Gua ada teringat yang bapa gua ada tripod dan juga shutter release cable.
Gua baring dahulu sambil mengingati tempat penyimpanan barang-barang itu.
Sambil gua terdengar ibu bapa gua berborak tanpa gua tahu butir-butir percakapan mereka. Gua sambung imaginasi.
* * *
Petang itu, gua bersiar-siar di sekeliling kawasan rumah. Dan gua ada nampak satu kawasan mencurigakan di kawasan rumah gua. Gua masuk kawasan yang berpagar itu tanpa memikirkan akibat yang bakal gua terima.
Tak sampai 3 saat gua masuk, gua terpandang satu susuk objek yang amat gua kenali.
"TRIPOD!", jerit hati kecilku.
Gua abaikan dulu. Gua terus mernagkak dia kawasan itu.
Banyak buku juga di situ, tapi gua tak ambil pusing. Gua terus merangkak dan merangkak.
Dalam separa sunyi itu, gua ternampak satu beg yang agak usang.
"Selalunya maka aku takkan letak beg di kawasan ini, selalunya dia mesti simpan dalam rumah ataupun bakar sahaja", gua bermonolong antara nak tak nak.
"Mesti ada sesuatu di dalamnya", hati gua terdetik dengan yakin gua capai beg usang itu dan juga tripod.
* * *
Sampai dalam bilik, gua keluarkan satu per satu isi beg itu.
-
-
-
-
-
-
-
Yeah!! hebat. |
Sedang gua belek-belek kesemua barangan itu, tiba-tiba bapak gua muncul.