Sep 7, 2010

Apekah neraka ini? Apesal jarak Anfield ke Pekan Nanas jadi 140.2 km hari ni?


(PERHATIAN: Cerita kali ini cerita benar)

Hari ni gua balik kampung. Lama juga gua menetap kat Anfield. Raya kali ni gua balik naik motor je. Apedehal. Anfield bukan jauh mana pun.

Anfield ke Pekan Nanas lebih kurang 84.5 km


Hari ni hujan renyai sepanjang hari. Sejak dari subuh tadi. Gua tak amik pusing. Cuma gua harap-harap malaikat turun dengan banyaknya ke bumi.

Selepas hantar Lok balik ke rumah sewa dia dalam pukul 3 lebih, gua lepak baring sepam dua. Pastu lincah gerak ke kampung halaman gua. Gua lari dalam 60-80 cam tu je. Pasal hari hujan. Bawak laju pun takde guna. Pasal rumah gua tak pernah lagi buat pasal jalan pergi ke mana-mana.

Dah lepas Benut, gua cuba agak masa terkini ketika atas motor. Tak dapat dipastikan bila tengok langit gelap je. Gua capai talifon bimbit, lihat masa. Dalam pukul 5.

"Orait gak ni, sampai rumah boleh buka bersama keluarga", kata gua dalam hati sambil bayangkan keadaan itu.

Gua simpan balik talifon bimbit dalam saku baju sejuk Bionicle warna hijau yang gua pakai.

Gua terus jalan macam biasa.

*      *      *

Sampai Pontian, gua nampak masjid. Kira-kira macam dah lama masuk asar ni. Gua serbu masuk masjid. 

Dalam masa gua buka kasut, gua seluk saku baju sejuk Bionicle warna hijau yang gua pakai. Gua cari talifon bimbit.

Tiada.

"Apekah neraka ini?", gua bisik dalam hati.

Gua raba saku seluar.

Juga tiada.

"Wat der fuk!", gua jerit lagi dalam hati.

"Mesti jatuh lepas keluar dari daerah Mersyside ni", gua cuba menaakul.

Hati gua runsing.

Orang-orang kuat agama cakap, "Kalau runsing pergi ambil wudu'". Gua cuba.

Masih runsing.

Orang-orang lebih kuat agama cakap, "Kalau runsing lagi, pergi solat". Gua cuba.

Selesai solat gua masih runsing.

Orang-orang kuat agama serta orang-orang lebih kuat agama tidak cakap. Kali ni gua pulak cakap, "Kalau runsing, lu orang pergi berdoa pada Tuhan". Gua cuba. Gua doa agar talifon bimbit gua berjaya dijumpai pada hari ni juga. Gua baru pakai satu tahun tiga bulan. Gua tarik nafas panjang ketika hujan itu.

Dalam renyai hujan, gua lincah start motor. Susur balik jalan yang gua guna. Susur punya susur. Gua dah sampai Benut. Ada lebih kurang 28.1 km dari masjid  yang gua singgah tadi.

Gua buat satu pusingan U.

Gua susur kembali jalan yang gua lalaui tadi. Banyak benda yang gua jumpa. Dari anak anjing hitam hinggalah gua jumpa traktor. Tapi tiada tanda-tanda yang menunjukkan ada talifon bimbit gua. Masa tu gua lari 40 je. Usain Bolt jauh lagi laju.

Sampai Ayer Baloi, gua nampak bazar ramadhan. Gua berhenti. Niat macam nak beli air untuk buka puasa. Tapi gua runsing. Hilang mood berbuka yang tadi gua idamkan.

Tapi gua ada nampak di bahagian belakang barisan gerai-gerai tu. PONDOK TALIFON. Kali ni gua kembali seperti gua 8 tahun lepas. Pengguna talifon awam. Gua tak tunggu lama, terus capai gagang talifon. 

Tiada nada tut tut. Apekah neraka ini?

Gua jalan lagi satu per 10 rantai. Ada lagi satu pondok. Gua cakap, "Kali ni, lu la penyelamat gua".

Gua capai gagang lagi. TUT.. TUT... "Yes!! ada talian", jerit gua dalam hati agar peniaga-peniaga bazar ramadhan tidak terkejut.

Gua masuk 20 sen gua dail nombor kekasih gua. Ada. Tapi tak diangkat. 

Gua cuba dail nombor gua sendiri. TUT.. TUT.. . "Yes!! kau masih bernyawa".

Gua cuba dail semula nombor kekasih gua. Dia angkat. Gua beritahu cara pantas bahawa talifon bimbit gua hilang di sempadan Merseyside. Gua suruh dia beritahu mak gua bahawa gua bakal balik lewat.

TUT.. Talian putus. Syaiton punya talifon. Gua baru nak jiwang.

Gua sentap. Terus start motor. Sambung proses pencarian tadi. Gua amat yakin talifon bimbit gua masih dalam keadaan baik.

Gua susur pelan-pelan. Tetap macam tadi. Tiada.

Gua mula pasrah.

"Takpe la kalau tak jumpa pun, paling tidak gua dah cuba cari", gua cakap pada diri gua. Buat gaya pasrah.

Tak semena-mena gua nampak sesuatu atas jalan. Hitam petak dan seakan-akan talifon bimbit gua.

Gua bawak slow sambil mengamati benda alah tersebut.

YESSSS!!!!

Nyata itu talifon bimbit gua.
Gua berhenti dan terus nak capai talifon bimbit tu.Tak dapat. Pasal gua masih atas motor. Tak boleh jadi. Gua park jap motor.

Gua park moto dengan lincah.

Gua ambil talifon bimbit yang sedang telungkup atas jalan. Masih bernyawa. Gua hilang runsing. Dengan segera gua snap gambar-gambar sekeliling tempat talifon bimbit gua dijumpai.

Gua berjaya mendapatkan kembali talifon bimbit di hadapan sekolah ini.
Dekat talifon bimbit gua dah pukul 6.50. Maknanya waktu sebenar baru pukul 6.20 petang. Gua harus pantas. Jarak perjalanan dari Api-api ke bandar Pontian ada dalam 15 km mungkin. Gua harus berbuka.

Gua gerak laju tak laju keluar dari kawasan Sekolah Agama Api-Api itu.

*      *      *

Akhirnya impian gua mahu berbuka bersama keluarga tidak kesampaian. Gua cuma dapat di kedai mamak Aliff sebelah Hotel Pontian. Sebaris Giant.

Dari kaca mata talifon bimbit gua

"Minum apa?", seorang pekerja ambil order daripada gua. 

"Emm, teh tarik... makan nasi goreng kampung", gua jawab sambil membetulkan tempat duduk.
"Eh, jap.. nasi goreng kampung berapa ringgit?", gua lincah bertanya. Memandangkan dalam beg duit gua cuma tinggal RM6, gua kena tanya awal. Kang pepehal jadi, gua masih boleh steady.

"Empat ringgit", jawapan ringkas dari mamak itu beserta dengan alunan dialeknya.

"Teh tarik seringgit?", gua bertanya lagi untuk memastikan bahawa harga teh tarik adalah seringgit atau tidak.

"Seringgit duapluh sen", mamak itu menjawab.

Gua agak sentap dengan jawpan itu. Tapi tak mengapa. Gua masih punya wang untuk berbuka hari ini.

"Ok, teh tarik dengan nasi goreng kampung", gua ulang order tadi untuk menenkankan bahawa gua mahu makan perkara-perkara yang gua sebutkan.

"Baik", mamak jawab sambil pergi dari meja gua.

Tak lama teh tarik gua tiba. Hampir-hampir gua menghirupnya memandangkan langit gelap. Gua tak dapat pastikan masa berbuka yang sebenar. Tahun ini gua tak pernah layan jadual bebuka puasa. Gua pastikan dengan lihat langit. Apabila dah gelap, gua dengan yakin makan. (Ni semua sebagai latihan gua untuk masa akan datang. Masa ketika bumi tiada elektrik untuk menggerakkan jam.) Cuma hari ini je tidak, kerana gelap hari ni disebabkan hujan.

Dalam beberapa minit lepas tu, gua dengar mamak yang ambil order tadi memberitahu bahawa dah masuk waktu berbuka. Gua lantas menghirup air teh tarik tadi. Tapi gua punya nasi goreng kampung tadi belum sampai. Nak tak nak gua terpaksa mulakan upacara berbuka dengan Mr Canyon.

Mr. Canyon kadang kala menemani gua ketika berbuka
Gua hidupkan api. Bakar Mr. Canyon sebatang.

Layan TV3 sepam sampai habis sebatang Mr. Canyon.
Nasi gua tak sampai jugak. Gua steady. Yang penting talifon bimbit gua dah dapat balik.



Akhirnya dapat gak.
Gua makan dengan pantas. 

*      *      *





Kenapa jarak Anfield ke Pekan Nanas jadi 140.2 km?

Jarak sepatutnya dari Anfield ke Pekan Nanas 84.5 km


Jarak yang diambil pada hari ini.

Anfield ke Pontian: 66.7 km


Pontian ke Benut: 28.1 km

Benut ke Pontian: 28.1 km


Pontian ke Pekan Nanas: 17.3 km



Jarak keseluruhan: 140.2 km
Masa yang diambil lebih kurang 4 jam.
Gile ape sampai 4 jam? dari Anfield ke Pekan Nanas je, pun bukan jauh mana.


p/s: gua rasa nak pakai jam la lepas ni.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

12 comments:

badat said...

naseb baek jmpe enset hang

Anonymous said...

lu gelabah la lenet..
selamat kan ari raya aku..
fnandotors..
p/s: aku sepi di rumah tanpa mu pert lenet..

safwan ramli said...

cool n steady....mcm gua..

Pert Doherty said...

To badat, tu la pasyai.. aku hampir2 mengalah..

Pert Doherty said...

To Farid.. haha.. Slamat menyambut aidil fitri.. nyum2..

Pert Doherty said...

To wewet.. gua pakai law of attraction..

Anonymous said...

pert..raye lepak BP..alau mmg ensem

Pert Doherty said...

Ko amik aku ar..

Mr. Asada said...

hahaha.. kesian giler.. nasib baik la jumpa.. raya keempat aku baca post ni. giler lama punya cerita aku baca..

tobak said...

pakai jalan dalam lah pert..pantas sket..

en_me said...

sekolah agama api api ader aura tewww.. ehehe

Pert Doherty said...

haha.. betoll.. len macam dia punya Api-api.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...