gua, Ijat Bonggo 2, Boh Roy, serta Piji Tua semua kena game dengan Ijan Bongak. Setan. Banyak lagi hal gua boleh buat dari pergi tengok game yang biasa ni.

Tapi atas dasar nama kawan. Gua tak pasal-pasal gagah.

Dari kisah 'eh zila bakarain', 'soul, papa papa papa, papa americano' hingga la kisah 'jangan nak bongak' semua setel dalam trip tergempar macam ni. Sial. Badan dah penat kena ketawa-ketawa pula.

Sampai Stadium dah lambat 20 minit gua cega. Tapi takda hal pada gua. Rempuh.

Ijan Bongak pula bising-bising harga tiket RM10. "Kat Negeri RM8 je", katanya. Lantang suaranya. Sambil memegang hujung mafla yang bertema Negeri Sembilan gua syak.

"Masuk je la.", gua mencadang.

Semua terus masuk. Kah kah. Hilang ke mana topik RM10.


Gua tak sokong mana-mana waktu tengok walaupun gua lahir di Johor
Tapi sepanjang game gua pro pada Johor FC.
Tekun pura-pura.

Dipendekkan cerita, Ijan Bongak tak malu rempuh ke tempat player ketika tamat perlawanan. Nak tangkap gambar katanya.

Gua jadi mangsa tolong tangkap gambar.


Ijan Bongak (baju kuning) sama Ijat Bonggo 2
berjaya rempuh masuk laluan player dengan muka tak malu

Mangsa Ijan Bongak yang pertama: Aidil Zafuan.
Bila macam ni gua tak pasti siapa. Maaf ada gempa bumi

Mangsa kedua: Azrai Khor
Maaf masih ada sedikit efek gempa bumi.


Bising apa gua parkinson?!!

F.


Gua kira-kira balik, Sabtu ni paling banyak gua keluar duit. Pui!

Hal jalan balik gua cerita lain kali. Nak tunggu, tunggu!. Tak nak sudah!

p/s: Ijan Bongak tak true langsung. Gua tanya Ijan Bongak, "Nak nyanyi apa ni bagi naik semangat?".. Ijan Bongak tak tahu.. Pui! True tahi..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 3)

rentetan peristiwa Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana?Johnny Punk Beroleh.. Lu tahu Beroleh di mana? (part 2)

"Whats wrong, love?", kata Johnny dengan nada perlahan.

Melati nampak bosan. Nampak macam sesuatu hendak diluah. Nepal-nepal keliling situ pun tahu Melati ingin meluahkan sesuatu kata. Tapi masih membisu.
Gua bengang betol dengan celake ni

Johnny mundar-mandir. Tergaru-garu kepala melihat kelaku gadis kesayangannya itu. Menjengkelkan tu dah puas diperkata. Menyakitkan hati pun ada. Gampang.


*      *      *


Pak Endut Mat Lazim tersandar pada beranda. Penat benar nampaknya. Sehingga rokok di tangan tak dinyalakan pun.

Sementara Effendi Mahmud masih menggelitik atas laman.


p/s: Sabar ye ENGINEER ON SITE!
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 8, 2011

Abang.. Tengokkan kereta


Ngam gua jejak kaki ke luar rumah, awek-awek rumah sebelah dan-dan berkejar ke gua. Ada dekat 7-8 orang. Dari gaya mereka macam nak berpiket. Gua tak ambil pusing.

Dua orang je gua dapat gambar tadi.
Gambar dicilok dar awekcomel.net


"Abang, abang", kata mereka.

"Apahal semua macam bangang datang kat gua?", getus hati gua.

"Gua nak sidai pakaian dalam pun orang nak sibuk?" gua getus sekali lagi.

"Ye ada apa?" gua sahut 'abang' mereka.

"Mintak tolong tengokkan kereta", halus je suara salah seorang dari mereka.

"Jap, lu orang semua boleh ke tepi sikit tak?!", gua tak pasal-pasal jadi garang.

Terkulat-kulat semuanya gua perhati. Gelak gua dalam hati.

Gua terus melulu sidai spender. Apa ada hal sidai depan awek-awek. Normal apa sidai spender. Jangan gua sidai coli sudah.

Gua lihat muka masing-masing masih menunggu bantuan. Kelakor.

"Kejap", gua beri jawapan kepada raut wajah meminta itu.

Lantas gua ke dalam. "Red, red", gua seru si Red yang dari tadi gua nampak sedang layan FreeCell.

Red hulur kepala dari sebalik televisyen sambil angkat kedua-dua belah kening.

"Tu, awek-awek rumah sebelah mintak tolong tengokkan kereta tak boleh hidup", sambil gua buat isyarat ibujari menunjukkan ke arah rumah sebelah.

Gua nampak Red dah bangun, segera gua masuk. Malas gua lama-lama layan perempuan.

*      *      *

Pukul 8.15 malam tadi.

"Esok keter ada kosong?", gua tanya pada Red.

"Ada", Red jawab pendek.

"Cantik", gua turut jawab pendek.

Gua sebat gambar dari blog syafiqstatichot


p/s: Jaga-jaga lu Zoo Johor.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 7, 2011

Trend Gerak Tari Masa Kini

 
Video asal dikirim ke Facebook oleh Best of Me 123

 p/s: Lu orang gelak kenapa? Ok apa gerak tari mamat ni. Tapi gua dah pukul dia. Pasal langgar gua ketika nak ambik nasi minyak. Apehal menari macam setan. Bangang
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 5, 2011

Soul

Zaman sekarang budak-budak bikin lagu main-main. Tak true. Takde soul. Gua panas telinga betol dengar lagu budak-budak sekarang. Biar lagu mudah tapi  ada soul. Lu gila buat lagu sikit punya payah satu orang manusia pun tak dapat terima lagu lu termasuk diri lu. Bangang namanya.

Zaman gua dengar lagu punk, lagu skinhead, gua boleh masuk. Pasal diorang letak soul. Lagu tak sedap mana. Lagu tak handal mana. Suruh tabligh, tabligh pun boleh main. Tapi dia ada soul. Itu yang penting. Orang dengar orang tahu mood lagu. Ini tidak, buat lagu patriotik jadi lagu majlis pengkebumian. Apa cerita?

Soul mana? Soul mana? Apa benda la macam rakun..

Macam ni baru ada soul.
The Swallows
p/s: gua baru lepas dengar lagu persatuan. Macam setan...
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Puisi: Terbang

Percik api yang sejuk terus terbang
Melintas pantas jalan yang jalang

Terus terbang dan terbang dan terbang
ke tempat yang senang-senang.

Pert Doherty
2:15am
6 April 2011
PC Karim

Gambar dari Google.
Diperkenal kepada gua oleh Hariz Yusuf diriwayatkan oleh Ahmad Haniff

p/s: Perlukah gua terbang?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 4, 2011

Hero 2

Orang kata jadi hero ni bodoh. Mati awal.

Tapi gua nak jadi. Gua nak jadi superhero.

Gua nak jadi superhero yang buat orang senyum.

Orang sedih boleh senyum dan ketawa, orang gembira jadi makin gembira.

Gua kena cipta sesuatu yang boleh buat dunia gembira. Sesuatu yang percuma. Kalau gua buat berbayar tiada guna juga. Diskriminasi terhadap orang miskin.

Ada cadangan tajuk untuk Projek Final Year gua x?

p/s: Lu fikir gua main-main?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 3, 2011

Lesen Perguruan

Gua ingat Malaysia perlu adakan lesen perguruan. Setiap tahun kena renew. Kalau lebih setahun tak renew kena masuk kelas semula.

Ujian nak dapat lesen tu berkaitan psikologi guru tersebut.

p/s: Malaysia makin sekular. Kah kah...
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 2, 2011

Poster

Dulu zaman gua kecik gua pernah join tampal poster ahli politik sekeliling kampung. Masa tu gua tidak fikir pasal wang. Yang penting dapat jalan keluar dari rumah. Kuih ke air teh ke pun gua tolak tepi.

Zaman tu Surya pun gua tak kenal lagi. Jadi petang petang dapat curi kelapa minum airnya pun dah boleh kata puas. Poster gua buat alas. Bila bapak kawan gua tanya dah tampal, kami jawab pantas, "Dah!!!".

p/s: Sekarang scene ni macam dah takde.. Tak tahu kalau adik-adik lu orang masih tiada Facebook..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...