Sep 2, 2010

Kasim Bawal: Aku nak.... (Muted version)

Malam tu memang hening seperti biasa. (Dah masuk pagi pun pukul 2.45 rasanya)

Tenang untuk aku bercengkerama bersama Ijat Bonggo 2.

"Jat, ko dah...", aku tak sempat menghabiskan ayat.

"Ko katak puru", Ijat Bonggo 2 serta merta mengeluatkan ayat penyata.

"Haha, aku memang katak puru", aku terus sahaja mengaku. Kalau dilayan nanti sampai azan Subuh tak habis perang. Haha.

"Peh, main safe le syel", kata Ijat Bonggo 2 sambil menyuapkan nasi goreng kampung dengan perlahan-lahan ke mulut. Ijat Bonggo 2 kalau makan memang slow. Sebab kalau dia laju, makanan akan sememeh kat pipi dia.

"Aku katak puru", aku masih mengulang ayat penyata itu.

"Haha", tergelak kecil Ijat Bonggo 2.

Perbualan kami berterusan sehingga cerita-cerita zaman dahulu kala semua keluar. Ijat Bonggo 2 kalau dengan aku memang tak pernah berahsia. Alangkan dengan orang lain dia tak berahsia, apa lagi dengan Scousers.

*      *      *

Nasi sudah habis, aku mula menyalakan baki Surya 12 terakhir aku.

"Jat, tadi aku jumpa Tiz Zaqyah lagi", aku mulakan bicara dengan topik yang agak hangat bagi kita-kita. PEREMPUAN. Bak kata Mohd Jayzuan, "Perempuan macam ahli sihir".

"Pehhhhhh...", panjang 'peh' yang dikeluarkan dek Ijat Bonggo 2. Tak macam selalu. Beria benar dia kalau aku buka cerita Tiz Zaqyah atau Ayu Raudah mahupun Lisa Surihani. Apa ntah yang di'high'kan dengan perempuan-perempuan itu semua.

"Aku tak boleh tahan betol kalau ko cerita pasal Tiz Zaqyah", dia menyambung lagi.

"Tu la ko, lambat. Cuba ko skali lepak dengan aku kat burger tu. Bukan setakat Tiz, Mascherano pun ko boleh jumpa", kata aku dengan gaya kerek sambil meghembus asap Surya 12 ke muka Ijat Bonggo 2.

Ijat Bonggo 2 menjelirkan lidah tanda tidak puashati terhadap pernyataan aku tadi.

Aku buat tak layan.

Dalam sedang aku dan Ijat Bonggo 2 bergurau senda, aku nampak EX5 plat ACY. "Badat", terdetik nama Badat di hati aku walau aku belum nampak siapa yang tunggang.

Tak lama, Badat tiba di hadapan kami. Terus duduk dan buat gaya timer. Aku masih buat biasa.

Dia oder makan. Kami bual-bual.

Tiba-tiba,..............


Bagaikan David Copperfield,



-
-
-
-
-
-
-

Kasim Bawal tiba dengan labi-labinya.

Kasim Bawal: Itu (muted)
Memang tak perasan. Ketika itu aku agak kagum dengan kebolehan Kasim Bawal mengesan kedudukan Surya. Dan juga kepantasan beliau. Persis Usain Bolt.

Garis merah putus-putus: Laluan yang diambil Kasim Bawal untuk menjayakan silap matanya.

Dalam aku berkhayal tentang kehebatan Kasim Bawal.
Kasim Bawal: Itu (muted dan replay)
Beliau mengulangi aksi yang sama. Yang aku faham beliau mahukan rokok.

Namun aku, menasihatinya, "Orang baik tak hisap rokok".

Kasim Bawal: Itu (muted)
Ijat Bonggo 2: ??? (muted juga)

Namun begitu, Kasim Bawal amik tak endah dengan kata-kata aku. Masih setia menunggu di kala dinihari tanpa baju dalam.



*      *      *


Kasim berlalu pergi setelah menyalakan sebatang Surya. Itu kegemarannya, kami semua tahu.

Ijat Bonggo 2 kata, "Kalau aku tak bagi sampai ke subuh dia tunggu".

"Haha", aku dan Badat tergelak kecil.

Malam itu agak ceria. Ijat Bonggo 2 beli seluar baru untuk menyambut hari raya.

p/s: aku musykil, malam tu Kasim tidak kata apa-apa pun bila tiba di meja. Selalunya dia akan membuka satu topik untuk dibincangkan bersama. mmmm. Mungkin itu Lailatulqadar. Jadi Kasim terkedu berjumpa malaikat.

All photos by Badat.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

2 comments:

Fontonk said...

hahaha. kassim bawal tu siapa ? kenapa dia macam tu?
kesian dia. Jumpa malaikat? mungkin juga

Pert Doherty said...

tO FOTONK.. hahaha.. ko boleh bce cerita2 sbelum ni.. bahagian kasim bawal.. xpon ko search google.. hehehe...

dia orang ternama di parit raja..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...