May 8, 2010

Kemajuan tu sebenarnya apa?

Adakah pembinaan bangunan seperti ini adalah Kemajuan?

Atau kereta terpantas seperti ini adalah Kemajuan?

Adakah TV besar macam ni dipanggil Kemajuan?

Apa sebenarnya Kemajuan?


Adakah tinggal di tepi sungai dipanggil Tiada Kemajuan? (Kemunduran)

Adakah hidup seperti di zaman Kesultanan Melayu Melaka dipanggil Tiada Kemajuan? (Kemunduran)

Bukankah hidup penuh kemajuan itu bererti selesa? Dan adakah zaman sekarang ini bererti selesa? Kerana ada air-cond? Peti Sejuk? Kereta? Lori? Handphone? Jalan tar? Sekolah berbayar? Sumber air berbayar? Penempatan tanpa sumber makanan? Duit kertas? Hutang dengan bank? Road tax? Insurans yang tak menjamin apa-apa? Fesyen berpakaian? Menjadi kuli yang berkot serta bertali leher? Kubur seperti mahligai? Bank yang tiada belas kasihan? Elektrik? Perfume mahal? Title Dr.? Prof? Merogol? Membunuh? Orang miskin wujud di merata-rata? US Dollar? Burger? Masa kerja yang membunuh? Televisyen yang penuh propaganda?

Aku juga minat kepada "KEMAJUAN" ini. Kerana daya tarikannya sungguh kuat. Dan dari kecil aku dilatih untuk meminati "kemajuan" ini. Aku cuma boleh mengaduh di masa ini. Kerana "tanggungjawab" aku mencari duit. Kata orang, "Bila takde duit, ko nak makan ape?".


p/s: orang ramai akan kata gua sempit. pasal gua nampak bodoh bila mempertikaikan "KEMAJUAN" sekarang ni.

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

6 comments:

anak melayu said...

benda yang paling maju kat dunia ni ialah Bas Maju sbb dia pakai perkataan "Maju"....

bayang hitam said...

aku x suka bila orang eksploitasi kemajuan...kalau kemajuan guna ke arah kebaikan oleh org yang betul2 jujur...aku rasa ko pon suka kemajuan...

Pert Doherty said...

aku suka kemajuan.. berpada-pada..

mitchy said...

mwehehe...gemor bebenor yop kondem kera jaan..so sarcastic..kalau takda kemajuan komplen..kalau ada pun komplen...susah gini yop

mitchy said...

1) umat islam jangan ada tangan & kaki..sebab kalau ada tangan mereka akan mencuri "harta rakyat"..kalau ada kaki mereka akan melangkah ke tempat2 maksiat..
2) Kanak-kanak dilarang menggunakan pensel kerana boleh tercucuk mata

dua situasi di atas hanya akan terjadi kepada orang yang sentiasa mengambil kira sisi negatif sahaja dalam sesuatu...yang positif disembunyikan
+_+

Pert Doherty said...

Ada ke orang (komentator termasuk admin) kondem kerajaan dalam situasi sekarang ni?

Mithcy, nak cari 1 orang yang tak terpengaruh langsung dengan televisyen ('macam awak')... memang payah.. So, apa kesimpulannya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...