Sep 22, 2012

Kencing dan Punk

"Eh, kat mana tandas?", tanya ada satu brader.

Gua tunjuk la. "Sana tu, kena turun tangga".

"Kencing belakang ni je la", katanya pada seorang lagi kawannya yang pakai baju kuning sambil menunjukkan arah belakang pentas tempat kami duduk. Pentas itu tinggi juga. jadi bila di belakang pentas ada can orang tak nampak. Nak kencing ke, nak bersandar sahaja-sahaja, nak apa benda la, orang yang dari depan pentas tak nampak.

"Tak payah nak bawak perangai kampung kau kat sini la", kata brader yang baju kuning sampi sengih yang kalau biasa tengok muka dia memang dia akan sengih macam tu. Sengih taring sikit. Gua nak ceritakan dalam tulisan pun macam mana entah.

"Selamba ah kencing sini, baru punk", kata brader tadi tu.

Laju terus gua libas dahi brader tu guna serban. Tepat. Macam Sheriff Buford Pusser gua punya gaya.

Brader tu melenting ke belakang dan terduduk atas lantai. Kawan dia yang baju kuning tu dah lesap ke mana entah. Hairan. Masing-masing hairan. Tapi gua peduli apa dengan hairan.

"Punk punk juga, kau ugama apa?!", gua gertak. Dengan gua, hal-hal adab jangan buat main.

Brader itu terpinga-pinga.

Tiba-tiba satu awan ajaib muncul berdekatan pentas belakang. Gua terus berlalu meninggalkan brader itu dengan menaiki awan ajaib itu.


Waktu kau membaca sekarang, gua di atas Statue of Liberty.



p/s: Bukan-bukan je budak-budak ni




Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...