Sep 9, 2012

Penyakit

Malam tadi.

Mat Lipi cerita pada saya perihal seorang pencuri di kalangan pelajar di universitinya.


Mal Lipi kata budak pencuri itu mencuri barangan-barangan yang entah bukan bukan. Ada satu kes dapat tahu dia curi selipar. Sebelah sahaja. Lagi sebelah dia tinggal.


Nak dijadikan cerita, pencuri ni pecah juga tembelangnya.

Ditangkap dan dibicara oleh rakan-rakan seuniversiti.


Jadi hal ini membawa kepada felo. Felo pun masuk campur.

Felo pun memberitahu pada abahnya.

"Encik, anak encik ini didapati mencuri"

"Oh anak saya, anak saya memang dari kecil ada penyakit suka mengambil barang orang"


Suasana sunyi kejap.


Gua yang entah datang dari mana berlari sangat pantas.


Gua lompat kemudian buat putaran di udara dan menghabiskan hayunan kaki gua tepat pada ubun-ubun bapa pencuri.

DUBBBBB!!!

Bapa pencuri jatuh bebas.

"Dah kenapa hentak kepala saya", bapa dia tanya gua.


"Saya ada penyakit summer-sault dan terajang kepala orang secara tak pasal-pasal"




p/s: penyudahnya Mat Lipi tidur lambat. Dan tak pergi kelas sebab gua.. Kakakakakaka
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

1 comment:

Anonymous said...

hik..hikk..hikkk....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...