Oct 27, 2010

Celaka, gua di'KOTAK KATIK'kan (ada KONTEST ni)

PERHATIAN: Ada kontest kat bawah sekali


Pernah tak dengar pasal CUBEECRAFT??

Gua tak perlu taip kisah CUBEECRAFT kat sini. Gua tahu lu-lu orang semua lagi bagus dalam hal-hal internet, google, yahoo, facebook, myspace, friendster, flickr, blogger, wordpress, formspring dan macam-macam hal lagi. Lu boleh check sendiri apa bendanya. Kalau gua bising-bising dekat sini pun tiada guna. Dan gua tahu lu-lu orang semua kurang gemar membaca macam gua. Lu orang gemar tonton gambar-gambar. Itulah norma-norma manusia. Gua tak boleh kata apa.

Lu orang pernah lihat tak barang seperti ini?

gambar gua sebat dari hurtyelbow.typepad.com
Mungkin lu pernah lihat benda demikian.

Tapi...

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 24, 2010

Carragher: Gua pun ada skor la

lembuthekop.blogspot.com
Oleh SEPUPU LUCAS LEIVA
ROY HODGSON telah melalui banyak Syurga dan El waktu sudah di 3 nya ½ bulan di kerusi panas Anfield.

Ni hari gua tak mau komen banyak.

Bagus!

Liverpool skor "3"!

Bagus!


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 20, 2010

MS Paint: Diabetes yang kita sayang

Gua dah lama tak melukis pakai Paint.. Kali ni nak lukis-lukis la sikit..
"Diabetes yang kita sayang"
21 Oktober 2010

Johnny yang sedih dengan kehidupannya sekarang, dia sudah tiada upaya untuk sukan olahraga, bolasepak, apatah lagi memanjat tangga. Kehidupannya bertambah sengsara apabila bininya lari meninggalkannya. Mungkin sebab jari pada tangan kanannya tidak cukup. Jari merupakan salah satu organ penting. Anak-anak pula lari juga. Dia sekarang hanya mampu bergerak-gerak sedikit sahaja, supaya bateri  kaki bertayar itu tidak cepat habis. Ternakannya juga sudah tidak mengendahkannya. Kerana dia sudah tiada upaya memberi makanan  setiap hari kepada mereka. Yang setia bersamanya hanyalah Tuhan. Johnny masih dapat bernafas. Hal mengenai makanan, air serta pelajaran Johnny letak tepi. Yang penting udara. Johny perlukan udara untuk hidup.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 19, 2010

Gua termakan racun, apa perlu gua buat?

Hari ni gua tak mau tulis panjang-panjang. Sebab gua dah termakan racun.













Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 17, 2010

Pesanan Dari Hong Kong (REVEALED)


Gua rasa dah sampai masanya.

Gua tau lu-lu orang semua dah tak keruan.

Dan gua pula masih steady. Macam biasa. Sambil kena kopi.


*      *      *

(3 hari lepas)

"Pert, apa ada dalam bungkusan tu?", Agas bertanya pada gua.

Gua buat layan tak layan. "Ada la, nanti aku bagitau". Gua tahu, kalau gua bagitahu awal atau lambat, Agas itu tetap akan mahu dengar.

Gua naik tangga terus ke bilik Basri a.k.a. Yoyot.

"Oi, mana baju tu!", gua tengking si Yoyot. Habis beliau terkencing sedikit. Nampak seluarnya basah sedikit demi sedikit.

"Ini dia, taiko", terketar-ketar Yoyot menjawab sambil menyerahkan baju yang gua maksudkan.

"Kecik gile, ko ingat aku kedi?!" gua masih menengking. Sambil mencucuk bahagian abdomen Yoyot. Yoyot menangis diperlakukan demikian. Gua tanpa belas kasihan terus mencucuk menggunakan api rokok.

"Kalau tu kecik, ko tengok yang lain ni. Banyak lagi", Yoyot masih terketar-ketar. Hancing. Habis satu bilik berbau air kencingnya. 

"Mana?!!", gua tengking lagi. Kali ni Yoyot berbuih mulut. Macam sawan babi. Rakan sebiliknya pula sedang memperbetulkan kedudukan mata. Gua ada dengar mata rakan sebiliknya memang selalu terkeluar dari rongga mata. Jadi beliau tidak masuk campur urusan gua dan Yoyot. Gua cucuh pusat Yoyot guna rokok Surya. Beliau tidak melawan.

"Itu....", sambil menunjukkan kotak yang penuh baju. Mulutnya masih berbuih.  Keadaan semakin hancing.

Gua tak ambil pusing. Gua geledah kotak itu.

"Ini, gua nak ini!!", gua jumpa satu baju dan gua tengking Yoyot lagi sekali. Rakan sebiliknya masih cuba memasukkan mata yang terkeluar itu.

"Itu.. taiko tanya pada Agas, saya tolong jualkan saja, mahal ni", Yoyot terkencing lagi sekali. Celaka. Gua sepak testisnya. Gua keluar dari bilik itu. Rakan sebiliknya masih lagi melakukan perbuatan yang sia-sia itu. Sempat juga gua ketis abu rokok Surya pada rongga matanya yang belum diisi itu. Beliau tak tahu.

Gua turun tangga jumpa dengan Agas. Gua tahu beliau sentiasa ada di hadapan televisyen.

"Agas, aku nak cakap sesuatu dengan ko", gua cakap dengan nada Stefano Magaddino.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 16, 2010

Pesanan Dari Hong Kong yang dah dibuka!!!

Siaran ulangan untuk pergerakan barang dari Hong Kong


Gua dapat banyak pertanyaan mengenai Pesanan Dari Hong Kong. Tapi gua tak bisa menjawab terus kepada peminat-peminat (hahaha.. poyo siak gua.. bukan ada peminat. hahaha). Ramai yang cuba meneka-neka isi dalam bungkusan itu. Sampai gua pun turut meneka-neka. Tapi kebanyakannya gua rasa tidak tepat. Ada yg kata gua order ikan masin, celaka apa ikan masin import dari Hong Kong. Gua teka pun salah. Celaka. Tapi gua tak ambil pusing dengan perkara itu. Gua terus je teka.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 13, 2010

Ana Raffali : Pert, tolong ingatkan gua..


Hari tu gua rasa semacam. Pasal gua skor gol untuk team gua, "Pert Kacak FC". Gua tak mau cakap banyak pasal hal itu, kerana gua puas hati. Gua celebrate ala Xabi Alonso ketika di Istanbul. Memang grand. Gua cium dahi 'Ijat bonggo 2' serta gua cium dahi Agu.

Waktu malam tu gua ingat nak rehat-rehat, tapi memandangkan gua masih 'batu', gua join budak-budak agas yang nak tengok Lefthanded. Layankan je. Ura-ura nak masuk secara haram. Tapi sekali gua sampai, jalan-jalan untuk ke laluan haram dah ditutup. Tapi gua steady. Tak terus beli tiket. Budak-budak agas ramai dah beli. 

Gua ada etika bab-bab macam ni. Tak boleh ikut-ikut orang. Ini kisah pasal hal rocker, kena betol. Baru true. Ini tidak, orang pergi konsert jomheboh ko ikut, orang pergi gig skinhead ko ikut, orang pergi kelab ko ikut, orang pergi kuil pun ko ikut, payah la. Nak jadi hape.
Tak lama lepas budak-budak agas beli tiket berharga RM17, gua ada terdengar suara-suara belakang yang cakap boleh dapat RM10 je. Gua terus folow. Tak banyak cerita. Si Dagu pun turur serta. 

Sampai dekat budak yang jual tiket tu, dia kata, "Lima belas ringgit".

"Celaka ko Roi, kata dapat sepuluh ringgit?", gua tengking ala Michael Corleone.

"Aku pun dapat lima belas", dia menjawab juga.

Gua takde bagi can, terus bagi sedas kat telinga. Bagi dia ingat sikit. Itu baru starting.

Gua dan Si Dagu terus je angkat 2 keping tiket.

Sambil Si Roi masih memegang telinganya yang sedikit koyak.


Lebih kurang macam ni la. RM25 tu fake je.

*      *      *
Gua sampai dah hilang suara.

Tunggu lagu 'Seruan' punye pasal, last-last fed up. Man Kidal boleh lak wat show solo. Aduh. Aku nak sing along. Bukan nak solo along. Tapi gua steady. Itu sume tak jadi hal. Gua terus blah cari air. Itu lagi penting daripada lagu 'Seruan'.

Tak lama lepas gua keluar dari kawsan Konsert, gua dengar intro 'Seruan'. Sial. Macam tau-tau je aku dah blah. Gua tak amik pusing. Terus gua beli air longan, gerenti sedap.

*      *      *

"Oi, nak terus balik ke?", gua tanya pada 'Ijat bonggo 2'.

"Ntah, tu ape benda tu ramai-ramai?", 'Ijat Bonggo 2' menjuihkan bibir ke arah orang yang tengah ramai-ramai. Ada la dalam 15 orang. tak ramai mana pun.

"Mat-mat moto besar je tu", gua jawab dengan yakin. Pasal dekat situ terdapat beberapa orang brader-brader yang jenis bawak motor easy rider. Pakai jaket kulit sume. Gua memang tak suka campur dengan rocker demikian. Gua ada etika. Gua ni kalau nak dibandingkan dengan watak filem, lebih kurang macam Jimmy Cooper dalam Quadrophenia. dan awek gua pula Steph.

"Eh, jom la tengok, mana tau ada Man Kidal", 'Ijat Bonggo 2' ni memang agak taksub dengan Man Kidal. Tapi gua lain, gua anggap Man Kidal ni umpama Puyol je. Tak lebih.

"Jom la, jom la", gua macam dah malas-malas. Tapi sebab gua sayang sama 'Ijat Bonggo 2', gua pergi gak.

Sampai-sampai kat kawasan meja tu, gua nampak satu kelibat manusia dia celah-celah orang ramai tu. Gua rasa-rasa itu Puyol.

Ni kelibat Puyol tu.
Sah.

Takde orang lain.

"Oi budak dua orang yang kacak", tiba-tiba gua dengar satu suara. Gua yakin teguran tu menghala ke arah gua serta 'Ijat Bonggo 2'.

Gua dan 'Ijat Bonggo 2' toleh. Sambil buat muka blank.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 12, 2010

Pesanan Dari Hong Kong yang dah sampai!!!!

Gua nga syok main Facebook. Tiba-tiba ada orang beri salam. hoho. Gua pasti itu orang-orang dari DHL. Sering mengganggu gua.

Gua ambil dengan tenang



Dengan steady gua buka


apakah isinya??

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Pesanan Dari Hong Kong (part 2)

UPDATE untuk barang gua yang gua tempah dari Hong Kong..

nampaknya tinggal beberapa minit mungkin untuk ia sampai di tangan gua..


Wednesday, October 13, 2010 Location Time
15 With delivery courier JOHORE BAHRU - MALAYSIA 08:36
14 Arrived at Delivery Facility in JOHORE BAHRU - MALAYSIA JOHORE BAHRU - MALAYSIA 08:26
 

Gua memang penyabar orangnya.

Tambahan pula mlam ini gua bakal jawab soalan ujian penggal kedua untuk subjek statistik Encik Al Pacino.

Gua memang tak banyak cakap sekarang ni.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 11, 2010

Pesanan Dari Hong Kong


PERGERAKAN BARANG GUA HONG KONG >>> JOHOR

Tuesday, October 12, 2010 Location Time
10 Arrived at Sort Facility JOHORE BAHRU - MALAYSIA JOHORE BAHRU - MALAYSIA 11:50
9 Departed Facility in SINGAPORE - SINGAPORE SINGAPORE - SINGAPORE 08:30
8 Processed at SINGAPORE - SINGAPORE SINGAPORE - SINGAPORE 08:24
7 Arrived at Sort Facility SINGAPORE - SINGAPORE SINGAPORE - SINGAPORE 07:13
6 Departed Facility in HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 03:22
5 Processed at HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 02:56
4 Arrived at Sort Facility HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 00:06

Monday, October 11, 2010 Location Time
3 Departed Facility in HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 23:12
2 Processed at HONG KONG - HONG KONG HONG KONG - HONG KONG 23:11
1 Shipment picked up HONG KONG - HONG KONG 16:14


Gua dalam mood menunggu.. Seronoknya.. Huhuhu..

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 10, 2010

Pesta Konvo UTHM ke-10

Gua tak pernah letih ini macam kalau ada pesta konvo.. Celaka...

Selama aku hidup, pesta konvo ni ibarat "anjing dengan bayang-bayang" je pada mata aku. Memang gua tengok-nak tak nak.. Selalu gua datang ganggu kawan-kawan berniaga. Gua takde nak sibuk join itu ini.

Tapi kali ni badan gua riuk. (gua ingat nak mintak badan baru kat tuhan, badan yang fresh lagi)

Dua hari gua tido lepas asar. Teruk. Boleh cacat otak.

Ni gua ingat nak cari makan one shot, pastu terbang..


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...