May 16, 2010

Ian Rush bukan orang Irish la Yah..

Tibe-tibe semalam bapak aku bercerita tentang bola sepak. 

"Ayah dulu minat ada sorang pemain kelab kat England dia orang Irish", bapak aku memulakan bicara.

"Dia main kat Tottenham dulu.", beliau menyambung lagi sambil memandang wajah kakak aku, abang ipar aku, serta aku.

Serius gaya penceritaan bapak aku. Aku pucat lesi menunggu siapakah hero itu.

"Siapa ek nama dia?", berkerut dahi bapak aku memikirkan nama pemain itu.

"Laaa...", aku mengeluh. Aku dah biasa dengan bapak aku. Dia akan lupa di saat-saat genting. Seperti drama indonesia 'Bawang Putih Bawang Merah' membuatkan kita hampa di saat ingin tahu. Haha.

"Tapi dia kalau dalam kotak penalti sangat bahaya", bapak aku terus menyambung kisah heronya itu.

"Dia punya gol bukan bola laju ke hape, tapi sangat handal", tanpa henti memuji hero yang masih aku tertanya-tanya siapakah gerangan orang itu.

"Robbie Keane, haha.", aku cuba melawak depan bapak aku yang masih berkerut memikirkan nama heronya itu. Sesungguhnya dia tak kenal Robbie Keane.

*      *      *

Hari ini... 
"Dik, ayah dah ingat nama pemain bolasepak tu.", tiba-tiba berkata kepada aku,

"Siapa?", aku excited.

"Ian Rush", tanpa teragak-agak bapak aku menyebut.

Berderau darah aku mendengar nama Lagenda Anfield itu. Bila cakap pasal Ian Rush, teringat aku pada Charles Bronson. Misai. Hehe.

IAN RUSH.. Rupanya bapak aku peminat Ian Rush. 
Apesal dia tak penah cakap dekat aku dulu?

"Dia bukan Tottenham la yah, dia Liverpool", aku menegaskan untuk membela nasib Scouser. 

"La, yang Tottenham tu ayah cakap Ardiles", bapak aku cuba memperbetulkan keadaan.

ARDILES.. sorang lagi idola bolasepak bapak aku.
Tapi boleh pulak dia tersilap antara Ian Rush dan Ardiles.
Hahaha. Sungguh berbeza struktur wajah mereka.

Aku malas banyak cakap. Dah biasa bapak aku buat macam tu. Lagipun Ian Rush orang Wales. Haha. Mungkin bapak aku terigat bunyi IAN RUSH tu macam bunyi IRISH. lebih kurang ah.. haha



p/s: Bapak aku tengok TV hitam putih, tu yang tak boleh beza Liverpool mahupun Tottenham. Haha.. Lagipun beliau dah tua. Mana ingat sangat benda-benda mengarut ni. Haha..

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

5 comments:

cryclown said...

hahaha...a.bapak aku pulak cam a.mokhtar dahari..bukn cork pmainannya, ttpi kemacohannya..

para pencari tuhan said...

yela pert!!klo pasal liverfool...sume ko post!!cbe bapak ko minat m.u...mesti ko x post n klo post pun..lebih kpd negatif je...sebab m.u duk atas dari liver....fool... =P

Pert Doherty said...

Jeles ar tuh.. hahaha.. aku mana tau pis.. haha.. tgn tibe2 nk menaip.. haha

faizsaaid said...

liverpool memang legend

Pert Doherty said...

tu pasal aku rasa nk minat ngn lagenda.. hahha.. bapak gua yang lagenda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...