Sep 5, 2010

Antara gua, mak gua dan juga Mutiara

Ujian Penilaian Sekolah Rendah semakin menjelang tiba. Tahun itu tahun lompat. Gua tak amik pusing. Belajar gua pun gua mula tak amik pusing.

Hari-hari habis sekolah tengah hari, gua makan-makan dan siap ke sekolah agama. Gua pakai samping warna hitam. Gua ni tak berapa nak penting dalam organisasi. Gua suka ke sekolah, sebab gua nak main KungFu Fighter kawan-kawan punya. Gua tiada barang elekronik demikian. Kalau gua cuba menyatakan hasrat pada bapak gua, nescaya gua tak boleh pergi main belon acah, polis sentri, rounders, gasing, basikal, serta main-main.

Banyak juga permainan elektronik yang gua dekati ketika umur gua masih tiada 'bulu'. Tapi walau apa pun jenis permainan itu, yang penting itu semua bukan gua punya.

Tapi permainan elektronik tak berjaya buat gua ketagih. Paling gua ketagih ialah sikap membaca. Gua dari kecil-kecil rajin juga membaca. Sampaikan buku modul pengajaran cikgu sekolah tadika gua pun gua baca. Nak tunjuk gua punya handal membaca, sampaikan Ensiklopedia Tree Of Knowledge pun gua sebat baca. Bukan setakat ensiklopedia, malah plat-plat kereta yang lalu lalang juga gua tapau.

Berbalik pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang semakin hampir. Makin dekat nak Ujian, makin gua gila membaca. Semua benda gua nak baca. Kalau Kamus Dewan tu tak usah cakap la. Kotak-kotak rokok semua gua baca. Naik hapal diorang punya tagline. Paling gua hapal, Harum Gurih Nikmat.


Dalam sibuk gua rajin membaca, mak gua ada juga ingatkan supaya baca buku sekolah. Gua ada baca juga buku-buku sekolah Tahun 6. Kadang kala gua baca contoh karangan bagus dalam satu perenggan, lepas tu gua terus cari bahan bacaan yang lebih kental. Gua punya semangat membaca memang bagus seperti pembaca berita sukan.

Gua capai satu buku, isi dia bagus. Gua baca cara pantas. Habis satu buku. Gua ketagih.

Gua capai lagi satu. Gua baca lagi cara pantas. Isi kali ni lebih bagus. Gua makin high. Nafsu gua bergelora.

Dalam gua sedap membaca. Gua dengar satu tempikan.

Gua pasti. Tiada orang lain boleh bikin tempikan begini.

"Mat!!!!!!"

Gua toleh belakang. Perempuan. Perempuan yang paling gua gerun sepanjang hayat.

"Aku suruh ko baca buku sekolah, ko pegi baca buku hape ntah ni!!!", perempuan itu memulakan ritual 'GENTLEMEN, START YOUR ENGINE'.

"Sini kau, bak sini sume buku tu", enjin perepmuan itu sudah semakin panas. Nampaknya beliau mengambil langkah untuk full-throttle.

Sambil bergerak mendekati gua, perempuan itu merampas buku di tangan gua.

Dan segala buku di dalam rak simpanan arkib gua telah dinoda pada hari hampir-hampir Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

*      *      *

Esok harinya, gua pergi ke lubang sampah di belakang rumah.

Gua jumpa cebisan-cebisan buku hikmat gua. Ada yang keseluruhan dah jadi abu. Ada yang masih tinggal tulang buku. Gua capai mana-mana yang masih ada rupa buku, gua bawa mereka ke garaj bapak gua. Di sana ada meja yang ada laci. Gua seal dalam 5 buku hikmat gua di sana.

Perempuan itu tak tahu.





Lebih kurang macam ni la buku-buku hikmat gua.

Senarai buku hikmat yang jadi abu:
  • Mutiara Naga 1-43, tapi ada sikit sebnayak yang tiada.
  • Slam Dunk fullset (akak gua punya, sampai hari ni gua tak dapat ganti lagi, bape ratus siot nak ganti)

Son Goku: Jumpa lagi Pert.. Gua dah mati dibakar mak lu.
Nanti gua jumpa Raja Neraka mintak hidup semula.

p/s: Gua dapat 5A. Sebab Mutiara. Hahahaha
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

10 comments:

KeCiK said...

Bola naga was bloody-dem kool. kamehame ha masih dlm ingatan.

oi said...

serius lawak.haha.

Raja Fiqri Fauwaz said...

Keh keh keh..

dulu aku ada lagi simpan stok ujang dengan gila-gila yang lame2.. tapi sume dah hilang, mak aku tinggal masa sekolah rendah kot.. Aku lagi in dengan majalah gelagat, gila-gila, lanun, aboi.. keh keh keh.. tapi semua dah ilang..

aku tak in sangat dengan komik2 ni..

Zahra said...

Huh 7 mutiara naga!
Dulu masa zaman kecik2
layan gak siket2 komiknya
tapi lebih puas layan katun
kat tv. Ingat lagik
first time bace komik first
tahun 94 kalau taksilap.
:) abg mmg buat stok

Dr Zatiel Ismail said...

doremon but goku pon sukeee..tapi x jadi abu agik

Pert Doherty said...

To Dr Atiel, (waa, dr pn melawat blog gua, mungkin kerana nama blog gua berkenaan dengan kedoktoran.. hahaha) huhu.. btol.. doremon.. indahnya masa2 kanak2 yg girang dulu.. gua rasa mahu kembali ke masa itu...

Pert Doherty said...

to Azza ShanShan, btol.. gua rasa seronok layan ka tV.. tp nama kt TV jadi suzikon pasal alih bahasa dari siri cina.. (mungkin).. tp pepehal gua rasa hepi bersama son goku.. hahaha

Pert Doherty said...

To Raja Fiqri Fauwaz, haha.. cerita pasal ujang, gua teringat pada pakcik gua, dia tengok gua ketagih sangat baca komik. Sekali dia tarik satu peti besi keluar dari kawasan simpanan, dia buka. penuh dengan majalah ujang.. peh.. gua apa lagi.. baca sampai nak muntah... haha.. smpai tak tidur malam.. hahaha. (kisah ketika gua masih darjah rendah)

Pert Doherty said...

To Saifudin Isa, gua pun pikir demikian.

Pert Doherty said...

To KeCIK, haha.. yeah demi demi kul.. gua rasa Dragon ball adalah pemberi semangat di kala gua patah hati.. Gua paling suka ketika gohan lanyak Cell dengan kamehameha sebelah tangan.. huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...