Nov 14, 2015

Syaitan ayam

Petang itu sangat ngam. Gua sedang terbaring dalam buaian yang gua reka dari jala. Jala entah dari mana gua tak ingat. Topi gua tutupkan pada muka dan buku 'Aleph' yang gua tak habis habis baca, gua letak pada dada sambil gua layan cuaca petang. Sedap betul angin hari ini, sedap dia kalau gua nak bandingkan dengan makanan mungkin boleh dikadarkan pada sambal tumis yang ngam kadar pedas dan kadar kemanisannya. Mungkin.

TENENETET TET TET!

Gua seluk poket ambil telefon bimbit.

'1 message received'

"Wei, gua nak tanya lu ni", meset yang gua buka tulis macam tu.

"Amende?", gua balas.

Gua simpan balik telefon bimbit.

Gua sambung pejam mata. Ngam masa gua pejam mata, muncul objek berupa seorang pakcik yang rupanya iras Theodore Roosevelt. Gua jadi kaget. Gua kaget pasal gua sangat hairan macam mana masa gua pejam mata yang segelap gelap alam boleh ada cahaya yang berjaya membuat gua ada visual waktu pejam mata tu. Gua dah rasa sangsi dengan kebolehan mata gua yang sebelum ni. Dalam hati gua, "Adakah mata gua dah mencapai tahap kedua pengelihatan atau pendegaran telinga gua dah terlalu baik sehingga dapat memvisualkan objek melalui gemaan?".

Dalam gua sedang memikir mikir yang bukan bukan, tiba tiba

"Woi!", Theodore menyergah.

Gua jadi bertempiar lalu gua memekik, "Pok, pok pok pok!!!"

Gua jadi ayam. Pelik benar. Gua jadi ayam lu tahu. Gua tengak kaki gua, kaki gua kaki ayam. Saitan.
Ini tak lain tak bukan mainan syaitan ni.

Gua cuba azan.

"pok, pok pok pok!"

Gua jadi tak boleh azan. "Apahal ni?", gua cakap dalam hati pasal kalau gua cakap biasa keluar bunyi ayam.

Theodore tadi gua lihat membuka seluarnya. Gua terus mengepak ngepak tak tentu hala. Ini tak lain tak bukan Theodore cuba meliwat ayam. Gua terus mengepak ngepak sambil 'Pok pok pok'. Gua dapat lihat kemaluan Theodore dan gua cuba menutup mata, tiba tiba..

TENENETET TET TET!

Gua seluk poket ambil telefon bimbit.

'1 message received'

Masa ni gua jadi pelik gila, gua ada tangan. Tangan manusia.

Gua terus jerit.

"Pok pok pok pok!!"

Setan. Gua masih separuh ayam.

Gua lihat kaki gua. Memakai kasut. Bermakna badan gua dari paras tangan hingga ke kaki adalah dalam rekabentuk manusia normal.

Gua cuma melihat pada reflection yang terdapat pada telefon bimbit untuk pastikan wajah gua adalah dalam bentuk manusia normal.

Gua lihat rupa gua macam rupa gua yang biasa biasa, gua manusia.

Gua cuba jerit lagi.

"Pok pok pok pok!!!"

Cilake.

"Apasal suara gua macam ayam", gua bercakap dalam hati saja.

Tapi gua tak lupa pada meset yang masuk tadi.

"Apa maksud kehidupan pada lu?", ayat dalam meset tu.

Gua balas ringkas, "Kehidupan adalah suatu tempoh."

Lepas gua sent je meset terus gua bergegas berlari ke rumah jiran.

Gua tak menjerit, gua cuma mengetuk pintu rumah jiran gua dengan cara yang paling bersopan santun. Gua tidak cuba-cuba memberi salam cara arab, kerana takut takut jiran gua bukan dari golongan yang mengamalkan cara hidup arab. Tambahan gua pun tak kenal jiran gua. Astaghafirullah. Teruk benar cara gua hidup berjiran selama ini rupanya.

Jiran gua buka pintu.

Gadis.

Gadis yang cantik rupanya.

Potongan tubuhnya juga menarik.

Ya tuhan, terima kasih atas rahmatmu.

Gua jadi khayal sebentar.

"pok pok pok pok pokpokpopkpopokpokp", gadis itu bercakap.

Gua beristighfar.

Gua terus berpaling dan kembali ke buaian kerana gua bukan jenis yang menerajang wanita. Maafkan saya gadis yang cantik.


p/s: soalan apa maksud kehidupan tu sebenarnya gua nak tulis panjang lagi. Tapi nanti nanti la.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Nov 11, 2015

Setan

Pada suatu malam, saya pun mengisi masa dengan mengisi air dalam satu bekas yang direka dari potongan botol minuman Spritzer. Malam itu hujan sungguh lebat. Saya cuba abaikan cuaca sebentar dengan mengawal pili air. Sebaik sahaja air cukup cukup makan, saya pun terus bawa bekas yang direka dari potongan botol minuman Spritzer tadi ke bengkel kerja. Saya letakkan bekas yang direka dari potongan botol minuman Spritzer tadi baik baik supaya tidak ada siapa yang lalu lalang di bengkel akan melanggar. Namun kalau ada juga yang hendak langgar, saya pun tidak tahulah bagaimana sistem kestabilan tubuh beliau, dan saya pun mahu tidak mahu hanya boleh menerajang skrotum beliau. Walaubagaimanapun saya cukup bersyukur di kalangan yang akan lalu lalang ini hanya orang orang yang beriman dan tahu mengimbang badan.

Saya kemudiannya mencapai peralatan mewarna. Paling tidak lupa ialah warna air jenama Alpha. Pasal warna Alpha ini ada ceritannya, kalau berkesempatan saya akan kisahkan pada masa masa yang lanjut. Kemudian saya ambil pula kertas lukisan.

Saya pun mula melukis yang bukan melukis saja saja, saya menyalin hasil kerja Thomas gritin, 'A Temple of Vesta'. Kau tahu saja la, menyalin lukisan ni lagi payah dari kau lukis sendiri. Satu, pasal kau kena kaji teknik dia dari gambar yang kau ambil dari entah mana-mana entah. Mana kau nak tahu dia start dengan apa dekat satu lukisan tu. Dua, kau kena tiru warna dia, yang entah entah dia pakai serbuk kopi agaknya. Jadi urusan mengkaji ni saya percepat dengan terus saja ambil warna kuning bagi base. Pergi mampus la salah ke betul. Gua terus skip lagi urusan sketch pakai pensel.


*      *      *

"Jadi, Gary kau pernah baca Al Quran?", tanya Johnny.

"Pernah, tapi aku baca terjemahan je la", kata Gary sambil terus menyudu cendol.

"Apa je yang kau dapat dalam baca Quran tu?", tanya Johnny lagi sambil juga menyudu cendol.

"Aku dapat tahu yang syaitan penghasut ni ada dari golongan jin dan manusia", jawab Gary lagi.

"Ye ke?", Johnny angkat kening boleh tahan tinggi jugek.



p/s: penyudahnya apa bende tah aku tulis. macam setan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Oct 5, 2015

Labeling

Pada suatu hari itu, saya pun dengan senang hati berjalan sambil terapung sekejap sekejap. Pada hari tersebut saya siap siap memakai pakaian perang yang saya dapat pada suatu ketika dahulu. Kemudian saya pun ternampak suatu haiwan seakan-akan unta sedang berehat barangkali. Saya ragu ragu tentang hal berehat itu kerana tiada kawasan teduhan namun haiwan yang seakan akan unta itu sedang duduk besimpuh. Dalam hati saya, "entah entah dia ini ingin merompak saya". Saya pun menghentikan langkah dan berpura pura jadi alam sekitar.

Tatkala saya sudah siap siap menjadi alam sekitar dan haiwan yang seakan akan unta itu tidak peka akan kehadiran saya, tiba tiba muncul seorang makwe yang bukan main lawa lagi. Saya terus menguatkan iman. Namun makwe tersebut masih mundar mandir di hadapan saya. Akhirnya dia menegur saya, "Hai". Dalam hati gua, tak mungkin dia dapat mengecam penyamaran alam sekitar gua. Jadi gua mendiamkan diri. Takut takut ini hanyalah iblis yang menyamar sebagai manusia cantik.

Berkisar kepada hal cantik ini, saya pernah bincangkan dengan dua orang kenalan. Saya mengusulkan perkara 'labeling' yang wujud dekat bumi adalah sebagai apa? Adakah 'labeling' ini hanya perkara yang diada-adakan manusia supaya wujud kasta dan diskriminasi atau apa? Seorang berkata yang dia tiada rasa perlabelan mengenai cantik atau buruk kerana hal ini adalah subjektif. Itu pendapatnya. Dan satu lagi pun hampir kepada jawapan tersebut namun ada tambahan idea yang naluri manusia diciptakan dengan rasa 'labeling' tersebut. Dan gua pula punya rasa yang 'labeling' pada manusia itu memangnya wujud sejak dari azali kerana memang itulah cara Tuhan menciptakan manusia. Untuk apa? Untuk kau tahu mana baik mana buruk. Mana yang disgusting mana yang pleasing. Sebab itu ada balasan baik ada balasan buruk. Tapi baru sekejap tadi kawan gua memberitahu hal bunga paling hodoh. Gua pun sambung minum air sehingga tamat. Namun satu lagi kawan masih merokok. Jadi gua pun sambung duduk secara beradab.

Tatkala kami sedang sedap sedap melengah lengahkan masa untuk membayar sarapan, lalu pula sekumpulan anak muda Alam Suria yang saya jangka ponteng kelas, namun setelah mengkaji IPU, saya memberi kesimpulan sekolah mereka tidak membenarkan mereka ke sekolah. Sambil mereka melintasi kawasan minum kami, seorang daripada mereka memekik yang tak patut, "Canggih betul perangai". Gua dengan tidak semena mena berjalan pantas menuju anak muda itu dan jek kepalanya. Seluruh pekan menjadi sunyi bukan main.


p/s: babi la bontot cirit.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Aug 23, 2015

Berhala

"Ok pert, macam mana nak setelkan ukiran berhala ni?", suatu brader ni tanya gua.

"Matematik", gua jawab pantas.

Bende ni real, matematik memang real sehinggalah kau cuba mengira jarak bumi hingga ke hujung galaksi, dan itu pun gua masih rasa matematik real.

Bila kau borak pasal ukuran, bermakna kau telah secara tidak langsung terlibat dalam urusan matematik. Pada gua, dalam kehidupan penuh pancaroba seperti sekarang di bumi, matematik adalah paling tepat buat masa ini (jika tiada ugamawan nak cuba menyelitkan kata kata, "Ilmu Al-Quran lebih tepat"). Habis kau fikir matematik ni datang dari mana?

Berbalik kepada pengukiran berhala. Jadi penggunaan ilmu matematik dalam penciptaan berhala adalah penting bagi memudahkan kerja dan mempercepatkan masa pembuatan. Perkara ini adalah seperti sistem yang secara dasarnya sangat membantu segala proses pembuatan berhala. Sebagai contoh, kau mendapat suatu sketch dari seorang client yang mahukan berhala dalam spec yang dikehendaki, dari sketch kepada ukuran real perlukan nisbah yang tepat, kalau tak boleh tepat, sangat sangat hampir tepat. Dan kau akan mula mengira scale sebenar yang akan siap, kau buatkan satu blueprint yang lengkap. Hal membuat berhala ini bukan hal main-main kau main agak-agak saja. Satu sebab kenapa perlunya ketepatan ialah lagi sekali memudahkan kerja. Dan satu lagi, kalaulah kau tiba tiba jatuh sakit atau meninggal dunia, maka adalah orang lain boleh tolong sambung kerja tersebut. Prosedur kerja seperti ini amatlah digalakkan dalam semua jenis kerja walaupun hanya dalam hal membuat batas sayuran. Penting.

Matematik dan juga blueprint adalah penting.

Dan gua faham in real life akan ada sedikit ralat dalam pemotongan dan pengukiran, jadi pengukuran akan ada perubahan ketika proses pembuatan. Takkan sama secara total dengan blueprint, namun pre production ini membantu engkau untuk kekal dalam skop. Jika ada ralat sekalipun kau masih dalam lingkungan target. Dan dengan ada pre production ini, kau boleh dapat comformation dari client, dan kau juga boleh pau client bila client jenis banyak cerita.

Sebenarnya panjang lagi pembahasan ini, namun gua perlu mandi dan bekerja mencari rezeki.

Sementara itu, gua sedang berlatih mengawal chi supaya boleh membuat kamehameha dengan tenang. Kelihatan banyak juga pokok sudah tumbang akibat latihan gua. Kalau tidak ada halangan gua mungkin akan masuk peraduan kungfu antarabangsa.


p/s:
If I'm to fall
Would you be there to applaud
Or would you hide behind them all?
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jul 12, 2015

Ular

"banyak-banyak ular, ular apa yang tahu memasak?"

"emmm"

"dah?"

"dah"

"ular senduk"

bangang.

p/s: 
When everything's made to be broken
I just want you to know who I am
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Jun 5, 2015

Pergandalan

Pada suatu masa, ada suatu kawan singgah ke rumah. Jadi gua seperti biasa tidak mengamalkan adat yahudi menyambut tetamu dengan baik. Gua biarkan saja dia. Dia pun bermain dengan komputer gua. Kemudian kawan yang sememangnya ada di rumah pun join berborak dengan dia. Mereka terus bercerita mengenai hal post-rock. Gua tidak berbincang sangat pasal gua bukan tahu apa sangat pasal post rock, jadi lebih baik diam dari menimbulkan fitnah. Mereka tidak semena-mena pun membuka laman sesawang Youtube. Gua jadi kaget jugek memikirkan hal bagaimana boleh ada internet di komputer gua. Namun gua masih diamkan lagi takut takut timbul hal khurafat pula.

Mereka pun membuat carian mengenai suatu band yang bermain post rock. Dan yang bagusnya gua pernah melihat band tersebut bermain secara langsung, jadi gua boleh berbual bual sedikit.

"Gitaris yang itu kan yang macam gelandangan itu hari tu kan?", gua cakap sambil tuding jadi ke skrin, lebih tepat pada gambar gitaris itu.

"Ha la", kawan yang datang tu mengiyakan.

Kami pun terus menonton berbincang fasal keburukan gitaris kedua yang main kibod jugak tu. Dia pakai Telecaster acah acah Greenwood. Kami mengutuk-ngutuknya kerana pada suatu gig kecil kecilan itu, dia menyeting sound seumpama gampang, sampai gua rasa nak ke pentas dan jek belakang dia. Namun pada ketika itu gua padamkan hasrat atas gua tidak mengamalkan budaya zionis. Jadi gua layankan saja persembahan mereka yang sound gitarnya teruk. Namun gitaris gelandangan itu mengkagumkan. Tapi isu persembahan baik ni sama dengan isu cantik, hal ini subjektif. Mungkin pada mata gua mengkagumkan, tapi pada mata orang lain serupa syaitan. Bergantung.

Kami terus berborak tanpa hala tuju tapi banyak berkisar hal band tersebut sahaja, sehingga ada yang membuat mulut kata ada ahli band ini berlakon dalam drama, ada yang kata yang main drum itu adalah anak M.Nasir, namun gua lebih banyak mendengar kerana gua tidak tahu menahu sangat hal band ini secara total.

Saya pun berbincang semula hal gitaris gelandangan dengan kawan yang datang tu. Kami berbincang senang hati.

"Tu la rupa dia macam pergandalan", tiba-tiba kawan yang memang ada di rumah itu menyampuk.

Perbualan saya dengan rakan yang datang itu terhenti.

Kami menoleh ke arahnya.

"Rupa dia macam apabende?", saya bertanya semula. Takut-takut saya tersalah dengar. Sambil saya berkerut kerut.

Kawan yang datang itu tak usah cakaplah dia punya kerut. Saya pun makin berkerut melihat dia punya kerut lain macam.

Kawan yang memang ada di rumah itu mengangkat kening macam hairan.

"Pergandalan", dia berkata dengan muka yang sungguh yakin seperti mana yakinnya dia bercerita tentang lima rukun islam.

Saya tidak ambil masa yang lama untuk berdiri dan menerajang dadanya. Saya terlalu gelihati sehingga mengambil kayu bruti membantai kepalanya. Entah kenapa saya rasa sungguh nikmat. Saya menghayun hayun bruti dalam arah yang bukan-bukan sampai suatu tahan saya terbaring kepenatan.

Kawan yang datang itu sudah meninggal akibat serangan jantung. Hal ini gara-gara kosa kata pergandalan. Sampai sekarang saya tidak tahu pengertiannya.

Sekarang saya sedang melawan raksasa. Jadi saya perlu ketepikan dahulu hal pergandalan ini.

Raksasa yang saya lawan ini berkulit permata, jadi susah betul bruti saya ini hendak menembusinya.

p/s: You don't want to runaway, everything look so ok

Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 27, 2015

Puisi Suatu Jaman

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Cilake betul.

Kah kah kah.

Kah kah kah.

Kah kah kah.


p/s: apa benda la lu ni. kah kah kah. Gua ingat nak pergi minumlah malam esok. Ahaks
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 12, 2015

Baca visual

Banyak isu sudah diutarakan sejak gua mula pandai minum kopi sehingga lewat pagi. Dari perkara mistik, saintifik, psiko, makanan, ruh, bolasepak, motosikal, printing baju, bancuhan warna, negara polis, komunisme, memarut kelapa, wrench, lighter, rokok elektrik, deodorent, perempuan, bahan bacaan, masalah kewangan, pemakaian, muzik, monopoli politik dan permainan tradisional. Tapi gua masih perlukan proses melepak di kedai kopi hingga larut malam, dan entah kenapa pun gua tidak lagi faham. Kerana ada seorang pendita pernah berkata, "Hendak kenal dunia, kenallah dirimu dahulu". Dan pendita mana entah yang berkata demikian gua pun tak tahu.

Walaubagaimanapun, isu-isu  yang dibangkitkan ketika minum kopi ini adalah isu-isu yang tidak pernah ada penghujungnya. Kebanyakan isu yang wujud hanya untuk menajamkan akal. Contohnya berbincang isu konsumerisme di kedai kopi sehingga cawan kopi yang ke tiga, sedangkan konsumerisme terus berjalan walaupun engkau perjuangkan DIY. Tindakan-tindakan yang diuar-uarkan di kedai kopi hanya larut dengan kepulan asap rokok yang terus sebati dengan atmosfera.

Kalau difikirkan semula, banyak masa hidup sudah dihabiskan dengan berbual kosong tanpa tindakan. Kononnya dengan menulis boleh menyampaikan apa yang engkau rasa dan meracuni pemikiran khalayak tapi semua itu tak menjadi apa-apa bila budaya membaca sudah tidak menjadi tuntutan. Kehadiran adat baharu membaca visual lebih mempengaruhi anak muda masa kini. Buku-buku bergambar lebih digemari berbanding buku-buku tulisan. Mungkin kerana gambar lebih cepat stimulannya berbanding tulisan. Kita bayangkan, penakrifan yang yang wujud apabila melihat gambar epal berbanding pembacaan perkataan epal. Jika gambar sudah menunjukkan epal, maka epallah yang wujud di kepala, bermakna pengertiannya sampai terus. Namun pembacaan boleh membawa engkau kepada pengertian lain, contohnya ejaan epal itu ialah Epal. Epal itu sudah jadi kata nama khas yang membolehkan Epal itu dimaksudkan sebagai nama suatu berhala di suatu tempat. Mungkin. 

Isu membaca ini sudah lapuk.

Orang-orang 'bijak' masa kini akan meminggirkan pembacaan teliti dan sampai suatu ketika nanti kita kembali kepada tulisan hieroglif. Mungkin.

p/s: sebenarnya matematik itu penting. Kalau kau orang sufi sekalipun, matematik itu penting. Semalam gua mimpi perempuan rupanya.


Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 9, 2015

Utarid

"Kau ok tak?", ada dua kawan tanya pada gua.

"Tak", gua steady jawab tanpa berselindung. Barai beb. Lu tak tidur sebab mengukir berhala.

"Penat an, lepak dulu rehat", kawan tadi balas sambil cucuh rokok.

Gua sambung memerhati bulan penuh pada malam tu. Bulan ni sikit punya lain macam. Dia punya cerah tu lain macam sampai gua boleh termenung solid.

Gua angkat kening sambil mata terpejam sedikit bagi merehat mata kemudian pandang muka dua kawan tadi.

"Buat apa je budak-budak ni?", gua tanya.

"Tidur dah"

"Hmm, aku tak faham betul, di manakah keadilan bagi lelaki yang memakai but", gua berseloroh.

Kawan kawan tadi tidak layan pun. Jadi gua pun menyalakan rokok juga.

Kami duduk duduk saja memandang bulan.

Tiba-tiba salah seorang dari kami bertiga meraung-raung.

PUOKKKK!! PUOKKKK!!! PUOKKKKK!!!

Gua dan lagi satu kawan menjadi kaget dan kami terus berjalan mengundur secara perlahan-lahan. Namun tidak lama, kawan yang bersekutu dengan gua tadi jadi lari setempat.

Gua masih mengundur dapat melihat kawan yang memekik-mekik tadi menjadi berbulu bukan main. Bulu seluruh badan tumbuh dengan pantas sampai gua tak sempat berkelip mata.

Tubuhnya mekar terus mengembang hingga pakaian yang dipakai meletus. Habis telanjang kawan itu, namun disebabkan bulu memenuhi ruang tubuhnya, perasaan hendak ketawakan kawan telanjang terbantut begitu sahaja selain disebabkan badannya membesar melebihi saiz rumah.

Saya yang lemah semangat tadi tiba-tiba sahaja macam dirasuk. Lalu saya mencapai tukul yang ada di perdu tiang rumah. Saya terus meluru ke arah kawan yang sudah menjadi raksasa tadi dan saya melompat melepasi aras atap rumah. Kekuatan yang entah dari mana entah masuk ke dalam badan saya. Saya punya yakin itu mengalahkan orang yang baru balik dari kem motivasi. Saya termotivasi mungkin dari ukiran berhala yang dibuat awal tadi atau mungkin bulan yang sangat terang. Saya sudah melompat terlalu tinggi hingga melepasi atmosfera. Sedikit sesak nafas saya. Pada awalnya saya berasa curiga juga untuk menembusi langit. Namun rupanya tiada masalah pun untuk bernafas di sini. Ada saintis-saintis berkata kalau kita dah melepasi atmosfera kita akan mati sebab tiada udara, namun rupanya di sini tiada masalah berkenaan udara. Bila difikirkan semula jika sudah ada kebolehan mengawal putaran medan magnetik, kita boleh membentuk partikel oksigen yang diperlukan daripada zarah-zarah yang terdapat di sekeliling. Saya sungguh beruntung dapat berguru dengan Thien Wu pada suatu zaman dahulu. Kebolehan Putaran Medan Magnetik yang dipelajari boleh dipraktikkan di kawasan vakum.

Saya terus berterbangan menghala ke arah planet Utarid.

Saya ingin terbang ke tempat yang rilek-rilek.


p/s: Saya rasa saya perlu bejalan-jalan.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

May 3, 2015

You Talk a good game

Sebenarnya ada suatu tahap adalam hidup kau akan tak peduli sekeliling engkau, walhal suatu masa kau tak sudah sudah yang rasa tak puas hati dengan segala-gala benda dari hal tayar basikal sampai ke hal galaksi. Suatu masa kau sangat menunjukkan kau punya rage yang sekarang aku rasa benda tu makin lama makin tak perlu sebenarnya, tapi sebagai orang berfikir akan muncul thought jenis penentangan ni. Tak kisah la penentangan terhadap politik, makanan, agama, undang-undang, pemakaian, sikap dan juga persatuan. Namun perkara ini kerap berlaku waktu stage pertama menggunakan kebolehan berfikir, bila dah sampai stage seterusnya pemikiran akan menjadi lebih bijak dalam menghukum sesuatu hal. Wujudlah pengelibatan tuhan dalam pertikaian tadi, walaupun sebenarnya tuhan itu wujudnya sejak dari awal lagi tanpa perlua ada perbezaan pendapat pun. Jika difikir baik-baik, pertikaian yang muncul itu juga adalah turutan aturan tuhan jugek. Tapi masa yang diwujudkan di sekitar tidaklah digunakan dengan baik untuk berfikir hal-hal demikian, jadi penyalahan, penuduhan, penghukuman terus disabit kepada siapa-siapa yang dirasakan salah. Salah yang dimaksudkan kadang-kadang sebenarnya hanya tercipta atas kelainan pembudayaan. Bila bercerita mengenai pembudayaan, sering terlintas di akal hanya hal-hal yang berkaitan dengan perkara-perkara tradisional. Namun, kebudayaan adalah suatu kebiasaan bagi sesetengah komuniti, contohnya ambil dari skop kecil iaitu keluarga, kebudayaan yang muncul mungkin cara penyusunan perabot. Dan term salah akan muncul jika susunan perabot adalah berlainan dengan cara yang ditonjolkan keluarga tersebut. Dan label salah ini sering muncul dari mulut mulut komuniti lain yang lebih besar dari lingkungan keluarga tadi. Dan hal ini berterusan hingga ke pemikiran antarabangsa.

Bila mengetahui salah dan betul yang tercipta atas pembudayaan, kita akan terus menghukum.

dan gua dah malas gila babi nak explain, sebab gua punya marah dah reda.

padahal gua sebenarnya tak marah pun.

Jadi gua mengambil langkah bijak untuk berdiam diri dan berlatih cara mengapungkan diri dalam tekanan udara bumi. Sambil gua tidak sudah sudah mengukir gabus untuk dijadikan berhala pada bahasa kasarnya.




p/s: "Sebenarnya ada benda yang kita nak luahkan, tapi kita dah tahu pun apa yang orang nak respon balik, dan benda tu pun adalah perkara yang tak perlu diluahkan", ada suatu kawan cakap pada gua kelmarin. Dan situasi tu pun ada pada gua sekarang, Jadi gua cuma steady-steady mengukir tentakel sotong.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 20, 2015

Kehidupan ialah sejenis makhluk aneh

Sebenarnya saya ada bende nak ditanya pada khalayak.. namun.. saya faham blog satu medium internet yang sudah tidak boleh pergi kalau dilihat dari sudut pengvisualan. Ini disebabkan boleh tertumpu kepada penulisan sahaja, melainkan kita memuatnaik gambar untuk selingan. Berlainan dengan instagram yang memerlukan gambar untuk pengupdatetan. Jadi manusia yang mudah terkesan pada visual akan memilih untuk mengguna instagram untuk pemberitahuan, meninggi diri, stalking, malah untuk berniaga. Benar, mereka semua pengguna internet yang bijak. Namun saya masih perlukan respon daripada orang orang yang masih membaca blog.

Saya memerlukan jawapan bagi soalan soalan di bawah:-


  • Apa erti kehidupan?



  • Apakah perkara paling sedih sepanjang hidup anda?



  • Apakah stuggle paling teruk sepanjang kehidupan anda?



  • Kalau diberi peluang untuk berucap/memberi talk kepada sekumpulan besar manusia, apa agaknya yang anda akan sampaikan?

Walaubagaimanapun, saya faham tiada respon yang akan diberikan buat masa terdekat, semuanya kerana sistem internet sekarang. Manusia sudah kurang gemar membaca, kerana semuanya sudah jadi gelojoh macam syaitan. Saya juga tidak kurangnya, mungkin jika saya sudah ada kemudahan internet berterusan, saya akan jadi seperti syaitan semua juga.


p/s: ok.. sebenarnya aku belum nampak apa puncanya.. dan aku masih berkerut dahi ni.. syaitan betul..
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!

Apr 8, 2015

Radang

Pada suatu hari, ada satu kawan bercerita mengenai hal hal kematian.


saya pun mendengar dengan baik persis seorang lelaki berpendengaran kucing. Saya pun tidak semena-mena menjadi peka terhadap siaran cerita kantonis yang pelakon utamanya ialah Jordan Chan. Saya tiba-tiba jadi tahu sarikata yang bakal keluar.

Kemudian saya rasa kawan saya tadi itu entah di mana.

Saya kemudiannya dilambung ombak.

Hal menjadi kelam kabut. Saya secara tidak tahu menahu boleh pula tidak rasa kelam kabut, saya cuma steady melayan lambungan ombak tersebut. Pada ketika itu jugalah saya teringat saya sedang mengalami radang tekak. Jadi saya befikir perlahan lahan macam mana hendak mengurangkan kesakitan pada tekak hingga ke saluran nafas. Saya tiba tiba terperasan yang saya berada dalam laluan pernafasan badan saya sendiri, saya nampak benar kerosakan yang dibuat oleh virus, dan ada suatu virus berbentuk semacam lipan dan kaki kakinya tercacak pada daging dalam salur nafas saya. Saya apa lagi, terus menegur cara baik lipan tersebut. Lipan itu pun beredar ke mana entah. Yang saya tahu ada tinggalan luka daripada tikaman kaki kaki lipan itu. Jadi saya cuba gunakan kuasa minda menyambungkan semula sel sel yang telah terkoyak. Hal ini sungguh tidak masuk akal.

Say beristighfar dalam dalam. Takut takut ini ujian dari tuhan nak menguji betapa riaknya saya jika boleh mengubati penyakit sendiri.

Namun, saya bersyukur benar kerana keradangan tekak saya sembuh.



p/s: gua pakai internet Ed. ahaks.
Ni iklan datang dari mana ni? Cis!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...