Bateri Primitif pada Tamadun Babylon
(gambar dicilok dari Forbidden History)
Kertan rentas Bateri Babylon
(gambar dicilok dari Forbidden History)
Tamadun Babylon wujud sebelum Nabi Isa dan Nabi Muhammad (3500 tahun sebelum Masihi). Maksudnya, elektrik sudah wujud sebelum zaman Nabi Muhammad. Seperti yang kita tahu, pada zaman Nabi Muhammad tiada diterangkan pasal penggunaan elektrik. Tiada sumber mengatakan Nabi Muhammad menggunakan elektrik dalam kehidupan hariannya. Apa yang dapat kita ambil dari kejadian ini? Kenapa elektrik tak digunakan oleh Nabi sedangkan ianya wujud lebih awal dari Nabi? Adakah kita boleh menuduh yang kehidupan Nabi Muhammad tiada "kemajuan" atau tidak bertamadun?
Apakah erti kemajuan yang disaran oleh Nabi Muhammad?
Aku cuba menyimpulkan bahawa elektrik mendatangkan mudarat kepada kehidupan. Sebab itu Tamadun Babylon dimusnahkan oleh Tuhan sebelum kedatangan Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Mudarat dari segi apa?
Sebagai contoh kehidupan pada Zaman Nabi Muhammad. Baginda akan berehat atau tidur pada malam hari setelah selesai segala urusan. Aku cuba bayangkan sendiri. Nabi akan tidur selepas selesai solat isyak. Kebiasaannya selesai solat isyak lebih kurang pukul 9 malam. Oleh sebab tiada elektrik pada ketika itu, urusan bersama dunia akan selesai pada waktu selepas isyak. Dan tiada aktiviti mengarut boleh dilakukan kerana tiada elektrik. Dan manusia normal akan tidur lebih kurang 5-6 jam. Jika tidur bermula pada pukul 9, maka sedar pada pukul 2 atau 3 pagi. Jadi, pada waktu tu Nabi akan bertahajud. Logik tak penilaian aku.
Berlainan dengan dunia kita sekarang. Disebabkan wujudnya sumber elektrik. Kita akan menghidupkan lampu, dan menjadikan malam itu seperti siang. Melawan fitrah asal malam. Cuba lihat sekeliling kita, apa yang manusia lakukan pada malam hari? Mereka berhibur dan bersuka ria kan? (sila betulkan jika aku salah cakap) Sedangkan malam dijadikan untuk berehat. Dan kesannya, pada jam berapa manusia "moden" dan "bertamadun" ini mula berehat dan melelapkan mata? Kesan daripada itu, ramai manusia tidak dapat mengikut cara hidup Nabi. Dan mengatakan cara hidup Nabi susah dilakukan. Semua kerana keseronokan terhadap penggunaan elektrik. Ada juga mengatakan penilaian aku salah. Kerana hidup dengan sumber tenaga elektrik ini selesa kerana elektrik mempermudahkan hidup yang dahulunya perit.
Bagi mengukuhkan idea aku ini, aku sertakan dalil mengenai kehidupan yang sepatutnya pada waktu malam.
Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar), dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat, dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
(Surah Al anaam : 96)
Quran takkan menipu. Kerana sifat Allah bukan suka menipu. Takkan korang anggap melepak di mamak itu berehat? atau menonton televisyen itu berehat? atau apa sahaja..
Aku tertanya-tanya mengapa manusia "moden" ini memilih malam untuk berhibur. Sedangkan siang tersedia untuk berhibur. Dari pemerhatian aku, manusia "moden" mempunyai kerjaya yang dibilangnya "bagus". Mempunyai waktu yang "tersusun". Bekerja bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang. (aku tidak menuding jari pada siapa-siapa, tapi majoriti adalah seperti yang aku katakan). Jadi waktu bekerja mereka adalah fixed. Dan membuatkan mereka rasa tertekan dan tiada masa untuk menikmati dunia. Sebenarnya cara hidup Nabi dahulu sudah cukup untuk lakukan semua. Masa untuk bertemu Tuhan ada, masa untuk bekerja ada, masa untuk makan ada, masa untuk berbual ada, masa untuk menikmati dunia ada. Semuanya lengkap. Tapi manusia "moden" memilih untuk tidak lengkap. Kerana apa? (aku perlukan jawapan dari pembaca untuk selesaikan masalah ini)
Kalau mahu dalil-dalil mengenai "malam untuk berehat". Sila pergi ke blog ini Monolog-Nadrah. Beliau ada mengatakan mengenai "Bekerja Waktu malam boleh kena Kanser".
p/s: aku bukan alim ulama nak kata aku betul ke hape. Aku cuma budak jalanan yang memerhati alam sekeliling. Kalau kamu tak suka pendapat aku. Mari kita berbincang.
12 comments:
huhuhuh...amsonia...
hidup, makan cukup, rehat cukup, kerja cukup...sempurna la....termsuk y wajib jugak...
gua suke nih..
pernah xterlintas sekiranya diterbalikkan malam dan siang? waktu malam manusia pergi kerja,dan pada siangnya pula manusia tidur sambil lupa diri..sesungguhnya, jika itu adalah ketetapan,manusia tetap akan melawan kerana kebanyakan merasakan kendiri lebih hebat dari Tuhan..=)
gua suke nih..
pernah xterlintas seandainya ditukar siang dan malam? di mana waktu malam manusia pergi bekerja dan siangya tidur sampai lupa diri..sesungguhnya,sekiranya itu adalah ketetapan,manusia tetap akan melawan kerana kebanyakan merasakan kendiri lebih gah dari Tuhan..
tgk pada sistem sudahla..Bnyk manusia bongkak..Allah bagi jalan yg terang dan nyata sambil dikurniakan penunjuk jalan (AlQuran & Sunnah)tapi kebanyakan masih merasakan diri mereka Sultan di dalam bumi tuhan. Tunjuk taring dan garang utk mempermomok bongokkan manusia yg sudah sedia jahil..(sori pert kuar topik ck8)
Nie satu soalan untuk di pikirkan. Macamaner dengan tempat kat dunia nie yang pukol 4 petang dah gelap, cerah balik pukol 10 pagi esok nye? 18 jam gelap.
Nie bukan tempat pelik yang jarang ada manusia tinggal cam Artik ke Antartika ke. Nie tempat-tempat yang penoh ngan manusia macam London, Paris dgn New York (macam iklan rokok lah pulak...)?
Bukan aku nak nak menyanggah penilaian kau tu, cuma nak di pikirkan je...
err, aku cuma nak berkongsi idea..
bagi aku, x salah untuk kemajuan, asalkan kemajuan dicipta bukan untuk melawan tuhan dan untuk bongkak...misalnya elektrik, lampu jalan di tepi memudahkan orang ke surau..
Dan satu lagi, kita x tahu dengan terperinci kehidupan zaman nabi...mungkin tiada lampu pendaflour..tetapi adanya obor api yang menerangi (di situ juga adanya kemajuan iaitu menghidupkan cahaya dengan menggunakan api)
tapi, sekurang-kurangnya aku tersedar suatu bende daripada topik ko nih, kemajuan untuk membongkakkan diri memang x syok! heh..
Ah Nep, benar.. (malas nk pjg2).. hehe
Chip, penyelesaian untuk tempat2 demikian adalah.. tahajud diorang patutnya lebih.. huhu.. (nth la...)
Ah Cai, betul yg ko ckp.. Gunakan "kemajuan" untuk kebaikan.. tetapi.. bilang berapa ramai yang berkata demikian dan melakukannya? hehe.. aku pun blum sampai tahap wali nak menolak semua perkara2 keduniaan ni..
tp ramai orang dah salah guna "kemajuan".. :)
port doherty: tu la pasal...kalo semua orang kat dunia ni naif, jujur, baik, x de pertelingkahan....x de la kita memerah otak selalu...
HEhe.. btol2.. kalau manusia ni baik2 saje.. xde gaduh2... xikut nafsu.. tp nak wat mcm mana.. dah qada' dan qadarnya cmtu
Salam,mungkin sy terlewat sikit membaca post ni.Apapun,sy suka pandangan awk.Pernah dgr kan,"Apa guna teknologi tanpa kehidupan?".Sama jugak dengan "tiada perminaan,tiada pengeluaran".Kalau dulu2 teknologi mcmni x dicipta,mungkin disko xwujud kot..haha..apapu,teknologi ada baik & buruk-jadi kita gunakanlah cara yg baik..
To Teacher Ita, hihi.. tq.. kalau tak xde la disko kan.. tapi itulah yang diceritakan nabi tentang umat akhir zaman.. mereka akan mengulang salah kaum-kaum terdahulu.. :).. tq lagi for visiting..
"quote"
-> Kenapa tak belajar je sume skali skill2 untuk survive di dunia
giler lah nak belajar sume...sebab tue kite ada macam2 jenis pekerjaan di dunia nie...masing2 dah ada tanggungjawab masing2...tapi bagus cadangan tuan blog agar setiap manusia melengkapkan diri dengan kemahiran lain seperti bertani (program bumi hijau-korang ada sahut kewr?), asas pertolongan cemas, bertukang sikit (takkanlah nak pasang lampu pun nak panggil orang kedai kot?ngeh3)...
"qoute"
Tapi manusia "moden" memilih untuk tidak lengkap. Kerana apa?
-> Bukan memilih untuk untuk tidak lengkap...sebaliknya pembahagian masa yang amat penting..sume orang ada 24 jam kan? tapi ada yang boleh menjalani hidup dengan gumbira & merasa cukup untuk wat everything 1/3 masa untuk allah (ibadah)..1/3 masa untuk orang (kerja+bersosial+).. 1/3 lagi untuk diri sendiri (berhibur,bersukan,berehat, mandi etc)...nape ada yang rasa sentiasa terkejar-kejar? mungkin mereka jenis orang last minute punya keje baru nak wat (pergh..terasa aku, hehehe)...
blog bagus yang mampu mengajak manusia untuk bersama-sama berfikir tentang "tujuan manusia diciptakan"...bukan sekadar blog picisan yang membosankan
+_*
To Mitchy, lu boleh pikir sendiri kan? segalanya yang gua tulis bukan main-main..
Lagi satu, quran adalah jawapan lengkap. Quran bukan sahaja utk pahala atau syurga. Quran adalah panduan kehidupan. Berapa ramai yang ikut secara total ajaran Quran?
Engineering, teknologi, adat resam, iman, kehidupan, dan macam-macam lagi ilmu ada dalam Quran. Tapi, berapa ramai yang nak amik tahu?
Tapi takpe, cuba la sape-sape pun (bukan mitchy sahaja). Kembali pada Quran. Nanti kamu akan jumpa hampir keseluruhan hidup moden ini melanggar tatacara yang dimaksudkan dalam Quran.
Aku bukan main-main.
Post a Comment